Tuesday, 28 August 2012

Di mana kebenarannya =)

Posted by karmilaillang at Tuesday, August 28, 2012


Ada seorang teman baik berkongsi catatan buku 555 nya semalam.. 

Kahwin RM 20k, hutang kereta RM40k, kalau nak beli rumah RM 250k. Belanja adik beradik yg masih sekolah tak dpt PTPTN dalam RM 80k (hingga habis Universiti). Gaji baru RM 1.5k.

Sebulan punya belanja:

1. Simpanan kahwin - RM 200
2. Bayar kereta - RM 500
3. Simpanan nak beli rumah - RM 300
4. Belanja adik beradik dan Mak Ayah - RM 400
6. Duit makan sebulan campur minyak - RM 200
7. Wang hangus - RM ??

=( akaun negative hujung bulan) !

Kalau ikut kiraan ilmu hisab, 8 thn 3 bln barulah kawan ini boleh bergelar pengantin. Kalau umur mula bekerja 25 tahun (consider 1 tahun hangus sbb tanam anggur), umur 33 tahun 3 bulan baru jadi suami orang! Tu tak termasuk bayar PTPTN utk diri sendiri tu..

Dia kata padanlah anak muda skg ni kalau bagi derma kat tabung masjid RM 1 je.. Sbb dah boleh masuk kategori Al-Masakin wal-Fuqara'.. Haha.. Betul juga..

#Kesimpulannya, benarlah kata Hadis wanita yang terbaik adalah mereka yg rendah maharnya (termasuk hantarannya.. Sbb zaman Nabi tiada istilah hantaran). Kesian kat bakal suami. :) Jom tolong kempen !

4 comments:

Ibnu Abbas As-Syakirin on 29 August 2012 at 01:21 said...

Artikel yang bermanfaat. Mohon izin untuk share di blog dengan sedikit suntingan pada tajuk dan isi kandungannya ^___^

Dkna Abza on 3 September 2012 at 14:33 said...

sekarang dunia semuanya DUIT ermm..

Unknown on 17 September 2012 at 08:37 said...

Artikel yg sangat2 bagus ...begitulah kehidupan sekarang..:)

Julie on 13 March 2022 at 20:52 said...

Nice blog thankss for posting

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts