Thursday, 13 September 2012

Selamat.....

Posted by karmilaillang at Thursday, September 13, 2012
Assalamualaikum, rasanya dah bersawang blog ni, baru ada masa untuk di kunjungi...beginilah klu terlalu sibuk dengan urusan seharian, ni belum berkeluarga lagi..sudah tidak mempunyai masa untuk update blog..kalau sudah mempunyai tanggungjawab lagi besar, saya sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku

memandangkan syawal sudah hampir ke penghujungnya, semakin banyakla jemputan rumah terbuka yang kita akan terima, dan tidak kurang hebatnya jemputan majlis perkahwinan..

disini, blog anugerah cinta ingin berkongsi sedikit berkaitan :

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-1. Susu2. Cuka3. Coriander (Ketumbar)4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. 
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S

semoga boleh memberi sedikit ilmu untuk d  manfaatkan kepada kita semua yang bakal menjadi pengantin... =)

1 comments:

Maria Menado~ on 13 September 2012 at 11:01 said...

owh.. baru tahu.. mila. kite share boleh. :)

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts