Saturday, 31 March 2012

Menarik tentang Angry Birds...

Posted by karmilaillang at Saturday, March 31, 2012 5 comments

Jika kita membicarakan salah satu game tablets dan casual paling fenomena ketika ini, mungkin nama Angry Birds dari Rovio sudah pasti terpahat dan menjadi satu bualan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Membunuh Khinzir jahat yang mencuri telur Burung menjadi asas dalam penceritaan game Angry bird ini dan dari situlah menjadi sebuah pengembaraan menentang khinzir menggunakan superpower yang terdapat pada burung-burung angry Bird yang berbeza kuasanya.




Laris... Angry Bird kini terdapat dalam pelbagai version.

Pencapaian luar biasa yang dicapai oleh Angry Birds dan Rovio tentu saja menghasilkan sejumlah fakta yang menarik untuk diperhatikan. Sebagai sebuah fenomena, burung-burung ini sudah pasti menjadi pusat perhatian dari sejumlah pihak, tidak hanya dari industri game, tetapi juga dari khalayak umum. Berbagai penelitian dilakukan dan tidak sedikit data mengejutkan yang didapatkan. Angka dan informasi yang mungkin tidak pernah Anda sadari. Apa saja?


1.  Perbandingan Jantina
Kadar Purata yang mendownload Applikasi game Angry Bird dimonopoli oleh kaum lelaki sebanyak 35% berbanding kaum wanita.

2. Menghabiskan Masa
Secara Purata gamer menghabiskan masa sekiar 200juta merit sehari untuk bermain permainan Angry Bird. Ini menunjukkan Angry Bird merupakan satu applikasi game yang dimainkan setiap hari selama 16 tahun.

3. Melontar Burung
Gamer di seluruh dunia mungkin sudah melontarkan lebih kurang 100million burung dari pedal Angry Bird.


4. Keuntungan Rovio
Nilai Rovio setelah memperkenalkan Angry Birds? Lebih dari 1 Milion USD


5. Populariti iOS
Peranti iOS masih menjadi peranti yang paling banyak memuat Angry Birds, diikuti Android dan PC.


6. Lebih santai
32% gamer merasa lebih santai setelah memainkan game Angry Bird ini


7. Mood Yang Baik
58% gamer akan merasa mood mereka membaik.


8. Psikologi Angry Bird
Michael Chorost, Ph. D. menjelaskan alasan psikologis di balik ketagihan terhadap Angry Birds. Ada 4 faktor utama yang memacunya : sederhana tanpa perlu proses belajar, memenuhi insting primitif dengan menghancurkan musuh khinzir, physics di game dibangun sangat realistis, dan rekaan karakter yang lucu.

9. Ketagihan
12% gamer terpaksa mendelete aplikasi Angry Birds untuk melepaskan diri dari ketagih.

10. Sentiasa Teringin
12% gamer juga mempertimbangkan pilihan ekstreme ini bermain Angry Bird, namun masih belum dapat menghapusnya.


P/S : Adakah anda pun merasakan begitu setelah memainkan Applikasi Angry Bird... ?

Thursday, 29 March 2012

Misteri disebalik....

Posted by karmilaillang at Thursday, March 29, 2012 1 comments


MISTERI DISEBALIK KASUT TUMIT TINGGI

Ramai yang tak tahu,terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini. 

Kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.


jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas .masalah belakang dan tulang pinggul. Selain itu juga boleh menyebabkan kesakitan pada rahang, leher dan kepala.

isi yang nak highlingkan ialah “kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang” ini yang menjadi misteri sebenarnya... adakah pereka kasut tumit tinggi ni sengaja mencipta kasut bertumit tinggi untuk memaksa perempuan menonjolkan payudara mereka dan menonggeng punggung semasa berjalan?? 


*adakah ini satu konspirasi yahudi dan freemanson? sama-sama kita kaji dan fikir2kan..

Best Stress Reliever =)

Posted by karmilaillang at Thursday, March 29, 2012 2 comments

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :
  • solat sebaik-baik sahaja masuk waktu solat
  • set jam solat ke alarm jam pada handphone kita
  • tampalkan poster-poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik
  • hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter dan chatting dan terus tunaikan solat
  • ingatkan bahawasyaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti
  • sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat dira,al, Kalau tak sempat solat lepas tu tiba-tiba mati pulak, heheheh kantoi......

Wednesday, 28 March 2012

Wordless Wednesday 12#

Posted by karmilaillang at Wednesday, March 28, 2012 3 comments


Tuesday, 27 March 2012

Petua Lagi ^-^

Posted by karmilaillang at Tuesday, March 27, 2012 1 comments

Nasi Wangi Dan Enak
Bagi mendapatkan nasi yang wangi dan lebih enak, ambil sehelai dua daun pandan, cuci bersihkan dan lumatkan kemudian masukkan dalam nasi yang telah sedia dimasak dan hasinya nasi pasti akan lebih wangi dan enak
     

Lembutkan Daging Ayam Kampung
Selalunya daging ayam kampung adalah keras dan kenyal. Cara mudah untuk melembutkan daging ayam ialah mengaulkan daging ayam kampung dan buah nans muda yang telah dicincang. Biarkan lebih kurang 15 hingga 20 minit, kemudian basuh ayam tersebut dan masak mengikut resepi. Mudah-mudahan ayam lebih lembut dan sedap.
   

Atasi Gulai Yang Masin
Jika gulai kita terlebih masinnya ambil sedikit hampas kelapa dan bunjutkan menggunakan kain. Masukkan ke dalam gulai tersebut selama 5 minit kemudian diangkat bunjut itu semula, InsyaAllah masin digulai tu akan berkurangan. Boleh juga menggunakan tomato, cuma masukkan ke dalam gulai tersebut.

    


Sunday, 25 March 2012

Checklist diri

Posted by karmilaillang at Sunday, March 25, 2012 2 comments
Assalam...selamat berhujung minggu semua..apa agenda kita hari ni, tapi sebelum beragenda apakata kita  sama-sama 'checklist' diri..

"Apabila seseorang itu mendisiplinkan solatnya..
maka dia akan mendisiplinkan segala perkara dalam hidupnya" 
- |Sayed Ammar Nakshawani]


Thursday, 22 March 2012

For a reason

Posted by karmilaillang at Thursday, March 22, 2012 4 comments

Tuesday, 20 March 2012

Petua Lagi =)

Posted by karmilaillang at Tuesday, March 20, 2012 3 comments


 Oat Hilangkan Jeragat
     Bagi mereka yang mengalami masalah jeragat di wajah tumbuk halus segenggam oat dan 
     campurkan dengan putih telur.Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15minit kemudian 
     basuh.Selain jeragat dapat dihilangkan wajah juga menjadi licin dan halus.


 Hilangkan Kesan Hitam Di Kulit
     Cara mudah untuk menghilangkan kesan hitam pada kulit ialah dengan mengamalkan petua
     ini.Bancuh tepung jagung bersama dengan sedikit air kemudian sapukan pada bahagian
     badan yang gelap di bawah lengan,celahan peha ikut suka yer....Lakukan dua hingga tiga
     kali seminggu InsyaAllah pasti ianya berkesan...


Nasi Tidak Basi
      Untuk mengelakkan nasi menjadi lebih mudah basi keesokan hari cubalah petua ini.Bila
      hendak memasak nasi basuh beras dahulu selepas tu masukkan sedikit garam kedalam
      air masakan nasi tersebut dan gaulkan barulah dimasak.Hasilnya nasi akan lambat basinya.

cubalah kerana saya telah pun mencubanya =)

Sunday, 18 March 2012

Segmen tambah follower sampai pening =)

Posted by karmilaillang at Sunday, March 18, 2012 1 comments

santai di hujung minggu...rasa terpanggil pulak nak join segmen Miss Yaya....walaupun dah sedia pening, tetap nak tambah kenalan..mula-mula berblogger dulu, tak sangka pulak blog dekat Malaysia ni tersangatla banyak tapi anugerahcinta ni still baru lagi sebab tak sambut ulang tahun setahun lagi pun..sampai hari ini still banyak lagi blog yang tak terjah...sebab tu nak join segmen ni..

mai la join ramai-ramai, 

Kenali 5 sikap wanita melalui bantal ^-^

Posted by karmilaillang at Sunday, March 18, 2012 6 comments
Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal | Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal. 



1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
sekadar perkongsian santai dihujung minggu, Tak yah caya sangat fakta tentang sikap wanita berdasarkan cara mereka bersama bantal ni sebab bukan betul sangat pun. Tapi kalau nak main-main dan untuk seronok-seronok boleh jak pun. Allah yang Maha Mengetahui. Tawakal kepada Allah, insyaAllah lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya. =)

Friday, 16 March 2012

APA YANG KITA FIKIR

Posted by karmilaillang at Friday, March 16, 2012 4 comments

APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG?
DARI KITA BERDIAM KOSONG, N
IATLAH DENGAN YANG BAIK BAIK...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Thursday, 15 March 2012

Sujud dari segi saintifik

Posted by karmilaillang at Thursday, March 15, 2012 3 comments

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH..

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah MEMELUK ISLAM kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya..dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran..dia adalah seorang Doktor Neurologi..setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

 Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an..di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia TERTARIK untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan KAJIAN URAT SARAF, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah..padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara NORMAL..

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang SUJUD semasa mengerjakan SOLAT..

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja..ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut KADAR WAKTU SOLAT yang diwajibkan oleh Islam..


Begitulah KEAGUNGAN ciptaan Allah..tidak menunaikan solat, menyebabkan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal..KEJADIAN MANUSIA ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam "SEPENUHNYA" kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yang indah ini..

p/s : SOLAT itu mendekatkan dirimu dengan PENCIPTAMU..:)
 

Wednesday, 14 March 2012

Wordless Wednesday 11#

Posted by karmilaillang at Wednesday, March 14, 2012 6 comments
telebih kreatif macam ni ^-^

Monday, 12 March 2012

TV3

Posted by karmilaillang at Monday, March 12, 2012 3 comments
macam betul jugak ^-^

Sunday, 11 March 2012

Ubat Malas

Posted by karmilaillang at Sunday, March 11, 2012 3 comments
As salam, selamat berhujung minggu...sejak dua menjak ni, malas sangat nak update blog....kesian dekat blog,  ni ada sedikit ubat untuk yang punyai sakit malas..mari kita amalkan 

1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.
2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.
3. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.
4. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.
5. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.
 

Friday, 9 March 2012

Bersempena

Posted by karmilaillang at Friday, March 09, 2012 6 comments

Salam Jumaat semua, bersempena Hari Wanita kemarin, gambar ni membawa seribu makna untuk semua yang bergelar wanita...hargai wanita jangan di kasari mereka kerana merka mampu mengoncang semangat mereka mampu mengubah segalanya ^-^.

Bagi yang bergelar isteri dan Ibu, sesungguhnya mereka bertuah dan saya sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki dan memperolehi gelaran isteri dan  Ibu..ingatlah "seorang isteri boleh memasuki syurga tanpa seorang suami, namun seorang suami tidak boleh memasuki syurga tanpa isteri....hihihihi"....

Thursday, 8 March 2012

Anatomi ^-^

Posted by karmilaillang at Thursday, March 08, 2012 2 comments



Salam khamis semua, minta maaflah sejak 2 3 hari ni, blog ni tak teupdate sangat..huhuhu. Maklumlah bulan baru suasana kerja pun baru...hanya mampu berdoa dengan kesibukan yang diberikan tidak akan melupakan perkara yang wajib ^-^..doa kan saya..

Anatomi, setiap yang diciptakan untuk kita tidak pernah sia-sia termasuklah anggota badan kita sendiri dan tidak bermakna organ yang kita ada di badan kita, hak kita mutlak dan boleh buat sesuka hati....tidak ^-^ semua ini hanyalah pinjaman dan bila-bila masa pun boleh ditarik balik, makanya perlu bersyukur dan menjaga anatomi kita sebaiknya agar mampu membawa kita ke syurgaNya..
  •  Mata - Menjaga pandangan
  • Tangan - Suka menolong dalam kebajikan
  • Perut - Terjaga dari makanan yang syubhat, apalagi haram
  • Otak - berpikir positif dan jauh ke depan
  • Mulut - tidak terbuka kecuali untuk membicarakan hal-hal yang baik dan benar serta bermanfaat
  • Kaki - Selalu berjalan di atas jalan kebajikan

Wednesday, 7 March 2012

Wordless Wednesday

Posted by karmilaillang at Wednesday, March 07, 2012 3 comments

Bising sangat ka ^-^

Monday, 5 March 2012

selamat pagi =)

Posted by karmilaillang at Monday, March 05, 2012 3 comments
 untuk perkongsian pagi isnin..

Friday, 2 March 2012

Roda-Roda Kehidupan..

Posted by karmilaillang at Friday, March 02, 2012 2 comments

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts