Assalamualikum semua..sebagai seorang muslimah kita sendiri perlu pandai menjaga diri, di sini ada 9 siti yang boleh di jadikan contoh di dalam diri kita....
1, Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah,
- seorang yang sangat setia walaupun Rasulullah di tentang oleh orang kafir dan musyrik,
- menghantar makanan kepada baginda ketika baginda di Gua Hira'
2, Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tingii budi pekertinya,
- sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamullahu wajhah walaupun kehidupan Ali miskin,
- ketika tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantal kan lengan Ali,
- Rasulullah pernah berkata ''aku takkan maafkan kamu wahai fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu"
3, Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik
- sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman bersama Rasulullah
- di mana Nabi s.a.w minum di situ di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4, Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan Allah s.w.t
- sanguup di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan
- berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)
5, Siti Mariam
- Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri
- mempunyai yang tinggi sehingga rahimnya di pilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa
6, Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya Firaun Laknatullah
7, Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah
- mendidik Baginda menjadi insan yang mulia
8, Siti Muti'ah
- Isteri yang patut di contohi dan dijanjikan syurga oleh Allah untuknya kerana setia kepada suaminya, menjaga makan minum
- menyediakan tongkat untuk digunakan oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati
- berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9, Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri kepada Khalifah Harun Al-Rasyid
- sanggup membelanjakan hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t
* 9 siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti NorBahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk 'SITI IMPIAN' adakah kita tergolong dalam 9 siti-siti ini, tp ingat bukan Siti Nurhaliza.. hehehe tepuk dada tanya iman..Selamat Mengambil Iktibar..