Friday, 18 July 2014

Mencari Damai Abadi

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014 0 comments

Ya Allah yg mengurniakan 10 mlm terakhir Ramadhan kepada kami..
Tunjukkan lah jalan yg sebenar..
Makbulkanlah doa org yang teraniaya..
Sedarkanlah para pendosa..
Dan kurniakanlah kebahagiaan sesuai dgn kehendakMu..
Kerana hanya Kau yg mengetahui..
Jika ini Ramadhan terakhirku..

Salam Takziah

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014 0 comments


MH17. 


Antara dugaan dan ujian. 

Antara kesalahan insan dan peringatan Tuhan.

Salam takziah.

Sekali lagi Malaysia diselubung duka...Al-fatihah

Kerana Mulut Badan Binasa

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014 0 comments
Isu Kiki. 

Ketika memandu kita jarang sekali dapat mengawal emosi dengan baik. Berapa ramai yang boleh mengawal mulut dan hati dari mencarut serta mengeji tatkala memandu? 

Si Polan memandu tanpa signal, kena maki. Si Polan memandu perlahan, kena keji. Si Polan memandu kereta tua asap hitam pekat, kena perli. Walaupun mungkin kita cuma sibuk jeling dan maki dalam kereta sendiri. Emosi tetap emosi.

Pemandu dan emosi; berpisah tiada.

Begitu juga dalam isu Kiki. Mungkin dia terlalu penat, tertekan atau baru sahaja diuji dengan ujian yang lain hingga gagal mengawal emosi tatkala ujian bertimpa lagi.

Benar video tersebut amat memalukan dan menjengkelkan. Siapa sahaja yang menontonnya akan terkedu dan terpaku melihat adab yang biadab.

Tetapi jalan terbaik buat semua adalah saling muhasabah, itu pengajaran buat kita agar tidak melakukan kesalahan yang seumpama. Bukan bahan untuk dikeji selama-lama.

Mereka pun sudah saling bermaafan. Kedua-duanya akur dengan khilaf sendiri. Saya percaya Kiki sudah mendapat bahana aib yang dahsyat akibat tingkah yang biadab. Janganlah kita pula menternak dosa atas dosa orang lain.

Siapa kita mahu menghukum? Kita juga manusia pendosa. Cuma mungkin aib masih terjaga, tidak terbuka hijabnya.

Berhentilah mengeji. Kiki sudah dapat pengajaran sendiri. Jangan dipijak harga dirinya, dia juga manusia biasa, tidak sunyi dari dosa.

"Sesiapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).


bieb-

Monday, 14 July 2014

Surat Cinta Untuk Israel

Posted by karmilaillang at Monday, July 14, 2014 0 comments


Surat Cinta Untuk Israel

Anak-anak yang sedang kaudodoikan ketika ini 
dengan bedilan yang mencarik tulang dan daging
kelak dewasa bersama cinta di hujung senjata
yang berlumur darah tak pernah kering
dan luka yang tak mungkin sembuh.

Nanti mereka datang ke anjung kediamanmu
yang kaurampas dari nenek moyang mereka
membawa sekuntum mawar di tangan
tapi seribu mortar tersembunyi di dada.

Kemudian mereka pulangkan semula
kenangan ngeri yang pernah kautinggalkan
di rumah mereka bertahun-tahun dahulu
sebagai ganti keadilan yang telah lama mati.

Sungguh mudah kau menuduh mereka teroris
pengganas yang konon tak kenal erti kemanusiaan
padahal benci mereka bukanlah dendam melulu
sekadar mahu mengingatkan seluruh sejagat
pada hutang sejarah yang kau enggan bayar.

Sebenarnya dunia ini penuh cinta
kau sengaja memilih benih sengketa
kerana tanah tempatmu menanam
bukan kebun milikmu sendiri.

13 Julai 2014
Rumah Pangi - Dr. Rem
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts