Thursday, 16 May 2013

Kenapa aku jadi Guru...

Posted by karmilaillang at Thursday, May 16, 2013 0 comments

Cakap seorang cikgu, Pn .... ;
...kau tidak sesuai jadi guru, kerana kamu terlalu banyak bakat dan potensi. bila jadi guru kau akan rugi. Tidak maksima bah potensi kau tu...

Cakap seorang lagi cikgu, Arwah Pn .... :
...kau jangan tiru dia. Dia sudah pandai. Dia jawab main-main supaya semua jawapan salah. Kau pula tiru dia. Nah semua sama, semua salah..
(walhal dia yg tiru aku...padan muka dia. siapa suruh tiru aku- Darjah 6 di SK (m) Bombalai)

Cakap seorang lagi cikgu,...:
Eh kau jadi cikgu? Bukan cikgu kah yang duduk paling belakang dalam kelas. Sudah duduk belakang bising lagi. Sekarang kau jadi cikgu pula...hahahaha
(Bekas guru kelas yg sudah jadi pengetua cemerlang) 

Seorang lagi cikgu cakap;
Kau mau kerja, tunggu! Kalau tidak mahu, balik!
- aku balik lah...apa lagi mahu tunggu!

Cakap seorang cikgu;
“Saya tidak percaya ada orang yang bodoh dalam dunia ini. Siapa yang belajar pasti akan jadi pandai. Ingat tiada orang yang bodoh. Jadi sekarang belajar!”

Dari emak aku;
“ Kenapa kau dapat buku buruk. Pigi ambil bata sama papan. Kita kasi tindis supaya lurus.”
Besok pagi, memang buku tu lurus dan cantik sedikit.
- Sebenarnya budak-budak tidak terurus pakaiannya macam aku akan dapat buku yang buruk. Analoginya mudah. Baju pun tidak terurus ini pula buku teks. Dibagilah buku yang buruk.

Dengan kawan aku; 
Kawan : “Kenapa kau jalan laju. Panas bah ni”
Aku : “aku jalan laju pasal mau pijak bayang-bayang aku ni.”
Kawan : kau ni gilak bah kan....biar aku yang pijak bayang-bayang kau! Nah..nah...
Kami berlawan memijak bayang-bayang masing-masing. Hari itu dan hari-hari seterusnya kami sampai lebih awal di rumah.

Dari ustazah R;
Aku ; “ Ustazah, aku, opss saya mintalah ni majalah kartun. Cantik-cantik bah lukisannya.”
Ustazah : “ Tidak payah. Bakar semua majalah ni.”
Aku ; “Sayangnya. Kamu bakarlah” aku minta kawan aku yang bakar. Tidak sanggup bah.
Majalah kartun - Gila-Gila. Kami jumpa majalah tu semasa bersihkan rumah ustazah tu. Dia baru pindah.

Kesan dari Guru Besar SK (M) Bombalai.
Guru Kelas : “ Guru besar cakap murid-murid yang jawab soalan nazir tadi memang berani dan pandai. Siapa yang jawab soalan nazir tadi?”. Murid-murid di dalam kelas. 
"Dia cikgu" sambil menunjuk ke arah aku...
- Mengoloklah tu...aku kan nombor 42 dari 46 pelajar dalam kelas huh!!!


kerana aku selalu diInspirasikan oleh orang lain. jadi aku mahu menginspirasikan orang lain dengan menjadi guru. itu saja.....

"Teachers are like flowers, they spread their beauty throughout the world"

It's not about the cake..
It's about the appreciation..

It's not about the money,
It's about their dedication..
Put aside our emotions,
we have a huge task to create a good generation..




HAPPY TEACHERS DAY TO ME,
FELLOW COLLEAGUES,
AND ALSO,
MY TEACHERS.

ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS..

Wednesday, 15 May 2013

Hati-Hati......

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 15, 2013 0 comments


5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu 
(DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL MACAM TU!)

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah h
otel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Kredit: Pen patah blog

Tuesday, 14 May 2013

Akhirnya Kembali.....Pandangan Beliau

Posted by karmilaillang at Tuesday, May 14, 2013 1 comments
Setelah lama tidak, berkesempatan untuk menulis dan berkongsi ceritaria, untuk bacaan dan ingatan buat diri sendiri, akhirnya saya meluangkan sedikit masa untuk becerita pandangan peribadi berkaitan isu yang baru sahaja berlalu....membaca laman sosial sahabat saya berkaitan pandangan beliau (Pn.Bieb) terhadap isu PRU13 baru-baru ini, saya terpanggil untuk berkongsi bersama pandangan beliau di blog ini.

Mengulas isu pasca PRU.

Isu keputusan PRU lewat. Ini bukanlah salah SPR. Kita semua sedia maklum ini adalah pertembungan sengit, paling sengit setakat ini. Di banyak kawasan, calon-calon meminta kiraan semula undi. Bayangkan kiraan semula bagi kawasan penduduk berjumlah ribuan orang, pasti mengambil masa lama. Kiraan undi dilakukan dengan mengangkat kertas undi satu persatu untuk diperlihatkan ke
pada wakil setiap calon di tempat kiraan undi. Itu semua mengambil masa. Angkat undi, perlihatkan kepada ejen, letak dalam tempat kiraan. Angkat lagi satu, perlihatkan lagi. Begitulah seterusnya hingga puluhan ribu undi selesai dikira. Kalau kira semula, kebas jugaklah tangan petugas SPR kira undi. Kasihan, janganlah mereka difitnah lagi.

Isu petugas SPR mencurigakan. Buat pengetahuan, petugas SPR termasuklah yang membawa peti undi dan mengira undi adalah mereka yang terdiri daripada pelbagai penyokong pro mana-mana parti. Bercampur aduk. Sebilangan besar guru, penjawat awam lain dan orang awam yang memohon menjadi petugas SPR sebelum ini yang menjadi ketua pusat mengundi, pengira undi, dll. Mereka bukan orang pilihan kerajaan. Ada juga kalangan pro PR dan bebas. Adalah mustahil mereka akan melihat sahaja penipuan berlaku atau bersekongkol dengan penipuan sekiranya parti yng mereka sokong sebelum ini dianiaya.

Isu bekalan elektrik terputus. Semasa bekalan elektrik terputus, dikatakan penipuan berlaku. Persoalannya, kenapa wakil calon, ejen calon masing-masing tidak teliti menjaga dan memerhati peti undi kawasan masing-masing? Dalam samar cahaya, tidakkah mereka melihat sekiranya kertas undi dimanipulasi sedangkan mereka duduk betul-betul di hadapan peti dan tempat kiraan undi?
Isu penipuan di Putrajaya. Ini lucu. Kata salah seorang penyokong PR, petugas SPR bersekongkol dengan BN kerana menyorokkan kertas undi dalam poket seluar sehingga Tengku Adnan menang. Kertas undi tu tebal. Petugas SPR yang berdekatan dengan peti undi cuma beberapa orang. Tengku Adnan menang dengan majoriti lebih kurang 5000 undi. Agak-agaknya, poket petugas SPR muat tak nak sorok 5000 undi? Alahai.

Isu PR kalah di kawasan yang diyakini menang dengan cara penipuan. Bagaimana pula dengan kekalahan Ali Rustam, Saifuddin Abudllah, Ghani Othman, Raja Nong Chik, dll? Kenapa SPR tidak hentikan bekalan elektrik dan tipu undi, seperti dakwaan penyokong PR? Sedangkan semua itu kawasan kubu kuat BN. Malah ditandingi oleh orang kuat BN. Yang itu SPR telus pula ya sebab PR menang?

Isu Obama. Ini kerja gila. Beberapa individu memohon agar Presiden Amerika campur tangan. Kononnya mereka dianiaya. Gila! Jangan jemput Amerika! Campur tangan luar hanya akan merugikan negara. Bahaya!

Sudah-sudahlah buat spekulasi. Jangan buat plot cerita sendiri, siap dengan ciptaan kronologi. Jangan provokasi. Jangan benci-benci. Hilangkan semua ketidakpuasan hati. Pilihan raya 5 tahun sekali. Akan datang, boleh pilih lagi. Rakyat sudah mengundi. Pilhan sudah diketahui. Politik parti tolak tepi. Ini masa bekerja, majukan kawasan sendiri. Pantau YB sana sini. Kalau YB malas, akan datang jangan pilih lagi.

Rakyat Malaysia perlu bersatu hati. Hormati keputusan majoriti!


setelah membaca, ulasan ini saya fikirkan  kita perlu berfikiran positif, bijak menilai bukan sekadar mendengar dan terus membuat kesimpulan sendiri.
Dan untuk sahabat sedaerah dan sahabat Alumni yang bertanding di atas tiket PAS bagi PRU13 baru-baru ini, saya mengucapkan tahniah kerana niat mereka untuk membangun bersama-sama rakyat.



 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts