Isu Psy & tajaan. Banyak yang berbunyi tentang isu ini. Encik/Puan, duit bayaran tu bukan menggunakan duit kerajaan Malaysia. PM yang kata. Kalau PM tipu, itu urusan PM dengan Pencipta.Kalau tak percaya, tunggu sahaja Laporan Audit. Atau gunakan sahaja kuasa mengundi. Tak perlu kutuk maki keji. Hari mengundi sila pangkah ikut pilihan hati.
Ada yang kata, duit tu lebih baik buat derma. Encik/Puan, kalau penaja tu mampu, biarlah mereka bayar Psy pun. Tak menjadi kudis untuk kita. Itu duit mereka. Kompeni mereka. Kepunyaan mereka. Macam mana kita tahu apabila mereka membayar Psy, mereka tidak melakukan aktiviti menderma, biasiswa, dll?
Ada yang kata, baik panggil artis Malaysia. Ya. Betul juga. Artis Malaysia lebih murah bayarannya. Setuju. Tapi hiburan tetap hiburan, kan.
Ada yang kata, kan lebih elok buat ceramah agama atau panggil Maher Zain. Encik/Puan, ini sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Agak-agaklah kalau bagi cadangan pun. Mahukah mereka dengar ceramah agama atau nyanyian Islamik di Tahun Baru Cina?
Pemimpin pun tak payahlah tanya 'Are you ready for X' tidak kena pada masanya. Perayaan tu tanpa mengira apa-apa ideologi politik. Pergi atas dasar semangat muhibbah sudahlah. Tak perlu selit politik.
Akhir kalam, saya tak minat Psy. Tapi saya tak boleh halang minat orang lain. Kesimpulan, jangan maki, jangan tunjuk samseng gaduh sana-sini, jangan keji. Percakapan, penulisan dan perbuatan kita adalah cerminan diri kita sendiri.
by Puan Bieb..
Friday, 15 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment