by Marcel Germain
Jika kita selalu berfikir tatkala hujan sedang turun, kita pasti akan dapat menafsir beberapa motivasi tersirat di sebalik titisan-titisan hujan. Hujan ada dugaan tersendiri.
Apa dugaannya hujan?
Halangan. Halangan kepada perjalanan, halangan kepada aktiviti kita.
Dalam usaha kita menuju kejayaan, halangan sudah pasti. Dugaannya hujan adalah halangan. Kesejukan menjadi dugaan utama ketika kita meredahi hujan, terutama tanpa payung serta tanpa ada tempat berteduh.
Selepas itu, dugaannya hujan adalah basah.
Sesiapa pun tak suka basah mahupun dibasahkan tanpa kerelaan. Begitu juga dugaan. Kita pun sendiri tidak suka dengan dugaan yang muncul tanpa kerelaan kita, kita tak suka di duga tanpa kerelaan kita. Kita jadi benci.
Bila di hati kita sudah tekad mahu berjaya, kita mesti sabarkan hati kemudian tempuh dugaan itu. Makin kuat tekad kita, maka akan besarlah cabaran di hadapan kita. Makin sukarlah dugaan sedia menanti di depan kita.
Hujan hanya sementara. Begitu juga dugaan, hanya sementara.
Tiap kali kita di landa dugaan, tempuhinya dengan sabar. Yakinlah dugaan sifatnya hanya sementara, seperti hujan. ^-^
3 comments:
hujan itu rezeki...
dugaan itu sementara??
ye ke?
kalau terkena dugaan berantai camne?
selepas satu dugaan, datang lagi dugaan yg baru..
cam hujan.. hehe~
Alhamdulillah...
Hujan adalah rahmat daripada Allah..
Post a Comment