Aku akan berhenti memikirkanmu...
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dihatiku...
Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu...
akan aku lepaskan belenggu ini,
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya...
Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu...
Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu...
...kerana kini aku telah yakin bahawa... "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi"
Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku...
...dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu..
Friday, 27 April 2012
Thursday, 26 April 2012
Cantik tetapi amat merbahaya
Perhatikan pokok hiasan diatas betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mataboleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
(sumber dari: http://zhetmunirah.blogspot.com) ~ Adrastos
Wednesday, 25 April 2012
Sunday, 22 April 2012
Apa kata kita cuba
Selamat berhujung minggu semua..sambil-sambil lepak dekat rumah, apa kata kita cuba sesuatu yang mudah dah jimat jugaklah. :D
Friday, 20 April 2012
Laaaa.......
Assalamualaikum...
Hakikatnya, hanya Allah saja yang mampu menggerakkan seseorang hamba-Nya yang dikehendaki untuk menunaikan kewajipan solat.... Tapi, bila Allah menurunkan sesuatu perintah kepada hamba-hambaNya, tidak ada satu pun perintah yang membebankan hamba-hambaNya... Semuanya mudah, tidak membebankan, tidak menyusahkan, dan tidak minta pun manusia beribadah untuk kepentingan diri-Nya, tetapi ia menguntungkan diri hambaNya sendiri...
Maka, rajin-rajinlah menjaga solat, terutamanya solat Subuh dan Asar (sebab waktu nie paling liat orang nak mengerjakan solat!).
Kartun ini untuk mereka-mereka yang liat sangat untuk meluangkan masa hanya 6 minit untuk mengadap Allah.
6 minit x 5 waktu sehari semalam, hanya 30 minit saja yang diambil daripada 24 jam yang diberi kepada kita setiap hari. Hanya 30 minit sahaja yang Allah minta untuk menghadapNya setiap hari... Kenapa kita boleh tengok tv berjam-jam, berjoging 1 jam petang-petang, boleh outing dengan kawan-kawan berjalan satu KL tanpa rasa penat pun, tapi masa untuk Allah, takkan takda kot?
Ahhaa... Renung-renungkan dan selamat beramal~
Jazakallah.. ^^

Thursday, 19 April 2012
T.T
"keikhlasan ku di UJI...."
bergembiralah duhai hati... Allah sedang melihat kesungguhan mu untuk merintih pada-Nya...
Wednesday, 18 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
Petua sihat
Kandungan vitamin E dan kadar airnya yang tinggi menjadikan mentimun makanan yang paling efektif untuk merawat dan melembabkan kulit. Hancurkan mentimun dan oleskan pada kulit akan membuat wajah anda halus dan terasa segar. Ia juga memberikan efek “menenangkan” pada wajah anda setelah lama terkena paparan sinar matahari. Jus mentimun juga dapat membersihkan racun pada tubuh, mencegah atau melambatkan kedutan dan membantu mengubati jerawat dan radang sendi. Juga berguna untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah dan menguatkan rambut serta kuku. Letakkan hirisan mentimun pada kelopak mata.
Sunday, 15 April 2012
Fakta Tentang Masakan Ibu
Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain. Sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D
Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...
"Kenapa sedap sangat ni mak masak?" Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥
Sunday, 8 April 2012
Its True
Jangan berani-berani nak gelaran suami klu tak sanggup nak pikul tanggungjawab ini..
- nafkah isteri
- ansuran kereta
- ansuran rumah
- bil-bil rumah
- belanja makan minum
- belanja sendiri
- wang simpanan
- belanja orang tua
- belanja perubatan
- belanja pasar
- belanja sekolah
- nafkah anak-anak
- nafkah isteri
Saturday, 7 April 2012
Kena Maklum ^-^
Perempuan kena tahu : Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun...
Lelaki kena tahu : Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya..
Lelaki kena tahu : Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya..
Friday, 6 April 2012
Bahaya tidur dalam keadaan lampu menyala... ^-^
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam

Wednesday, 4 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)