Monday 31 December 2012

Jadikan pengajaran....

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 0 comments

teruskan usaha mil.....
kita merancang Allah juga turut merancang.....=) 
itu yang pastinya, bersangka baik di setiap tindakan
InsyaAllah...tahun ini aku bersyukur dapat mengahayati lirik lagu ini....

"mana milik kita" 

U and sole...hah

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 0 comments
Mereka teman suka, duka, ketawa, riang ria....
tiada yang ku sembunyikan dari mereka.....
mereka la teman untuk ku belajar sesuatu sebagai panduan, 
mereka la teman yang mengajar ku erti tabah dan redha dalam menghadapi kehidupan,
mereka jugak la teman yang sentiasa, mendesak ku untuk terus kekal dalam perjuangan
mereka la teman tempat ku mencurah kasih, tempat ku berkongsi cerita, berkongsi tawa
dan mereka la juga teman penganti keluarga yang jauh di mata.....
segalanya ku kongsi bersama mereka
jahatnya aku, kejamnya aku, baiknya aku, solehahnya aku..... hanya mereka yang tahu....


ku mengerti hidup ni semuanya hanyala pinjaman.....bersamanya =)

ku mengerti erti ketabahan hati pencinta tegar, dan ku doakan agar keredhaannya Allah gantikan dengan yang lebih baik......

tidak pernah ku menyangka, yang dia akan bersama ku tatkala, aq sepi, sedih dan gembira, ku doakan agar dia menemui pendamping yang setia menemaninya di perjuangan yang di pilih

merekalah sahabat ku, tatkala aq di takdirkan terdampar di pulau ni......


senyuman kami, sekuat ukhwah yang tersembunyi di sanubari yang merasainya....



Cerita riang ria mereka 2012..

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 1 comments
Assalam, malam ni..post terakhir anugerah untuk tahun 2012, ingin berkongsi cerita riang ria mereka iaitu sahabat yang telah menamatkan zaman bujang, agar sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T...mudah2an anugerah menjejaki jejak mereka, setiap tahun azam nak khwin tapi masih tak sampai-sampai lagi jodoh, satu-satunya azam yang tak tercapai lagi adalah memiliki imam sendiri =), 

mungkin ada ketentuan yang lebih penting dari jodoh, yang Allah janjikan. Jangan pernah berputus asa dan sentiasa berdoa untuk memperolehinya...

sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman bujang nya pada tahun ini...



















gembira melihat senyum dan tawa kegembiraan mereka, walaupun hanya beberapa orang sahabat yang mampu ku hadirkan diri dalam menghadiri majlis mereka, namun tidak bermakna yang lain tidak ku titipkan doa...semoga cinta mereka sampai ke syurga... ada yang sudah pun berbadan dua, semoga tahun 2013, lebih bermakna buat mereka..



Cerita isteri....

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 1 comments
"Aku menikahimu bukan sekadar engkau wanita yang beragama, tetapi aku menikahimu kerana aku yakin bahawa engkau memahamiku, memahami perjuanganku. Sebelum aku mengucapkan lafaz yang halal bagimu, satu sahaja aku harap padamu, jangan engkau mengharapkan bahawa aku sentiasa berada di sisimu tatkala kita bersama di dunia, tetapi cukuplah bagiku untukmu mengharap agar kita bersama selama2nya di akhirat".


Bersihkan sawang =)

Posted by karmilaillang at Monday, December 31, 2012 0 comments
Menyebut baitul muslim itu indah, tapi nak berjuang dengan Islam di hadapan pun susah.
Bila bujang, alasan tunggu nanti bila berkahwin,
Bila berkahwin, alasan tunggu nak dapat anak,
Bila dah ramai anak, alasan tak da masa sebab nak jaga anak dirumah.

Baitul muslim bukan sekadar manis dibibir sahaja,
Buka sekadar nak ungkap di muka buku jua,
Tapi biar badan sendiri yg berbicara,
Bukan tunggu Iman penuh di dada.

Biar orang nak cakap apa,
Anak dara sampai ke tua,
Atau bujang telajak selamanya,
Yang penting Allah teman dihati kita.

Usah sebut pasal kahwin,
Kalau bujang pun beralasan,
Usah sebut pasal baitul muslim,
Kalau takut dengan perjuangan...



by : Palan Usop

Monday 12 November 2012

Salam Maal Hijrah =)

Posted by karmilaillang at Monday, November 12, 2012 2 comments

Firman Allah : Barangsiapa berhijrah dijalan Allah , nescaya mereka mendapat di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya sebelum sampai ke tempat yang dituju, maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa’: 100)

Sunday 28 October 2012

Hidup adalah peraturan =)

Posted by karmilaillang at Sunday, October 28, 2012 2 comments


Adab-adab berdoa....hidup ada peraturan.....

1)ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN


3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..


Thursday 25 October 2012

Pengorbanan....antara terkorban atau dikorbankan...

Posted by karmilaillang at Thursday, October 25, 2012 1 comments
"Hati-hati dengan apa yang kita harapkan" kata penulis Buku Diari Mat Despatch..mungkin juga ianya sesuatu yang bermakna buat kita atau pun sesuatu yang tidak bermakna dalam hidup kita..... Tiba masanya kita menyambut Aidiladha esok, bagi yang mengerti erti Pengorbanan...kita perlu bersyukur kerana di beri peluang untuk berkorban atau pun terkorban yang penting hati perlulah ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan....

dan bagi yang bakal kembali daripada menunaikan haji......selamat kembali...semoga ibadah haji kita di terima di sisi Allah. S.W.T

Monday 22 October 2012

Evolusi

Posted by karmilaillang at Monday, October 22, 2012 2 comments
Realiti dan hakikatnya..terjadi di zaman dan era ini...

Sunday 21 October 2012

Sentap mak jemah..siap lesen bagai.....

Posted by karmilaillang at Sunday, October 21, 2012 0 comments

sentap saya, selepas membaca blog abang hanif..berkaitan GRO di Labuan di berikan lesen...hebatnya, siap bagi lesen....untuk cerita selanjutnya boleh la baca coretan dari blog abag hanif sendiri...

"Salam Satu Blogger. Pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia iaitu pengeluaran lesen Pas Lawatan Kerja Sementara( PLKS) untuk GRO Filipina. Inilah yang aku tonton tadi semalam semasa perbahasan Parlimen.
PLKS untuk GRO ini harus diperbaharui setiap 6 bulan  Selepas 2 kali (1 tahun) Pemegang lesen PLKS GRO ini harus ada "cooling time" selama 6 bulan lagi di negara mereka sebelum datang ke Malaysia atau Labuan.

Memang dari segi istilah tiada apa sangat dengan GRO atau lagi sedap kalau istilah dalam bahasa melayu, Pegawai perhubungan Pelanggan. Tapi realitinya GRO ni menggambarkan pekerjaan yang bergelumang dengan minuman keras dan pergaulan bebas, dan di Malaysia ni kalau kata GRO orang akan faham lebih kurang macam pelacur, mungkin sikit bawah ja dari pelacur.

Wah!!! rakyat Labuan dah advanced bro...GRO asing dah ada lesen. Tak lama lagi anak-anak gadis Labuan pun dah boleh mohon lesen jadi GRO sebab mereka kan anak watan Labuan..hehehehe.
Mana boleh kasi wanita Filipina dominasi negeri Labuan....hehehhehe.

Aku sebenarnya terkejut mendengar perbahasan dan penerangan sebegini diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Apa keistimewaan Labuan sehingga mampu memberikan lesen PLKS GRO. Aku tak nampak logiknya dari segi moral dan agama rakyat berbilang bangsa di negara tercinta aku ini.

Mungkin kerajaan Malaysia bercita-cita hendak menjadikan Labuan saingan kepada Hadyai di Thailand dan Batam di Singapura sebagai pusat seks bebas Asia Tenggara.

