Friday, 25 May 2012

kadang-kadang

Posted by karmilaillang at Friday, May 25, 2012 3 comments

Kadang-kadang kita mesti disakiti untuk membesar.

Kadang-kadang kita perlu gagal untuk mengetahui.
Kadang-kadang kita perlu kehilangan untuk mendapatkan.



Kerana sedikit pengajaran dalam kehidupan yang baik ialah belajar melalui kesakitan.

Wednesday, 23 May 2012

hihihihi, perempuan rupanya..

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 23, 2012 3 comments


Dalam masa 4 tahun selepas filem CJ7 ditayangkan di pawagam, dah membesar terus budak ni. Xu Jiao pada ketika itu merupakan pelakon kanak-kanak yang membawakan watak seorang budak lelaki bernama Chow Siu Dik (Dicky). Pada ketika itu tak ramai yang tahu budak tu sebenarnya adalah seorang perempuan



Friday, 18 May 2012

Alhamdulillah

Posted by karmilaillang at Friday, May 18, 2012 5 comments

Wednesday, 16 May 2012

selamat Hari guru dan selamat ulang tahun buat dia =)

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 16, 2012 1 comments

Selamat hari guru kepada semua warga pendidik di Malaysia khususnya dan di Sabah amnya....dan sy antara yg tergolong darinya....mendidikla dengan ikhlas dan berkorbanlah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran kerana hanya yang bergelar guru sahaja mampu rasakan kepuasan apabila mendidik....

pengalaman menerima ucapan Hari guru, dari ibu dan rakan-rakan amatlah gembira walaupun hanya sekadar ucapan, tp seakan-akan lebih bermakna dari segalanya....buat rakan guru SMA MAIWP LABUAN, tahniah kerana masih mampu tersenyum sehingga saat ini, jangan pernah tertulis perkataan putus asa di setiap diari guru kita...

Buat Iqram Illang...selamat ulang tahun yang ke 8 tahun, semoga d pnjgkan umur, d berikan kesihatan yang sempurna dan d murhkan rezeki...kehadiran mu membawa seribu kegembiraan kepada kami..




Tuesday, 15 May 2012

Bertukar.. =)

Posted by karmilaillang at Tuesday, May 15, 2012 3 comments
SEBARKAN!
-KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-

Jom tukar Profile Picture Kita. Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop.
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.
...

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.

(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days

admin dah tukar, anda bila lagi?
See More

Sunday, 13 May 2012

Selamat hari Ibu =)

Posted by karmilaillang at Sunday, May 13, 2012 5 comments
dan selamat juga buat para Jururawat dan Guru...



Thursday, 10 May 2012

Petua lagi.....

Posted by karmilaillang at Thursday, May 10, 2012 3 comments




Koleksi Petua Untuk 
Penjagaan Pakaian

A. Petua Untuk Pakaian Terkena Dakwat

1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

B. Pakaian Terkena Karat - Potong 2 biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

C. Petua Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian - Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

D. Pakaian Terkena Cat - Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

E. Petua Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian

1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

F. Petua Menghilangkan Darah Pada Pakaian

1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.

2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

G. Petua Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian

1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.

2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

H. Petua Menghilangkan Minyak Pada Kain 
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

I. Petua Mengekalkan Warna Pakaian - Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

J. Petua Mengekalkan Warna Kain Batik

1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

K. Petua Menaikkan Seri Kain Sutera 
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Wednesday, 9 May 2012

Wordless Wednesday 16#

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 09, 2012 0 comments

Sunday, 6 May 2012

eVolution 501

Posted by karmilaillang at Sunday, May 06, 2012 1 comments

Friday, 4 May 2012

Sources of Barakah

Posted by karmilaillang at Friday, May 04, 2012 1 comments

Tuesday, 1 May 2012

Pasti ada hikmahnya

Posted by karmilaillang at Tuesday, May 01, 2012 2 comments




Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" - didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang ta'at itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pema'af, qana'ah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para Rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.



by-someone
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts