1Ramai yang tidak faham dengan prinsip sains di sebalik ‘cloud seeding’. Mereka sangka pembenihan awan itu senang macam mengeluarkan benih sendiri menerusi proses senggama dan onani. Boleh dibikin sukahatimakbapak bila-bila masa, di mana-mana. Asalkan ada nafsu dan berahi, terus saja boleh on. TIDAK. Cloud seeding bukan semudah begitu. Yes, it is a ‘proven technology’ to produce rain. Tapi semua teknologi dunia yang telah terbukti pun, masih perlukan PRA-SYARAT.
Misalnya teknologi kereta. Memang ia terbukti sebagai jentera bergerak yang boleh memindahkan manusia dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain secara efektif. Kerana mantapnya teknologi ini, maka jumlah kereta yang terjual di seluruh dunia bagi tahun 2015 saja, melebihi 72 juta unit. Kalau bilangan ini dihantar ke Malaysia, setiap penduduk negara di segenap ceruk akan memiliki sekurang-kurangnya dua buah kereta seorang, termasuklah bayi yang baru dlahirkan tiga minit tadi. Banyak, kan?
Tetapi secanggih mana pun teknologi kereta ini hingga digilai manusia serata global, ia cuma boleh berfungsi JIKA DAN HANYA JIKA pra-syaratnya dipenuhi. Apa? Ia perlukan jalanraya. Kalau kamu tinggal dalam sampan di tengah lautan Atlantik, satu billion kereta pun tidak berguna. Atau kalau kamu berkampung di lereng pergunungan Himalaya yang paling curam; jangan bilang kereta berenjin, kereta lembu atau kereta babi pun belum tentu boleh pakai.
2
So sekarang kamu faham tidak, apa sebenarnya prinsip asas dalam semua proses dan mekanisme sains? Ia perlukan situasi yang ideal dan optimum sebelum teknologi dapat dioperasikan.
Begitu juga 'cloud seeding’. Ia ada PRA SYARAT yang ditentukan oleh faktor semulajadi, di luar kawalan kepintaran manusia dan kecanggihan teknologi. Untuk membolehkan pembenihan itu hasilkan hujan, perlu ada awan towering cumulus. Ini sejenis awan perolakan yang lazimnya nampak seperti letupan atom Hiroshima. Rimbun berpupul-pupul, menjulang tinggi ke langit. Ketika episod El Nino begini, yang mana cuaca sangat kering dan nilai lembapan di tanah dan udara begitu rendah, olakan wap air untuk menghasilkan awan jenis ini sangat sukar berlaku. Lebih-lebih lagi Sabah, iaitu salah satu tempat di Malaysia yang paling prone dan fragile kepada impak El Nino.
Itulah punca sebenar kenapa ‘cloud seeding’ masih belum dioperasikan di Sabah. Bukan sebab tiada arahan atau kedekut bajet atau tiada kepakaran dan teknologi. Bukan juga sebab agensi yang bertanggungjawab sengaja lengah-lengahkan tindakan. Pasukan Jabatan Meteorologi Malaysia dan TUDM sudah siap-siaga untuk membenihkan awan bila-bila masa. But the ideal climatic condition is yet there for the seeding to take place.
3
Ada juga yang bising-bising: siapa bilang tiada awan? Ada hujan bah di Sabah dalam sehari dua ini. Itu bukti bahawa memang ada awan yang cukup. Tembirang saja Jabatan Meteorologi ini!
Wah, pintar dan cerdik sungguh homosapien Malaysia sekarang. Semua orang berduyun-duyun boleh jadi meteorologist dan climatologist tersohor, dengan hanya memandang langit dan mengintai hujan di celah tingkap. Kalau begitu, saya cadangkan kerajaan hentikan semua biasiswa untuk taja pengajian di universiti. Buat apa membazir duit juta-juta bagi melahirkan pakar pelbagai bidang, kalau akhirnya diagnosis dan penilaian mereka hanya dimomok-momok. Orang lebih percaya pada saintis jadi-jadian yang graduate secara percuma dari Universiti Facebook dan Kolej Sains Twitter.
Hujan secara semulajadi memang boleh dihasilkan oleh pelbagai awan lain, misalnya alto-kumulus. Tapi awan jenis ini tidak boleh dibenihkan dengan efektif. So, bila ada hujan secara natural, bukan bererti ada awan towering cumulus yang sesuai untuk pembenihan. Sehingga semalam (6 April 2016), pemantauan pihak berautoriti yang merupakan gandingan pakar teknikal dan sains atmosfera (dengan menggunakan teknologi satelit dan pelbagai kaedah tinjauan lapangan yang lain), telah mendapati bahawa awan yang ideal untuk pembenihan belum muncul dalam ruang angkasa di kawasan-kawasan yang berjerebu.
Mungkin awan jenis itu ada di Malindi, Kenya, atau barangkali di Dataran Tinggi Korat, Thailand. Tapi kita bukan mau benihkan awan di sana, kan?
4
Ada juga menyinga dengan cara lain, hingga hilang kawalan dan harga diri. Kata mereka: Ini soal nyawa. Kalau pun ‘awan yang ideal’ tidak ada, tiada salah mencuba bah. Kita mesti berusaha. Jangan lagi fikir pasal duit atau kos. Yang penting MENCUBA!
Kita mesti ingat, belanja operasi pembenihan awan ini sangat mahal. Jadi setiap cubaan mestilah ada justifikasi dan logik yang kukuh. Bukan cuba sekadar cuba. Duit itu bukan kepunyaan Jabatan Meteorologi Malaysia. Ia juga bukan milik nenek moyang kita yang telah bertahun-tahun meninggal dunia, dan boleh diagih-agih sebagai amal jariah sesuka hati. Duit itu milik rakyat, hasil dari keringat, darah dan airmata. Jadi, pihak yang diberi tanggungjawab mengurusnya tentulah mahu pertahankan sifat amanah. Bukan kamurang saja bah yang mau masuk syurga. Orang lain pun mau juga ke sana.
Agama menyuruh kita menuntut ilmu sains dan teknologi untuk apa? Supaya kita dapat terjemah pengetahuan itu ke dalam bentuk pertimbangan-pertimbangan yang munasabah. Jadi segala sumber yang dikurnia oleh Tuhan dapat dimanfaatkan secara optimum, setelah risiko untung-rugi dinilai sebaik-baiknya. Bukan dibazir-bazir sesuka jiwa raga, macam iblis yang tak sayang rezeki dan tak reti bersyukur.
Kalau kebarangkalian berjaya cuma 0.5%, kenapa perlu belanja puluh ribu ringgit untuk jalankan operasi yang akhirnya 99.5% menemui kegagalan? Lebih mulia jika dana itu disalur sebagai belanja mitigasi pelbagai isu-isu kemanusiaan lain bersabit kes cuaca panas dan jerebu. Misalnya, bayar kos penghantaran air. Bayar overtime bomba yang memadam kebakaran, etc. Kita perlu adil mengurus dana publik, berdasarkan analisis kos-efektif yang tepat. Itulah tanggungjawab penjawat awam. Bukan semata-mata sebab didesak orang ramai dan takut dimaki-hamun, maka kita belanja duit terhegeh-hegeh tanpa asas pertimbangan. Ini bukan soal populariti. Ini soal berhemah dalam tindakan, jujur dalam tugasan.
5
Ya, saya sangat faham situasi orang Sabah sekarang. I was also in KK last weekend. I saw and experienced the severe haze. It was not pleasant. Di kawasan pedalaman barat Sabah, di mana punca kebakaran dikesan, sudah tentu keadaannya lebih teruk daripada KK. I honestly can empathise it. Memang begitu menjerihkan.
Tapi kalau perit sangat pun, kita janganlah taksub sampai mahu menjadi Tuhan. Seolah-olah sistem fizikal dunia ini boleh tunduk menerima arahan manusia.
Kun faya kun. Aku kata jadi, maka jadilah.
Percayalah, kita sebagai manusia tidak mempunyai kuasa sakti sebegitu.
6
There is a limit for everything, including science and technology. Let’s acknowledge that. Mari kita sama-sama belajar menjadi insan semula. Yang selalu sedar di mana letaknya batasan kudrat makhluk. Juga, yang saling menghargai usaha orang lain, walau sekecil mana pun usaha itu di mata kita.
This is Rem Dambul writing, in his capacity as a professional climatologist, a true Sabahan and a patriotic Malaysian. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
Repost by Dr Rem.
0 comments:
Post a Comment