Tak lama aku rasa lesen pelacur pun akan diluluskan kot!!!
I'm Speechless....!!!
Anda pula.....?
Atau aku ker orang yang terakhir yang mengetahui perkara ini....kikikiki"



BY http://hanifidrus.blogspot.com

Saturday 20 October 2012

letih @kekal...

Posted by karmilaillang at Saturday, October 20, 2012 0 comments

Friday 19 October 2012

For He is All-Knowing

Posted by karmilaillang at Friday, October 19, 2012 2 comments

Bismillah..

Allah has better plan for us smile
InsyaALLAH
Things Aren’t Always As They Seem.
Mother of Nabi Musa as Was Told To Throw Her Son In The River
Nabi Yusuf (A.S) Was Left To Die In A Well.
Maryam Delivered A Child Alone.
Nabi Yunus (A.S) Was Swallowed By A Fish
Nabi Ibrahim (A.S) Was Thrown In The Fire.

Yet Look At How It Turned Out For Them,

.In The End...............





Allah Always Has A Better Plan For Us,

Things May Not Start Off Too
Well, But The Ending Is Usually
Better Than We Except.
If Today You Are Facing Hard
Times, Have Faith And Pray
For A Better Tomorrow.
Miracles Do Happen When
You Seek Guidance From Allah.
For He Is All-Knowing,



All-Wise & All-Powerful .. !




Wednesday 17 October 2012

sebalik wajah......

Posted by karmilaillang at Wednesday, October 17, 2012 1 comments

Tuesday 16 October 2012

you change it....=)

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 16, 2012 1 comments

Monday 15 October 2012

Agar kita sentiasa awet muda =)

Posted by karmilaillang at Monday, October 15, 2012 0 comments

Friday 12 October 2012

Aq punya ...........

Posted by karmilaillang at Friday, October 12, 2012 2 comments


"Tak bermakna bila masa silam aku teruk dan kelam, aku tak punya masa depan yang cerah lagi ohsem"

Dengan pedang tersisip di pinggangnya dia pergi dengan penuh bersemangat mencari Nabi Muhammad. Perjalanan untuk memburu dan membunuh Nabi Muhammad. Itulah Umar. Bertemu dengan Nu'aim bin Abdillah, lalu:

"Lebih baik engkau kembali ke rumahmu perbaikilah isi rumah mu terlebih dahulu; tidakkah engkau tahu iparmu Said bin Zaid dan saudaramu Fatimah sudah masuk Islam menjadi pengikut Muhammad?”

Darahnya menggelagak dan mukanya merah padam marah bercampur malu, lantas langsung pulang bergegas-gegas untuk menemui adiknya Fatimah yang kebetulan sedang belajar Al-Qur'an.

Surah Thoha, Ayat 1-6, pelembut hati Umar.

Subhanallah, hidayah itu hadiah terindah buatnya, dialah insan yang sangat kasih kepada Baginda Rasulullah SAW! :')

*jangan menghukum seseorang dari masa silamnya. masa silamnya mungkin teruk, tapi siapa tahu, dia bakal pejuang Islam? :') masa depannya mungkin lebih ohsem dari kita ni?
 —

Tuesday 9 October 2012

Doa jangan putus setalah kita berusaha =)

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 09, 2012 1 comments

Sunday 7 October 2012

Untuk mendapat apa yang dicintai...............

Posted by karmilaillang at Sunday, October 07, 2012 1 comments


Aku melihat henset samsung galaxy yang ke lapanpulohlapan kalinya. Sunyi. ya, benar sunyi. biarlah kalau yang sunyi itu yg membuatkan Allah redha. lebih tenang begini. untuk apa gembira tapi Allah tidak gembira. untuk apa bahagia kalau Allah tidak redha.

Percaya. Itu mesti. aku merancang, kita merancang. tapi Allah jualah sebaik-baik Perancang. Allahu. 

"Terima aku selepas istikharah. Tolak aku juga dari Istikharah. Sebab jenis kita manusia, takkan salahkan mana-mana pihak apabila letak keputusan pada Allah. dan kebarangkalian untuk merungut itu dan ini selepas buat keputusan amat tipis." (quoted)

***

"untuk mendapat apa yang dicintai, bersabarlah menempuh apa yang dibenci" 

sabarlah sikit, nanti kamu akan tahu jugak manisnya bila berjuang menahan diri drpd melakukan apa yg Allah tak suka :') 


bismillah. pahat dalam hati Dia satu-satunya cinta Teragung. :") 



Kredittt : Azimah Binti Abdul Ghani..=)

Wednesday 3 October 2012

Jangan Mati Hati, Biar Mati Diri =)

Posted by karmilaillang at Wednesday, October 03, 2012 3 comments
Antara Hidup Dan Mati...

Hidup: Kenapa Manusia Cintakan Aku Tapi BENCIKAN Kau?

Mati : Sebab Kau Adalah TIPU DAYA yang INDAH.. Sedangkan AKU adalah KEBENARAN yang PAHIT..

Hakikatnya..
Kita Lebih Memilih TIPU DAYA dari KEBENARAN...
Lihat Saja?? Bersungguhkah Kita Menyiapkan DIRI bertemu KEBENARAN itu?? 

Sunday 30 September 2012

Tips Kesihatan

Posted by karmilaillang at Sunday, September 30, 2012 2 comments

Selamat berhujung minggu.....sedikit perkongsian tips kesihatan yang sangat "basic". Kadang-kadang kita melihat perkara tersebut tersangatlah "basic" dan "simple" namun kesannya amat memudaratkan....InsyaAllah kita boleh amalkan untuk kesihatan kita 20 tahun akan datang =)

Saturday 29 September 2012

Aku Redha =)

Posted by karmilaillang at Saturday, September 29, 2012 5 comments
Tuhan, terserah segala pada Mu
Aku yakin, Kau tidak pernah mengecewakan
Hidup bukan dengan melawan takdir semata..
aku Redha  =)

Tuesday 25 September 2012

Kenyataan....

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 25, 2012 1 comments
heheheh, artikel ini menyebabkan saya terfikir sejenak hakikat yang berlaku pada hari ini..mungkin bukan kebanyakkan orang tapi "sebahagiannya" kata orang...

Sunday 23 September 2012

Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah..

Posted by karmilaillang at Sunday, September 23, 2012 1 comments

Friday 21 September 2012

Duhai Hati...

Posted by karmilaillang at Friday, September 21, 2012 2 comments
hati mohon jangan remuk dulu,
kau harus kuat...
menjadi sebagian pembantu untuk ku hela nafas lagi
 duhai hati,
aku yakin kau lebih kuat dari apa yang ku rasa 
iyaaaa, bukankah kau ciptaan Tuhan yang paling berkuasa

bertahanlah,
walau mungkin untuk separuh masa lagi.....

Tuesday 18 September 2012

Bila pengorbanan di pandang sebelah mata....

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 18, 2012 0 comments
Bila pengorbanan di pandang sebelah mata, hanya mereka yang memahami makna pengorbanan akan memahaminya, tidak perlu dikatakan dan boleh dibuktikan dengan tindakan si pelaku boleh membuktikan apa yang di lakukan itu..di katakan pengorbanan bagi mereka yang ingin memahaminya..

bila pengorbanan di pandang sebelah mata, apa yang dilakukan tidak pernah menerima ucapan terima kasih malahan ucapan maaf jauh sekali....sebagai seorang yang melakukan pengorbanan...tidak pernah mengharapkan ucapan terima kasih cukup tindakan sudah memadai...seadainya menoleh kebelakang itu, bukan salah satu kesilapan dalam norma kehidupan, ingin sekali si pelaku menoleh kebelakang dan hidup seperti dirinya dahulu...yang tidak melakukan sebarang pengorbanan untuk sesiapa pun, dan tidak perlu mengorbankan derianya, perasaanya dan juga masa depannya...

kadang-kadang, kehidupan mematangkan perjalanan si pelaku untuk mencari siapakah yang layak menerima pengorbanan yang ingin dilakukan...namun dalam mencari siapakah yang layak si pelaku perlu mengorbankan dirinya, hanya mampu menyimpan apa yang dirasa di dalam hati sendiri tanpa memberitahu dunia...apakah yang dilalui dan dirasainya..kekadang air mata penganti beban yang terbuku di hati agar tidak berkumpul disanubari si pelaku...

