Wednesday 25 January 2012

Petua : Cara Menghalau Semut

Posted by karmilaillang at Wednesday, January 25, 2012
Salam Rabu semua...


semut oh semut...sekejap jak boleh datang menyerang, satu kontinjen pulak tu bukan sikit sampai boleh masuk dalam pemanas air memang kebal la.

mari kita kongsikan sedikit petua, tentang cara menghalau en.semut.

1. Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula
 

2.  Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau..



3. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula 


4. Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.


5. Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


6. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan..Kalau duduk kampung, senang ckit nak dapatkan daun sirih.


semua bahan pasti ada dalam dapur setiap rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah en.semut ni. selamat mencuba.








  



10 comments:

Anonymous said...

Wah, boleh praktikkan ini.

Terima kasih Karmila kerana berkongsi petua yang baik ni dan berguna ni.

Hanif on 25 January 2012 at 12:27 said...

Cili kering tahu..sebab dulu nenk selalu letak kat dalam beras..katanya halau kutu beras

Anonymous said...

0whh cam tu cara nyew.. thnks k0ngsi.
dan salam perkenalan dari CK ;)

lia on 25 January 2012 at 13:24 said...

senang nyer.... slama ni p spray jer ha3

karmilaillang on 25 January 2012 at 14:07 said...

cik kunang : sama2 kak, boleh praktikkan ^-^

karmilaillang on 25 January 2012 at 14:08 said...

hanif : cili kering ni memang berguna, selain menyedpkan masakan..

karmilaillang on 25 January 2012 at 14:08 said...

cik kartun: salam kenal, jemput singgh lagi

karmilaillang on 25 January 2012 at 14:08 said...

lia : spray tue cr moden.. kadg dah spray setgh jam en.semut boleh dtg lagi..

Tea on 26 January 2012 at 09:31 said...

wahhh baguslah petua ini...

karmilaillang on 26 January 2012 at 10:10 said...

cik Tea: jangan lupa untuk mencuba

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts