Tips untuk tidak terlalu menjeruk rasa apabila setiap perkara tidak berjalan seperti yang dirancang antaranya ialah ...
1) Jangan jadi perfectionist sangat.
Kena terima hakikat ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang kita kena biarkan ia berlaku apabila ia di luar kawalan kita. Kalau semua perkara sempurna, kita tak perlu buat post-moterm dan ia akan menjadikan kita manusia yang lebih sombong, bongkak dan mendabik dada. Setiap kelemahan itu mengingatkan kita bahawa kita adalah manusia biasa yang banyak kelemahan.
2) Terima keadaan seadanya.
Elakkan diri daripada meletakkan beberapa kriteria 'expectations' seperti apabila beri pelajar kerja sekolah, kita expect semua pelajar buat. Apabila kita masuk kelas, kita expect semua pelajar bawa buku. Apabila kita buat program, kita expect ada orang akan recognize kita. Apabila kita telah berusaha mengajar, kita expect keputusan pelajar akan memuaskan hati kita. Apabila kita berbuat baik, kita expect semua orang boleh terima kita. Itu semua akan menjadi punca kita kecewa.
3) Memahami atmosfera sekolah.
Sentiasa update dengan apa yang berlaku dalam sekolah. Ops Sikap ke, Teknik Menjawab Soalan ke, Ujian Lisan sedang berlangsung ke, atau apa-apa event yang sedang dijalankan dan bakal dijalankan dalam bulan itu. Perhatikan sekeliling, kenal pasti ragam setiap guru yang akan menjadi rakan sekerja kita. Belajar do n don't s berdasarkan perwatakan mereka.
Kadet Bomba 2014
Instead of joining beberapa guru lain untuk bercakap tentang si polan b si polan yang parking kereta ikut sesedap hati, atau si polan bt si polan yang menengking rakan sekerjanya di depan pelajar, atau si polan b si polan yang lambat hantar kertas soalan sehingga kena marah dengan PA pejabat, atau CC pejabat yang mengawal harta sekolah macam harta dia sendiri, atau PK Pentadbiran yang lebih berkuasa dari Pengetua.... Adalah lebih baik kita tumpukan ke atas apa yang kita buat. Usah masuk campur kumpulan yang mengumpat pentadbir mahupun mengumpat rakan sekerja sendiri. Juga, usah terpengaruh dengan kelazeran mereka berkata-kata dengan kosa kata yang buruk. Sudah terlalu ramai manusia begitu di atas muka bumi ini dan usahlah kita menjadi punca bertambah bilangannya. Hidup dengan baik, sudahkan kerja anda dengan baik, berkawan dengan semua orang namun tidak sampai terpengaruh dengan mereka. Bentuk identiti, sifat dan tanggapan manusia lain terhadap anda melalui sifat anda yang tersendiri.
5) Dibenci tanpa sebab atau tidak diketahui punca adalah perkara biasa.
Bagaimana baik atau halus sekali pun budi pekerti kita, akan ada manusia lain yang membenci kita tanpa sebab. Mungkin kerana mereka cemburu dengan kelebihan kita, atau kerana ada orang lain yang cemburu kemudian bercerita kepada orang lain lagi dengan cerita tokok tambah, atau mereka nampak sesuatu dan membuat andaian buruk tanpa bertanya. Mungkin juga berpunca daripada spekulasi yang ditimbulkan oleh pelajar kita.
6) Berkerjalah dengan gembira.
Setiap kesusahan, kepayahan, penat lelah, air mata, keringat yang kita curahkan hendaklah dinikmati selagi mampu. Pandanglah ia sebagai cabaran yang perlu kita hadapi. Terima hakikat kadang-kala kita melepasi ujian-ujian tersebut dengan sangat cemerlang. Namun kebanyakan daripadanya akan buat kita jatuh, tersungkur dan patah semangat. Apabila ia terjadi, sentiasalah bangkit dengan harapan baru untuk melihat di sebalik setiap penderitaan itu, ada padanya hikmah. Tentunya kita manusia biasa yang banyak perkara yang apabila diberi peluang ke dua, kita ingin lakukan dengan lebih baik. Keinginan itu yang akan mengikat kita dari melangkah ke hadapan. Berpegang kepada perkara yang dah berlalu adakalanya sangat menyakitkan.
Lepaskanlah. Dan berjalan teruslah. Akan hadir lagi banyak peluang di hadapan untuk kita buktikan diri kita sebagai manusia yang boleh menggalas tanggungjawab. Hadapilah hari-hari mendatang dengan semangat yang baru dan minda yang positif. Moga darinya akan datang kebaikan yang banyak
0 comments:
Post a Comment