Hanya Allah di jadikan tempat sandaran untuk mengharapkan yang terbaik,  bukan mengharapkan orang lain sebagai penganti namun mohon agar diberi kesempatan menemui harapan yang lebih baik pada masa akan datang..kerana dengan sujud dan meminta sahajalah jalan yang paling baik untuk disandarkan agar suatu hari nanti setiap doa yang dititip...Allah akan makbulkan...

Setiap kali melihat kawan-kawan bahagia disamping jodoh yang telah ditakdirkan, terdetik dihati si pelaku ingin mendapatkan yang sebegitu rupa..namun mungkin bukan masanya Allah memberikan kebahagian untuk si pelaku, kerana terlalu banyak dosa yang dicipta dan kadang-kadang melupakan Allah sebagai tempat bersandar..walaupun melalui tindakan si pelaku kadang-kadang melakukan dosa, jauh di sudut hati si pelaku meningggalkan Allah yang Esa di dalam ingatannya....kerana si pelaku bukan lah mereka yang sering lupa ketika melakukan kesalahan.....

setiap hari setiap doa di tadah agar Allah menerima setiap doa yang di harapkan, namun Allah tidak memberikan hambanya apa yang di harapkan tetapi memberikan hambanya apa yang dikehendakinya...
ingatlah wahai si pelaku...Allah merancang dengan CintaNya kepada hambanya, jangan pernah berputus asa sekali pun pengorbanan mu di pandang sebelah mata....



Monday 17 September 2012

CintaNya

Posted by karmilaillang at Monday, September 17, 2012 1 comments

Hidup kita ni penuh dengan perancangan akan tetapi, setiap yang kita rancang pasti sudah ada yang lebih dulu merancang......sekiranya, apa yang kita rancang itu tidak memihak kepada kita percayalah semua itu pasti ada aturan yang lebih baik daripada rancangan kita...hidup bertemankan perancanganNya adalah salah satu perkara yang agak mustahil untuk terima akan tetapi itulah sebenarnya yang akan kita miliki untuk menemani kita melalui jalan kehidupan ini.. salam Hari Malaysia kepada semua pengunjung anugerahcinta.... =)

Friday 14 September 2012

Rahsia yang Tersimpan =)

Posted by karmilaillang at Friday, September 14, 2012 2 comments
Salam jumaat, untuk semua pembaca dan pengunjung setia, blog anugerah cinta...sedar tidak sedar hari ini hari ketiga Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR berlansung di seluruh negara pada tahun ni..
mungkin belum terlamabat untuk blog anugerahcinta berkongsi sedikit rahsia yang boleh kita amalkan mudah-mudahan perkongsian ni bermanfaat..

RAHSIA PEMAKANAN ANAK PINTAR ! (Ianya adalah rahsia pemakanan ilmuwan Islam)

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.

selamat berhujung minggu dan selamat beramal...

Thursday 13 September 2012

Jodoh...

Posted by karmilaillang at Thursday, September 13, 2012 3 comments
saat tiada LELAKI yang hadir memetikmu
janganlah engkau sekali2 MERENDAHKAN DIRIMU
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi MARTABATMU..

Tulang rusuk ADAM yang hilang, 
biarlah dia yang MENCARINYA sendiri. 
Hawa pula, tunggulah dan BERSABARLAH, 
tak perlulah kamu yang mencari Adam. 
Kerana kamu TETAP tulang rusuknya yang hilang, 
dia akan DATANG MENCARIMU dan MENGAMBILMU suatu hari nanti. 

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. 
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

•.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. 

InsyaAllah :)
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts