Friday 30 September 2011

1001 Kesan di Hati

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments
Entah mengapa..biar ringkas bicaranya seribu kesan di hati...


" Assalamualaikum", sana
"Wa'alaikumsalam", ada apa, sini
"Terasa macam nak bercakap dengan seseorang", sana
"pasal apa", sini
"sibuk ke", sana
"agak", sini
"ok", sana
"Allah ada",sini
"tahu", sana
"Allahlah tempat mengadu ", sini
"ya baik", sana
"bangun malam ni?, jom sama',sini
....senyap...
Ada tangis di situ
"kan bagus kalau ada di sini", sana
"tak bagus pun", sini
"kenapa", sana
"orang kata ukhwah tue lebih manis bila jauh", sini
"bila dekat asyik nak gaduh", sana
tergelak dalam sebak
"rindu sebenarnya", sini
"kenapa tak cakap", sana
"saja nak didik sabar, ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi", sini
sana senyap, sini senyap
dan titis itu, tumpah juga berjuraian
moga hati tidak berbelah bagi
Allah juga lah pemilik hati ini...ameenn

ukhwah itu indah..




sumber : blog waheeda

Resah Hati

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments

Terkadang terfikir aku sendiri...
Di ssat hati keresahan menanggung beban
Air mata ini tumpah lagi
Bukan jatuh kerana hati tidak kuat menanggungnya
Tapi diri ini terasa seakan jauh dari kasihMu
Jika dahulu teman selalu meingatkan
menasihatkan
memberi panduan
Namun kini semuanya seakan hilang
Diri sering bertanya
Mengapa aku sering tidak dapat apa yang mereka semua dapat??
Hati memberontak
Hati mendesak jawapannya
Akhirnya aku temui jawapanya
di saat itu aku tahu
bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang besar 
untukku 
yang Allah mahukan hanya Aku yang memilikinya
dan bukan insan lain
Aku terus menanti suatu yang teristimewa dariNya
dan aku terus menanti.....




Kata Cikgu Lagi dan lagi..

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments

....... Kita memang tak pernah tahu
setiap apa yang ditakdirkan untuk kita
seringkali kita rasa inlah yang terbaik
tapi sebenarnya itulah yang terburuk bagi kita
kita juga rasa itulah yang terburuk bagi kita
tapi itulah yang terbaik bagi kita
sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui
tentang apa yang terbaik dan terburuk bagi kita
Berbaik sangkalah dengan Dia
kerana sesungguhnya Allah itu
tahu apa  yang terbaik untu kita .....


Bangunan Pelik 0^0

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua....dah Asar belum?... mari kita lihat gambar-gambar bangunan yang pelik ni, memang peliklah tapi ada yang comel ada yang agak pelik...














hehehe, pelik bukan...












Kata Cikgu lagi..

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments

.....CINTA mengajar kita erti SETIA,
dan andai ada setia itu
CINTA itu bagaikan terlalu agung dirasakan 
dan terkadang bila kita cuba untuk mencari CINTA 
lain, 
tapi jika setia itu masih ada pada CINTA lama, 
hati kita tetap tidak tenang
untuk menerima CINTA baru
walaupun berjuta kali kita cuba menafikan
walaupun begitu lama tersembunyi
di sebalik perasaan
hati kita tidak mampu berbohong
bahawa kita masih setia kepada CINTA 
itu......


9 Siti

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments
Assalamualikum semua..sebagai seorang muslimah kita sendiri perlu pandai menjaga diri, di sini ada 9 siti yang boleh di jadikan contoh di dalam diri kita....



1, Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, 
- seorang yang sangat setia walaupun Rasulullah di tentang oleh orang kafir dan musyrik,
- menghantar makanan kepada baginda ketika baginda di Gua Hira'

2, Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tingii budi pekertinya, 
- sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamullahu wajhah walaupun kehidupan Ali miskin, 
- ketika tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantal kan lengan Ali, 
- Rasulullah pernah berkata ''aku takkan maafkan kamu wahai fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu"

3, Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik
- sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman bersama Rasulullah
- di mana Nabi s.a.w minum di situ di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. 

4, Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan Allah s.w.t
- sanguup di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan
- berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)

5, Siti Mariam
- Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri 
- mempunyai yang tinggi sehingga rahimnya di pilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa

6, Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya Firaun Laknatullah

7, Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah
- mendidik Baginda menjadi insan yang mulia

8, Siti Muti'ah
- Isteri yang patut di contohi dan dijanjikan syurga oleh Allah untuknya kerana setia kepada suaminya, menjaga makan minum
- menyediakan tongkat untuk digunakan oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati
- berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9, Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri kepada Khalifah Harun Al-Rasyid
- sanggup membelanjakan hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t


* 9 siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti NorBahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk 'SITI IMPIAN' adakah kita tergolong dalam 9 siti-siti ini, tp ingat bukan Siti Nurhaliza.. hehehe tepuk dada tanya iman..Selamat Mengambil Iktibar..


senyum sorang-sorang

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments
dah Zohor?, klu sedang makan boleh sambil-sambil senyum....









sumber : blog waheeda


Kata Cikgu

Posted by karmilaillang at Friday, September 30, 2011 0 comments
"Allah memberi kita dua KAKI untuk berjalan, 
dua TANGAN untuk memegang,
dua TELINGA untuk mendengar dan 
dua MATA untuk melihat
tetapi mengapa Allah menganugerahkan sekeping HATI kepada kita?
kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya...
itulah namanya CINTA"



Tuesday 13 September 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 13, 2011 0 comments

Assalamualaikum... kepada semua SELAMAT ya... Maaf silap salah....



Memandangkan bulan tahun ini, kita sambut serentak dengan Salam Kemerdekaan....saya nak ucap Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia...apa makna Kemerdekaan bagi kita semua?


Bila kita Tahu...

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 13, 2011 0 comments
Banyak perkara yang berlaku ke atas diri kita di luar jangkaan akal fikiran seorang manusia..hakikat tersebut perlu kita sedari walaupun kita tidak menginginkan...namun "pasti ada hikmah disebaliknya berlaku", ayat kasi senang hati sendiri....hehehe

betulah, bila kita tahu apa yang berlaku sebenarnya tidak seperti yang kita di bagitahu... pasti kita merasakan sakitnya hati apabila kita dibohongi, adakah kita hanya mampu memendam rasa  ataupun sekadar berdoa dan biarkan berlalu begitu saja... sabar adalah perkara paling senang dilakukan dan tidak putus untuk berdoa agar di tunjukkan jalan kebenaranya.. namun tidak semudah itu, bagi mereka yang merasanya dan melaluinya... sebagai diriku ku mohon kekuatan agar aku mampu menghadapinya, agar mampu aku tersenyum seperti orang lain yang merasakan kebahagian tanpa ada kebahagian lain di sebaliknya cinta mereka.


 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts