Setelah lama tidak, berkesempatan untuk menulis dan berkongsi ceritaria, untuk bacaan dan ingatan buat diri sendiri, akhirnya saya meluangkan sedikit masa untuk becerita pandangan peribadi berkaitan isu yang baru sahaja berlalu....membaca laman sosial sahabat saya berkaitan pandangan beliau (Pn.Bieb) terhadap isu PRU13 baru-baru ini, saya terpanggil untuk berkongsi bersama pandangan beliau di blog ini.
Mengulas isu pasca PRU.
Isu keputusan PRU lewat. Ini bukanlah salah SPR. Kita semua sedia maklum ini adalah pertembungan sengit, paling sengit setakat ini. Di banyak kawasan, calon-calon meminta kiraan semula undi. Bayangkan kiraan semula bagi kawasan penduduk berjumlah ribuan orang, pasti mengambil masa lama. Kiraan undi dilakukan dengan mengangkat kertas undi satu persatu untuk diperlihatkan kepada wakil setiap calon di tempat kiraan undi. Itu semua mengambil masa. Angkat undi, perlihatkan kepada ejen, letak dalam tempat kiraan. Angkat lagi satu, perlihatkan lagi. Begitulah seterusnya hingga puluhan ribu undi selesai dikira. Kalau kira semula, kebas jugaklah tangan petugas SPR kira undi. Kasihan, janganlah mereka difitnah lagi.
Isu petugas SPR mencurigakan. Buat pengetahuan, petugas SPR termasuklah yang membawa peti undi dan mengira undi adalah mereka yang terdiri daripada pelbagai penyokong pro mana-mana parti. Bercampur aduk. Sebilangan besar guru, penjawat awam lain dan orang awam yang memohon menjadi petugas SPR sebelum ini yang menjadi ketua pusat mengundi, pengira undi, dll. Mereka bukan orang pilihan kerajaan. Ada juga kalangan pro PR dan bebas. Adalah mustahil mereka akan melihat sahaja penipuan berlaku atau bersekongkol dengan penipuan sekiranya parti yng mereka sokong sebelum ini dianiaya.
Isu bekalan elektrik terputus. Semasa bekalan elektrik terputus, dikatakan penipuan berlaku. Persoalannya, kenapa wakil calon, ejen calon masing-masing tidak teliti menjaga dan memerhati peti undi kawasan masing-masing? Dalam samar cahaya, tidakkah mereka melihat sekiranya kertas undi dimanipulasi sedangkan mereka duduk betul-betul di hadapan peti dan tempat kiraan undi?Isu penipuan di Putrajaya. Ini lucu. Kata salah seorang penyokong PR, petugas SPR bersekongkol dengan BN kerana menyorokkan kertas undi dalam poket seluar sehingga Tengku Adnan menang. Kertas undi tu tebal. Petugas SPR yang berdekatan dengan peti undi cuma beberapa orang. Tengku Adnan menang dengan majoriti lebih kurang 5000 undi. Agak-agaknya, poket petugas SPR muat tak nak sorok 5000 undi? Alahai.
Isu PR kalah di kawasan yang diyakini menang dengan cara penipuan. Bagaimana pula dengan kekalahan Ali Rustam, Saifuddin Abudllah, Ghani Othman, Raja Nong Chik, dll? Kenapa SPR tidak hentikan bekalan elektrik dan tipu undi, seperti dakwaan penyokong PR? Sedangkan semua itu kawasan kubu kuat BN. Malah ditandingi oleh orang kuat BN. Yang itu SPR telus pula ya sebab PR menang?
Isu Obama. Ini kerja gila. Beberapa individu memohon agar Presiden Amerika campur tangan. Kononnya mereka dianiaya. Gila! Jangan jemput Amerika! Campur tangan luar hanya akan merugikan negara. Bahaya!
Sudah-sudahlah buat spekulasi. Jangan buat plot cerita sendiri, siap dengan ciptaan kronologi. Jangan provokasi. Jangan benci-benci. Hilangkan semua ketidakpuasan hati. Pilihan raya 5 tahun sekali. Akan datang, boleh pilih lagi. Rakyat sudah mengundi. Pilhan sudah diketahui. Politik parti tolak tepi. Ini masa bekerja, majukan kawasan sendiri. Pantau YB sana sini. Kalau YB malas, akan datang jangan pilih lagi.
Rakyat Malaysia perlu bersatu hati. Hormati keputusan majoriti!
setelah membaca, ulasan ini saya fikirkan kita perlu berfikiran positif, bijak menilai bukan sekadar mendengar dan terus membuat kesimpulan sendiri.
Dan untuk sahabat sedaerah dan sahabat Alumni yang bertanding di atas tiket PAS bagi PRU13 baru-baru ini, saya mengucapkan tahniah kerana niat mereka untuk membangun bersama-sama rakyat.
Tuesday, 14 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
penulisan yg menarik, biasany kalo tulis panjang2 x minat nk bc, tp ni mungkin sbb mukadimah yg m'nerujakn. huhu
Post a Comment