Bersempena sambutan hari ibu dan bapa pada tahun ni, saya ingin bercerita tentang tokoh yang hidup di dalam diri saya..
tokoh ini, tidaklah se gah yang kita kenali, tetapi mereka sentiasa hidup di setiap jiwa anak-anak mereka, itu yang saya pasti.
kadang, apabila kita beercerita mengenai pengorbanan seorang ibu, kita sering melupakan pengorbanan seorang bapa.bagi saya pengorbanan mereka tidak mampu di bayar dengan wang ringgit dan tidak boleh di ungkap dengan kata-kata. Sebagai anak sulung, saya mempunyai cerita tersendiri mengenai bapa dan saya.Saya bertuah kerana mempunyai seorang bapa yang di dalam dirinya mempunyai sifat sabar yang mendalam. dan saya dapat rasakan sifat itu ada saya miliki dalam diri seorang kakak yang mempunyai 6 orang adik, hheheh...
waktu kecil, saya bukannya seorang yang pintar, tapi saya tidak pernah kenal erti berputus asa dan sentiasa mencuba.namun rezeki kita di dunia ni, tidaklah semanis impian orang lain, yang berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan, duduk dalam kelas yang pandai.dalam usaha yang dilakukan hanya sekali mungkin, tidak seperti saya yang berusaha beulang-ulang kali, tapi masih dalam kedudukan yang agak sederhana. namun saya tetap bersyukur,mungkin usaha yang dilakukan hanya mampu memperolehi keputusan sebegitu..
saya agak sinonim dengan angka 'dua'. apa yang saya lakukan pastinya hanya peluang kedua yang akan menghasilkan kejayaan, tapi perlu kita ingat tidak semua perkara yang ada di dunia ini, mempunyai peluang kedua dan pada kebiasaanya, peluang kedua tidak seindah peluang yang pertama.akan tetapi, setiap manusia berhak untuk mendapatkan peluang kedua (:
saya, mempunyai seorang adik lelaki yang pada masa itu, agak bijak dalam subjek matematik, bapa saya pulak antara orang yang bijak dalam subjek itu selain, bidang kereta..na.. di sinilah kisah saya bermula.. saya kurang pandai dalam subjek math ni,susahlah, asal nombor memang teruk.. dan saya banyak kisah suka duka berkaitan subjek ni, dari sekolah rendah sampailah menengah.
biasalah, namanya jugak orang tuakan, pasti suka membandingkan kita dengan adik beradik yang lain tapi perbandingan yang mereka buat bukanlah bermaksud kasih sayang yang mereka berikan juga berbeza.. tidak sama sekali yang arif(:
kadang perasaan kecik hati tue ada, tapi saya tidak bersendiri kerana ibu sayalah orang yang sentiasa memberi harapan tentang wujudnya peluang yang ada di dunia luar.ibu saya antara kawan rapat yang saya ada di dunia ni, dan setiap langkah yang saya lakukan hanya dia seorang pemerhati yang setia.
bapa saya tidak pernah memberi sedikit peluang kepada saya untuk membuktikan yang saya juga mampu seperti adik lelaki.sehinggakan suatu petang, sebelum peperiksaan SPM bermula. Bapa saya pernah melontarkan kata-kata ini, yang saya tidak pernah lupa sampai akhir hayat saya."mil, bapa yakin ko tidak dapat mana-mana U lah ni" betapa sebaknya hati saya ketika itu, tapi saya tahu,ada sebab mengapa dia berkata sedemikian... usaha saya tidak pernah luntur, selepas mendengar kata-kata begitu dilontarkan kepada saya.tetapi pastinya sedih, kerana kita dapat tahu, tiada harapan yang diletakkan kepada kita sebagai seorang anak sulung.
ditambah pulak dengan keputusan SPM yang saya perolehi, tidak begitu membanggakan namun LULUS itu penting bagai saya (:
bertambah rendahlah pandangan bapa terhadap saya,namun saya tenang hadapi semua perkara ini, kerana saya ada ibu yang sentiasa bersama-sama meraihkan setiap kejayaan yang saya perolehi.
keputusan untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat STPM, keluar sekali lagi saya sedih dan semakin rendahlah harapan bapa terhadap saya sekali lagi.. namun, seperti apa yang saya katakan peluang kedua pasti ada untuk mereka yang sentiasa mengharapkan peluang tersebut.saya berjaya melanjutkan pelajaran, ketika saya pergi, bapa antara orang yang terakhir tahu yang saya dapat melanjutkan pelajaran, saya ingat lagi. selepas 2 hari saya di kampus, barulah saya beranikan diri untuk membuat panggilan ke opis bapa, dan meminta kerani memberitahu tentang perkara yang pasti membanggakan sebagai seorang bapa..selepas daripada hari itu, barulah saya tahu, mengapa bapa sentiasa memandang rendah kepada saya, kerana itu adalah cara agar saya sentiasa berusaha dan tidak merealisasikan kata-kata bapa yang dilontarkan kepada saya....
Alhamdulillah, sekarang saya telah tamat pengajian dan sedang berusaha mencari pekerjaan untuk membalas segala pegorbanan 2 tokoh yang ada di dalam hidup saya. saya bersyukur memiliki mereka dan berdoa agar mereka di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.InsyaAllah..
kepada Bapaku Illang b.Boko dan Mamak ku Erni bt Laege (:
Jutaan terima kasih kerana sanggup bersusah payah, mendidik dan membesarkan saya..dan bapa dan mamak sayalah tokoh yang hidup di dalam diri saya...
Tuesday, 21 June 2011
Ujian..
Allah menyayangi kita sebagai hambaNya, sebab itu di turunkan ujian. Ujian itu adalah tanda akan kasih sayangNya, semakin getir ujian yang dipikul, semakin DIA sayang dan ujian itu juga pastinya tidak akan membebani kita kerana Allah itu tidak akan menzalimi hambaNya. Allah akan menguji kita pada kadar kemampuan dan ketabahan yang ada pada hamba.
Jadi, setiap apa yang berlaku hari ini dan akan datang tidaklah berlaku sia-sia, pasti ada hikmah dan alasanNya, kita sebagai hambaNya tidak perlu mengeluh akan setiap kisah perjalanan hidup yang kita tempuhi. Dan sebaliknya, kita perlu hadapi dengan penuh sabar dan tawa riang yang mengembirakan.
Yang pastinya, kita tidak bersendirian ketika berduka. kita punya Allah S.W.T tempat untuk meluah sekiranya kita tidak mempunyai sapa-sapa, kita punya doa sebagai senjata. Dan yakinlah, segala ujian yang kita hadapi hari ini pasti mempunyai kisah tersendiri dalam hidup kita sebagai mahlukNya.
Apabila kita menghadapi masalah, kita perlu berpikiran positif, yang bukan hanya diri kita sahaja mempunyai masalah pada ketika itu...

Thursday, 9 June 2011
"Memburu keperluan hidup jangan sampai meminggirkan tujuan hidup. Mengumpul kuantiti harta jangan sampai mengabaikan kualiti jiwa"
by: azizul Julirin
madah dan kata-kata ni, sangatlah betul.. sebab ramai kita pada hari ini selalu memburu keperluan hidup, kerja sehinggakan terlepas solat 5 waktu sedangkan otak kita juga memerlukan rehat, sekurang2nya kalau kita rehat dan ambil waktu untuk solat, bukannya lama pun..mata yang segar boleh terang balik kalau dah solat, dalam solat jugak kita buat renggaan boleh lah darah mengalir ke seluruh anggota badan..tak lah duduk memanjang..yang penting janganlah asyik kumpul duit sehinggakan kita abaikan kesihatan. Kesihatan yang kita ada hari ini, adalah anugerah yang paling berharga bagi setiap manusia, dan kesihatan yang baik bermula dengan jiwa yang tenang.

Monday, 6 June 2011
before marriage c;
Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..
Before marriage. .
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You want to die I help you!
Before marriage. .
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!!
Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "
Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"
Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you
Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la
Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak
Before wedding
Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding
Furthest you go is Maxwell Hill
Before wedding
He opens the car door
After wedding
He opens his mouth and snores
Before wedding
She / he was your ideal
After wedding
She / he becomes your ordeal

tambahlah amalan agar hidup kita lebih berkat
AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

alhamdulillah..
syukur, alhamdulillah dpt jugk siapkan blog ni, wpun masih bnyk yg kurg, tp semua tue boleh d tambah ckit-ckit. Dengan harapan blog ni boleh menjadi tempat untuk cerita tentang kehidupan dan sedikit perkongsian dan nasihat untuk kita meneruskan kehidupan dunia dan akhirat. InsyaAllah c;
Subscribe to:
Posts (Atom)