Monday, 31 December 2012

Jadikan pengajaran....

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 0 comments

teruskan usaha mil.....
kita merancang Allah juga turut merancang.....=) 
itu yang pastinya, bersangka baik di setiap tindakan
InsyaAllah...tahun ini aku bersyukur dapat mengahayati lirik lagu ini....

"mana milik kita" 

U and sole...hah

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 0 comments
Mereka teman suka, duka, ketawa, riang ria....
tiada yang ku sembunyikan dari mereka.....
mereka la teman untuk ku belajar sesuatu sebagai panduan, 
mereka la teman yang mengajar ku erti tabah dan redha dalam menghadapi kehidupan,
mereka jugak la teman yang sentiasa, mendesak ku untuk terus kekal dalam perjuangan
mereka la teman tempat ku mencurah kasih, tempat ku berkongsi cerita, berkongsi tawa
dan mereka la juga teman penganti keluarga yang jauh di mata.....
segalanya ku kongsi bersama mereka
jahatnya aku, kejamnya aku, baiknya aku, solehahnya aku..... hanya mereka yang tahu....


ku mengerti hidup ni semuanya hanyala pinjaman.....bersamanya =)

ku mengerti erti ketabahan hati pencinta tegar, dan ku doakan agar keredhaannya Allah gantikan dengan yang lebih baik......

tidak pernah ku menyangka, yang dia akan bersama ku tatkala, aq sepi, sedih dan gembira, ku doakan agar dia menemui pendamping yang setia menemaninya di perjuangan yang di pilih

merekalah sahabat ku, tatkala aq di takdirkan terdampar di pulau ni......


senyuman kami, sekuat ukhwah yang tersembunyi di sanubari yang merasainya....



Cerita riang ria mereka 2012..

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 1 comments
Assalam, malam ni..post terakhir anugerah untuk tahun 2012, ingin berkongsi cerita riang ria mereka iaitu sahabat yang telah menamatkan zaman bujang, agar sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T...mudah2an anugerah menjejaki jejak mereka, setiap tahun azam nak khwin tapi masih tak sampai-sampai lagi jodoh, satu-satunya azam yang tak tercapai lagi adalah memiliki imam sendiri =), 

mungkin ada ketentuan yang lebih penting dari jodoh, yang Allah janjikan. Jangan pernah berputus asa dan sentiasa berdoa untuk memperolehinya...

sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman bujang nya pada tahun ini...



















gembira melihat senyum dan tawa kegembiraan mereka, walaupun hanya beberapa orang sahabat yang mampu ku hadirkan diri dalam menghadiri majlis mereka, namun tidak bermakna yang lain tidak ku titipkan doa...semoga cinta mereka sampai ke syurga... ada yang sudah pun berbadan dua, semoga tahun 2013, lebih bermakna buat mereka..



Cerita isteri....

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 1 comments
"Aku menikahimu bukan sekadar engkau wanita yang beragama, tetapi aku menikahimu kerana aku yakin bahawa engkau memahamiku, memahami perjuanganku. Sebelum aku mengucapkan lafaz yang halal bagimu, satu sahaja aku harap padamu, jangan engkau mengharapkan bahawa aku sentiasa berada di sisimu tatkala kita bersama di dunia, tetapi cukuplah bagiku untukmu mengharap agar kita bersama selama2nya di akhirat".


Bersihkan sawang =)

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 0 comments
Menyebut baitul muslim itu indah, tapi nak berjuang dengan Islam di hadapan pun susah.
Bila bujang, alasan tunggu nanti bila berkahwin,
Bila berkahwin, alasan tunggu nak dapat anak,
Bila dah ramai anak, alasan tak da masa sebab nak jaga anak dirumah.

Baitul muslim bukan sekadar manis dibibir sahaja,
Buka sekadar nak ungkap di muka buku jua,
Tapi biar badan sendiri yg berbicara,
Bukan tunggu Iman penuh di dada.

Biar orang nak cakap apa,
Anak dara sampai ke tua,
Atau bujang telajak selamanya,
Yang penting Allah teman dihati kita.

Usah sebut pasal kahwin,
Kalau bujang pun beralasan,
Usah sebut pasal baitul muslim,
Kalau takut dengan perjuangan...



by : Palan Usop

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts