Friday 10 February 2012

5 Perbuatan baik yang membawa padah

Posted by karmilaillang at Friday, February 10, 2012
Semua orang tahu bahawa tabiat yang tidak baik seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang baik tetapi boleh membahayakan badan kita. Antara 5 rutin yang boleh membawa padah adalah,


1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan



Menurut Richard Gallo, MD, Phd, Ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego. Sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangan dengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersih memgandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebih cepat.

Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungi triklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan agar mencuci tangan dengan sabun atau cecair yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteria sehingga 99%.

2. Kerap menukar produk kecantikan



Hasil yang lama membuatkan anda memcuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dijelaskan oleh Jody Levine, seorang dermarologis dari New York.

"wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jika mereka tidak mendapatkan hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produk kecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepas penggunaannya," ujar Levine.

Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas."Biasanya kulit seseorang berubah menjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini kerana tingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut," tambah Levine.

3. Memakai 'selipar jepun' (flip flop slippers)



Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, kita mungkin memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, pada kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.

"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.

Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan sekipar supaya tidak bergerak ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika kita memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta yang mempunyai lengkungan pada telapak kaki (mengikut bentuk tapak kaki).

4. Menggosok gigi selepas makan



Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.

"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.

5. Latihan kardio untuk menurunkan berat badan



Jika kita fikir dengan latihan kardio sahaja, boleh menurunkan berat badan dengan mudah, kita ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Theraphy di New York, "Jika kita hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa".

Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (Kardio) terus menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.


kreditt : http://beritamaster.blogspot.com

13 comments:

Serunai on 10 February 2012 at 21:04 said...

thanks atas entri bermaklumat. :)

Lily RIna on 11 February 2012 at 04:42 said...

Thanks. Byk info yg berguna :)

Blog Cik La on 11 February 2012 at 09:46 said...

baru tau...thnks 4 sharing^^

RHI on 11 February 2012 at 11:01 said...

disebalik kebaikkan ada banyak juga keburukannyakan...akak baru tahu

Raz on 11 February 2012 at 12:28 said...

ehh.. pelik gak ni. thanks

starzieti on 11 February 2012 at 19:13 said...

nice. :D

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:36 said...

sama cik serunai...

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:36 said...

terima kasih, sudi baca =)

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:36 said...

perkongsian bermaklumat cik adila

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:37 said...

=) pasti ada pro dan kontra kak

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:37 said...

pelik tapi benar, =)

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:38 said...

;) terima kasih

Fuzarosli on 14 February 2012 at 13:54 said...

yeap!..sgt stuju!.. especially yg 1st 2 cuz pnh jdi kt dri sniri...dlu slalu mndi pky sbun yg nyah bacteria akibatnye kulit naek bintik2 air 2..ble pgy farmasi dye ckp suh kurangkan pky sabun2 yg cm 2

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts