Tuesday, 31 January 2012

Petua O petua

Posted by karmilaillang at Tuesday, January 31, 2012 10 comments

Memandangkan semua cik kak dan cik puan suka makanan yang bergoreng, kadang kita tak tahu kalau sedang memasak tu kadang minyak selalu jak memercik keluar, secara tidak lansung akan menyebabkan kulit kita terluka dan mengotorkan dapur ^-^. Hari ni nak kongsi petua mengelak minyak memercik keluar untuk cik kak dan cik puan praktikan, bagi yang dah tahu selamat la dan yang tahu bolehlah cuba...

Cubalah salah satu petua di bawah untuk mengelakkan percikan minyak ketika memasak:

1) Ambil sedikit daun pisang, carik-carikkan dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus, keluarkan dan buan.

2) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng atau menumis.


kreditt : 101petua

Monday, 30 January 2012

Sebuah Perbandingan

Posted by karmilaillang at Monday, January 30, 2012 4 comments
 

Salam isnin semua, terpulang dari pendapat masing-masing untuk menilai gambar yang ada sebagai peringatan untuk diri kita sendiri juga..

Sunday, 29 January 2012

Effects of cold water

Posted by karmilaillang at Sunday, January 29, 2012 8 comments


Bagi mereka yang suka minum air sejuk. Artikel ini adalah untuk anda. Memang enak minum secawan minuman dingin selepas makan. Namun, air sejuk akan memperkuat makanan-makanan yang berminyak yang baru saja dimakan. Hal ini akan melambatkan dan diserap oleh usus lebih cepat daripada makanan padat. Ia akan berbaris dalam usus. Sehingga ini akan berubah menjadi lemak dan menyebabkan kanser. Cara terbaik adalah minum sup panas atau air suam setelah makan.

Ini serius mengenai serangan jantung- Anda perlu tahu bahawa bukan semua gejala serangan jantung akan melukai lengan kiri. Berhati-hati bahagian yang terdedah di garis rahang.
Anda mungkin belum pernah sakit pada bahagian dada selama diserangan serangan jantung. Mual dan berpeluh juga gejala umum serangan ini. 60% orang yang mengalami serangan jantung pada saat mereka sedang tidur. Rasa sakit di rahang boleh membangunkan anda dari tidur nyenyak. Mari kita berhati-hati dan sedar. Semakin kita tahu semakin besar kesempatan kita bertahan untuk hidup.

Seorang ahli jantung berkata jika semua orang yang membaca mesej ini menghantar kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kita akan menyelamatkan setidak-tidaknya satu nyawa. Baca & Kirimkan link ini ke rakan. Hal ini boleh menyelamatkan kehidupan. Jadi, sila menjadi teman sejati dan kirimkan artikel ini kepada semua teman-teman anda yang anda pedulikan mereka.







Kreditt : Facebook

Saturday, 28 January 2012

10 Minuman Kopi yang Paling Sedap

Posted by karmilaillang at Saturday, January 28, 2012 8 comments
Salam berhujung minggu, kalau sudah namanya hujung minggu kena santai-santai sambil minum kopi, pasti stress kerja boleh hilang, dah macam entri orang-orang tua pulak bila cerita pasal kopi-kopi ni..Tapi sekarang ni bukan setakat orang tua ja yang gemar minum kopi, orang muda pun sama jugak layan kopi. Tapi kopi orang muda tak ada la macam standard kopi O, kopi panas, atau kopi ais yang macam orang-orang tua dok minum time lepak kat kedai kopi tu.

Ikut zaman la kan, kopi sekarang pun dah semakin canggih..Kalau tengok kat Starbuck, old town, ipoh old town dan cafe yang ada semua menyedia kopi-kopi ikut zaman ^-^, macam-macam nama ada..Ada yang nama latte, cappucino, mocha, white coffee dan macam-macam lagi la nama baru..

Tapi kalau setakat nama jak yang sedap, rasa dia entah apa-apa pun tak guna jugak..So, hari ni nak share dengan semua minuman kopi yang paling sedap dan yang paling orang suka..Jom baca =D


10.  Caramel Latte





9.  Java Coffee Float.




8.  Marble Mocha Macchiato





7.  Frappucino





6.  Cafe Helado





5.  Spicy Chai Latte.





4.  Frosty Mochas




3.  Coffee Milkshake




2.  Mint Cocoa Coffee.




1.  Irish Coffee




enjoy your choice. Kalau dapat buat sendiri rasa-rasanya ada test sama tak dengan yang 10 kopi tersedap ni =D

Friday, 27 January 2012

Percaya diri

Posted by karmilaillang at Friday, January 27, 2012 5 comments
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. 
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


Thursday, 26 January 2012

Kita macam ni juga kan?

Posted by karmilaillang at Thursday, January 26, 2012 12 comments

"terlalu lama dan asyik memandang yang hitam sehingga lupakan yang putih"

Kita macam ni juga kan...

bila kita tengok orang buat perkara yang lain sikit,
mudah sahaja membenci
mudah sahaja bersangka buruk
mudah sahaja menghukum

sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan selama ini,
kita mula sisihkan mereka
Astagfirullah

betul..
kita boleh membenci
tapi benci bukan pada orangnya
tapi benci pada maksiat yang dilakukan mereka,
dan dalam masa yang sama
jangan tinggalkan dia dengan maksiat sahaja,
banyakkan doa,
ajak dia bersama-sama kita
supaya hatinya terbuka untuk menerima cahaya

betul
susah untuk bersangka baik
tapi kena mujahadah
jangan latih diri untuk berterusan bersangka buruk
takut hati bertambah mati
takut riak merajai diri
kerana kita bukanlah nabi
kita ini
kuli...
pada ilahi

dan semuanya berbalik kepada hati
kerana hati yang akan memberi guideline kepada akal untuk berfikir
dan akal akan memberikan arahan kepada anggota badan untuk bertindak

"Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia), ada sektul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah? Hati...

(HR Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 25 January 2012

Petua : Cara Menghalau Semut

Posted by karmilaillang at Wednesday, January 25, 2012 10 comments
Salam Rabu semua...


semut oh semut...sekejap jak boleh datang menyerang, satu kontinjen pulak tu bukan sikit sampai boleh masuk dalam pemanas air memang kebal la.

mari kita kongsikan sedikit petua, tentang cara menghalau en.semut.

1. Gunakan minyak masak, sapukan di sekeliling badan pemanas air tu ataupun balang tempat simpan gula
 

2.  Selain itu, boleh masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula, jangan risau..



3. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula 


4. Boleh juga masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.


5. Kulit telur juga boleh digunakan, bakar kulit telur hingga menjadi abu, tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


6. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan..Kalau duduk kampung, senang ckit nak dapatkan daun sirih.


semua bahan pasti ada dalam dapur setiap rumah, jadi tidak perlu binggung-binggung dengan masalah en.semut ni. selamat mencuba.








  



Wordless Wednesday 4#

Posted by karmilaillang at Wednesday, January 25, 2012 2 comments

Tuesday, 24 January 2012

41 Fakta Menarik Mengenai Ayah

Posted by karmilaillang at Tuesday, January 24, 2012 8 comments

1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.

2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.

4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.

5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.
6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).

7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.

8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.

9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.

10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.
11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.

12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.

13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.

14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.

15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.
16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.

17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.

18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.
21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.

22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.

23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".
26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah  kawan tanpa seizinnya.

27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

39. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.

30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.
31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.

32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).

33. ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.

34. tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.

35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".
36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".

37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".

38. Ayah bersikeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.

39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.

40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya.


sumber: 
http://www.fcukz.co.cc/2011/04/41-fakta-menarik-mengenai-ayah.html#ixzz1kL22FKXH

Monday, 23 January 2012

Jenazah melekat di Kubah Masjid

Posted by karmilaillang at Monday, January 23, 2012 6 comments

Kisah jenazah melekat di kubah masjid nabi s.a.w. ini adalah riwayat daripada syeikh waliullah Murtadha al-Zabidi (1790M) mengenai peristiwa orang-orang wahhabi pada zaman itu yang cuba merobohkan, tanda-tanda di kubur baqi' dan mahu meruntuhkan kubah nabi dengan tujuan menghalang umat Islam memuja-muja nabi dan sahabat berlebih-lebihan.
Dikatakan seorang hamba Allah cuba mendaki kubah hijau ini untuk menghancurkannya, lantas beliau disambar petir dan mati di situ serta mayatnya melekat tidak boleh ditarik. Ulama-ulama pada waktu itu bersepakat membiarkan mayat itu dikafan, dan dikerandakan diatas kubah itu dan ia masih kelihatan sehingga sekarang. Kata syeikh al-zabidi..Allah sengaja membiarkan mayat itu melekat dengan kubah sebagai pengajaran kepada umat Islam berikutnya.

Namun, terdapat beberapa golongan yang cuba menafikan kisah ini bagi menutup kesilapan golongan wahhabi yang mahu menghancurkan kubah Nabi s.a.w.

Ada pula golongan yang keliru bagaimanakan jenazah ini menerima seksaan atau nikmat di alam kubur sedang mayat dan kuburnya terpampang dikhalayak ramai. Ada pula golongan cendiakawan Islam mula menganggap seksaan dan nikmat kubur hanyalah dengan roh sahaja bukannya dengan jasad.



Kreditt : Mohd Rozali Senik

Air di daun keladi

Posted by karmilaillang at Monday, January 23, 2012 2 comments


WALAUPUN BERGENANG TAPI TIDAK MENINGGALKAN BEKAS

‎"Hidup tidak boleh menjanjikan kebahagiaan sebenar, 
tetapi segala-galanya akan lebih baik jika anda belajar 
untuk menerima perkara yang anda tidak boleh mengubahnya."

Xinnian Kuaile Gong Xi Fa Cai

Posted by karmilaillang at Monday, January 23, 2012 0 comments
Sebenarnya jawapan tu salah kerana makna Gong Xi Fa Cai bukan 'Selamat Tahun Baru'.

Sebenarnya 'Gong Xi' bermaksud 'Tahniah', manakala Gong Xi Fa Cai pula  bermaksud  'Semoga DiMurahkan Rezeki' atau 'Semoga Kaya Raya'. Sebab tu barangkali orang Cina kebanyakannya kaya raya, mereka sentiasa mendoakan kekayaan dan mengharapkan kekayaan dalam hidup mereka.

Jika korang nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada orang Cina, ucapan yang lebih tepat ialah 'Xinnian Kuaile'

Semoga kedatangan Tahun Naga kali ini akan membawa lebih keamanan, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia bagi  masa depan kita bersama.



Malaixiya Ren Xinnian Kuaile Gong Xi Fa Cai
kepada semua sahabat handai yang merayakan..
HAPPY DRAGON YEAR.. ^-^






Sunday, 22 January 2012

Jongkang-jongket VS Buaian

Posted by karmilaillang at Sunday, January 22, 2012 2 comments
google 


jangan jadi seperti jongkang jongket.. berada di atas kerana orang lain.. 
jadilah seperti buaian.. berada di atas kerana usaha sendiri.. 
walaupun kadang kala berada di bawah..:)


google





Saturday, 21 January 2012

Koleksi Alas Cawan yang sangat Kreatif

Posted by karmilaillang at Saturday, January 21, 2012 8 comments

Alas cawan/gelas atau dalam bahasa Inggeris coaster digunakan untuk mengalas cawan bagi mengelakkan air tumpah dan boleh merosakkan meja. Alas cawan yang kreatif mampu menaikkan lagi seri ruang makan anda. Sekarang ni terdapat pelbagai jenis dan rekaan alas cawan yang sangat cantik dan kreatif. Dalam post kali ni  ingin kongsikan beberapa koleksi coaster yang sangat cool dan kreatif, kalau tengok pasti meleleh air liur nak beli.
coasters01 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas cawan bentuk kiub rubik!
coasters02 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas cawan versi papan hitam, boleh la conteng apa-apa yang anda suka
coasters03 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas cawan versi pecikan darah
coasters04 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
jigsaw puzle coaster
coasters05 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas cawan bentuk roti, haha jangan ada yang termakan alas cawan ni dah le
coasters06 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
Stay on Coasters, lekatkan terus pada kaki cawan tu hohoho
coasters07 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
OXO Good Grips Coasters, pattern dia memastikan coaster ini tak melekat pada gelas
coasters08 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas cawan bentuk burger!
coasters09 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
cloud coasters
coasters10 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
pallet coaster, dah macam rak-rak kayu kat tapak pembinaan je
coasters12 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
pakaikan kasut pada cawan!
coasters13 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
coaster beruang
coasters0 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
coaster beruang beraksi
coasters14 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas cawan design buah-buahan
coasters15 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
bentuk sudu garpu, diperbuat daripada besi woo
coasters17 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
Flowing City Coaster, titisan air pada alas ni boleh nampak macam banjir
coasters20 Koleksi Alas Cawan yang Sangat Kreatif
alas gelas bentuk piring hitam. retro beb haha
Cool kan? Kalau dapat ni rasanya sayang nak guna, simpan jak dalam plastik buat perhiasan gantung dekat dinding haha. Kami baru tahu pasal kegunaan alas cawan ni masa tengok cerita “Just Like Heaven” haha kalau tak dulu benda ni buat main macam main piring terbang jak pun..^-*

kreditt : alas cawan toxel

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts