Sunday, 21 October 2012

Sentap mak jemah..siap lesen bagai.....

Posted by karmilaillang at Sunday, October 21, 2012

sentap saya, selepas membaca blog abang hanif..berkaitan GRO di Labuan di berikan lesen...hebatnya, siap bagi lesen....untuk cerita selanjutnya boleh la baca coretan dari blog abag hanif sendiri...

"Salam Satu Blogger. Pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia iaitu pengeluaran lesen Pas Lawatan Kerja Sementara( PLKS) untuk GRO Filipina. Inilah yang aku tonton tadi semalam semasa perbahasan Parlimen.
PLKS untuk GRO ini harus diperbaharui setiap 6 bulan  Selepas 2 kali (1 tahun) Pemegang lesen PLKS GRO ini harus ada "cooling time" selama 6 bulan lagi di negara mereka sebelum datang ke Malaysia atau Labuan.

Memang dari segi istilah tiada apa sangat dengan GRO atau lagi sedap kalau istilah dalam bahasa melayu, Pegawai perhubungan Pelanggan. Tapi realitinya GRO ni menggambarkan pekerjaan yang bergelumang dengan minuman keras dan pergaulan bebas, dan di Malaysia ni kalau kata GRO orang akan faham lebih kurang macam pelacur, mungkin sikit bawah ja dari pelacur.

Wah!!! rakyat Labuan dah advanced bro...GRO asing dah ada lesen. Tak lama lagi anak-anak gadis Labuan pun dah boleh mohon lesen jadi GRO sebab mereka kan anak watan Labuan..hehehehe.
Mana boleh kasi wanita Filipina dominasi negeri Labuan....hehehhehe.

Aku sebenarnya terkejut mendengar perbahasan dan penerangan sebegini diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Apa keistimewaan Labuan sehingga mampu memberikan lesen PLKS GRO. Aku tak nampak logiknya dari segi moral dan agama rakyat berbilang bangsa di negara tercinta aku ini.

Mungkin kerajaan Malaysia bercita-cita hendak menjadikan Labuan saingan kepada Hadyai di Thailand dan Batam di Singapura sebagai pusat seks bebas Asia Tenggara.

Tak lama aku rasa lesen pelacur pun akan diluluskan kot!!!
I'm Speechless....!!!
Anda pula.....?
Atau aku ker orang yang terakhir yang mengetahui perkara ini....kikikiki"



BY http://hanifidrus.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts