Tuesday, 1 May 2012

Pasti ada hikmahnya

Posted by karmilaillang at Tuesday, May 01, 2012




Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" - didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang ta'at itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pema'af, qana'ah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para Rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.



by-someone

2 comments:

Dayang Deno on 1 May 2012 at 23:23 said...

setiap yang berlaku mmg ada hikmahnya

Zubaidah on 1 May 2012 at 23:27 said...

insyaAllah, sy akan cuba mencari hikmah lebih dri melayan kesedihan dlm apa jua masalah yg dihadapi, tq for this entry:)

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts