Sunday, 11 March 2012

Ubat Malas

Posted by karmilaillang at Sunday, March 11, 2012
As salam, selamat berhujung minggu...sejak dua menjak ni, malas sangat nak update blog....kesian dekat blog,  ni ada sedikit ubat untuk yang punyai sakit malas..mari kita amalkan 

1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.
2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.
3. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.
4. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.
5. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.
 

3 comments:

Unknown on 11 March 2012 at 18:09 said...

bagus tips kamu... buat blogger yg malas mcm saya... kene kuatkan azam... rajin2 la menjenguk blog rakan2 yg rajin2... baru timbul rasa rajin tu...

!~ Dolly Auliya ~! on 11 March 2012 at 20:26 said...

kena cuba dan harus cuba... ! thanks for the tips :)

Pen Biru on 12 March 2012 at 08:07 said...

ya betul..malas ni tak boleh dilayan.kalau dilayan, makin menjadi2 la malasnya tu

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts