Tuesday, 21 June 2011

Bersempena.....

Posted by karmilaillang at Tuesday, June 21, 2011
Bersempena sambutan hari ibu dan bapa pada tahun ni, saya ingin bercerita tentang tokoh yang hidup di dalam diri saya..
tokoh ini, tidaklah se gah yang kita kenali, tetapi mereka sentiasa  hidup di setiap jiwa anak-anak mereka, itu yang saya pasti.


kadang, apabila kita beercerita mengenai pengorbanan seorang ibu, kita sering melupakan pengorbanan seorang bapa.bagi saya pengorbanan mereka tidak mampu di bayar dengan wang ringgit dan tidak boleh di ungkap dengan kata-kata. Sebagai anak sulung, saya mempunyai cerita tersendiri mengenai bapa dan saya.Saya bertuah kerana mempunyai seorang bapa yang di dalam dirinya mempunyai sifat sabar yang mendalam. dan saya dapat rasakan sifat itu ada saya miliki dalam diri seorang kakak yang mempunyai 6 orang adik, hheheh...


waktu kecil, saya bukannya seorang yang pintar, tapi saya tidak pernah kenal erti berputus asa dan sentiasa mencuba.namun rezeki kita di dunia ni, tidaklah semanis impian orang lain, yang berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan, duduk dalam kelas yang pandai.dalam usaha yang dilakukan hanya sekali mungkin, tidak seperti saya yang berusaha beulang-ulang kali, tapi masih dalam kedudukan yang agak sederhana. namun saya tetap bersyukur,mungkin usaha yang dilakukan hanya mampu memperolehi keputusan sebegitu..


saya agak sinonim dengan angka 'dua'. apa yang saya lakukan pastinya hanya peluang kedua yang akan menghasilkan kejayaan, tapi perlu kita ingat tidak semua perkara yang ada di dunia ini, mempunyai peluang kedua dan pada kebiasaanya, peluang kedua tidak seindah peluang yang pertama.akan tetapi, setiap manusia berhak untuk mendapatkan peluang kedua (:


saya, mempunyai seorang adik lelaki yang pada masa itu, agak bijak dalam subjek matematik, bapa saya pulak antara orang yang bijak dalam subjek itu selain, bidang kereta..na.. di sinilah kisah saya bermula.. saya kurang pandai dalam subjek math ni,susahlah, asal nombor memang teruk.. dan saya banyak kisah suka duka berkaitan subjek ni, dari sekolah rendah sampailah menengah.


biasalah, namanya jugak orang tuakan, pasti suka membandingkan kita dengan adik beradik yang lain tapi perbandingan yang mereka buat bukanlah bermaksud kasih sayang yang mereka berikan juga berbeza.. tidak sama sekali yang arif(:
kadang perasaan kecik hati tue ada, tapi saya tidak bersendiri kerana ibu sayalah orang yang sentiasa memberi harapan tentang wujudnya peluang yang ada di dunia luar.ibu saya antara kawan rapat yang saya ada di dunia ni, dan setiap langkah yang saya lakukan hanya dia seorang pemerhati yang setia.


bapa saya tidak pernah memberi sedikit peluang kepada saya untuk membuktikan yang saya juga mampu seperti adik lelaki.sehinggakan suatu petang, sebelum peperiksaan SPM bermula. Bapa saya pernah melontarkan kata-kata ini, yang saya tidak pernah lupa sampai akhir hayat saya."mil, bapa yakin ko tidak dapat mana-mana U lah ni" betapa sebaknya hati saya ketika itu, tapi saya tahu,ada sebab mengapa dia berkata sedemikian... usaha saya tidak pernah luntur, selepas mendengar kata-kata begitu dilontarkan kepada saya.tetapi pastinya sedih, kerana kita dapat tahu, tiada harapan yang diletakkan kepada kita sebagai seorang anak sulung.


ditambah pulak dengan keputusan SPM yang saya perolehi, tidak begitu membanggakan namun LULUS itu penting bagai saya (:
bertambah rendahlah pandangan bapa terhadap saya,namun saya tenang hadapi semua perkara ini, kerana saya ada ibu yang sentiasa bersama-sama meraihkan setiap kejayaan yang saya perolehi.


keputusan untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat STPM, keluar sekali lagi saya sedih dan semakin rendahlah harapan bapa terhadap saya sekali lagi.. namun, seperti apa yang saya katakan peluang kedua pasti ada untuk mereka yang sentiasa mengharapkan peluang tersebut.saya berjaya melanjutkan pelajaran, ketika saya pergi, bapa antara orang yang terakhir tahu yang saya dapat melanjutkan pelajaran, saya ingat lagi. selepas 2 hari saya di kampus, barulah saya beranikan diri untuk membuat panggilan ke opis bapa, dan meminta kerani memberitahu tentang perkara yang pasti membanggakan sebagai seorang bapa..selepas daripada hari itu, barulah saya tahu, mengapa bapa sentiasa memandang rendah kepada saya, kerana itu adalah cara agar saya sentiasa berusaha dan tidak merealisasikan kata-kata bapa yang dilontarkan kepada saya....


Alhamdulillah, sekarang saya telah tamat pengajian dan sedang berusaha mencari pekerjaan untuk membalas segala pegorbanan 2 tokoh yang ada di dalam hidup saya. saya bersyukur memiliki mereka dan berdoa agar mereka di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.InsyaAllah..


kepada Bapaku Illang b.Boko dan Mamak ku Erni bt Laege (:
Jutaan terima kasih kerana sanggup bersusah payah, mendidik dan membesarkan saya..dan bapa dan mamak sayalah tokoh yang hidup di dalam diri saya...



0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts