Tuesday, 14 February 2012

tine VS tine

Posted by karmilaillang at Tuesday, February 14, 2012 1 comments

Monday, 13 February 2012

Segmen : BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU...

Posted by karmilaillang at Monday, February 13, 2012 63 comments

1. Kenapa mereka patut baca blog Anugerah cinta?
- Walaupun blog Anugerahcinta tidakla sepopular blog kengkawan yang lain tapi sudah semestinya pembaca blog yang baru dan pembaca setia bersama blog Anugerahcinta patut berkunjung ke blog ini kerana, blog ini mempunyai banyak ilmu yang boleh dikongsikan selain mempunyai skop entry yang berlainan, 
  •  isnin - kongsi maklumat /Isu semasa
  • selasa - berkaitan petua, 
  • rabu - pasti ada wordless 
  • khamis - Quates
  • Jumaat - dakwah
  • Sabtu dan Ahad - entry santai @ berkaitan makanan
2. Berikan satu entry menarik anda sebagai bukti blog anda menarik!
- sebab blog ni ada entry-entry di bawah sebagai perkongsian dan sekaligus menjadi syarat segmen ini...
3. Segmen ni tutup jam 10.00 malam...jom terjah blog bang ben untuk join ^-*


Kimoterapi

Posted by karmilaillang at Monday, February 13, 2012 6 comments
Hari ni, rasa nak kongsi tentang kesihatan pulak, walaupun selalu dengar tentang "Kimoterapi " berkaitan dengan rawatan bagi pesakit kanser tapi kita mungkin tidak tahu maksud sebenarnya "Kimoterapi" dalam aspek  kesihatan.

KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser  yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi  untuk jenis2 kanser berlainan.”
“Kesan Sampingan Kimoterapi
  • Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain. 
  • Kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut 
  • Keguguran rambut samaada  sebahagian atau keseluruhan. 
  • Kebas pada tapak tangan atau kaki. 
  • Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.
  • Sering muntah adakalanya disertai darah. 
  • Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan. 
  • Perubahan kepada warna kulit 9.Mudah dujangkiti penyakit sama ada demam,batuk dsbnya.Kerana sistem imun telah binasa. 
  • Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya. 
  • Kelesuan atau tidak bermaya. 
  • Hilang selera makan.


Sunday, 12 February 2012

I asked...He gave me

Posted by karmilaillang at Sunday, February 12, 2012 11 comments





"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]


‎5 kebaikan makanan pedas

Posted by karmilaillang at Sunday, February 12, 2012 23 comments


1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.


kreditt : Apiz

Friday, 10 February 2012

5 Perbuatan baik yang membawa padah

Posted by karmilaillang at Friday, February 10, 2012 13 comments
Semua orang tahu bahawa tabiat yang tidak baik seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang baik tetapi boleh membahayakan badan kita. Antara 5 rutin yang boleh membawa padah adalah,


1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan



Menurut Richard Gallo, MD, Phd, Ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego. Sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangan dengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersih memgandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebih cepat.

Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungi triklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan agar mencuci tangan dengan sabun atau cecair yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteria sehingga 99%.

2. Kerap menukar produk kecantikan



Hasil yang lama membuatkan anda memcuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dijelaskan oleh Jody Levine, seorang dermarologis dari New York.

"wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jika mereka tidak mendapatkan hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produk kecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepas penggunaannya," ujar Levine.

Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas."Biasanya kulit seseorang berubah menjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini kerana tingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut," tambah Levine.

3. Memakai 'selipar jepun' (flip flop slippers)



Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, kita mungkin memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, pada kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.

"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.

Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan sekipar supaya tidak bergerak ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika kita memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta yang mempunyai lengkungan pada telapak kaki (mengikut bentuk tapak kaki).

4. Menggosok gigi selepas makan



Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.

"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.

5. Latihan kardio untuk menurunkan berat badan



Jika kita fikir dengan latihan kardio sahaja, boleh menurunkan berat badan dengan mudah, kita ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Theraphy di New York, "Jika kita hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa".

Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (Kardio) terus menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.


kreditt : http://beritamaster.blogspot.com

Salam Jumaat

Posted by karmilaillang at Friday, February 10, 2012 4 comments


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah,
Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts