Friday, 14 September 2012

Rahsia yang Tersimpan =)

Posted by karmilaillang at Friday, September 14, 2012
Salam jumaat, untuk semua pembaca dan pengunjung setia, blog anugerah cinta...sedar tidak sedar hari ini hari ketiga Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR berlansung di seluruh negara pada tahun ni..
mungkin belum terlamabat untuk blog anugerahcinta berkongsi sedikit rahsia yang boleh kita amalkan mudah-mudahan perkongsian ni bermanfaat..

RAHSIA PEMAKANAN ANAK PINTAR ! (Ianya adalah rahsia pemakanan ilmuwan Islam)

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.

selamat berhujung minggu dan selamat beramal...

2 comments:

Cik Adieb on 14 September 2012 at 10:31 said...

Yeah,info yg berguna :) Thanks sharing :p

kate na on 16 September 2012 at 15:37 said...

betul..info tu setuju sangat2..thanks sharing :)
http://kate-na.blogspot.com/2012/09/segmen-blogwalking-sambil-follow-1.html nak ajak g folow tuk meeratkan sesama bloger..:)

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts