Sunday 30 September 2012

Tips Kesihatan

Posted by karmilaillang at Sunday, September 30, 2012 2 comments

Selamat berhujung minggu.....sedikit perkongsian tips kesihatan yang sangat "basic". Kadang-kadang kita melihat perkara tersebut tersangatlah "basic" dan "simple" namun kesannya amat memudaratkan....InsyaAllah kita boleh amalkan untuk kesihatan kita 20 tahun akan datang =)

Saturday 29 September 2012

Aku Redha =)

Posted by karmilaillang at Saturday, September 29, 2012 5 comments
Tuhan, terserah segala pada Mu
Aku yakin, Kau tidak pernah mengecewakan
Hidup bukan dengan melawan takdir semata..
aku Redha  =)

Tuesday 25 September 2012

Kenyataan....

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 25, 2012 1 comments
heheheh, artikel ini menyebabkan saya terfikir sejenak hakikat yang berlaku pada hari ini..mungkin bukan kebanyakkan orang tapi "sebahagiannya" kata orang...

Sunday 23 September 2012

Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah..

Posted by karmilaillang at Sunday, September 23, 2012 1 comments

Friday 21 September 2012

Duhai Hati...

Posted by karmilaillang at Friday, September 21, 2012 2 comments
hati mohon jangan remuk dulu,
kau harus kuat...
menjadi sebagian pembantu untuk ku hela nafas lagi
 duhai hati,
aku yakin kau lebih kuat dari apa yang ku rasa 
iyaaaa, bukankah kau ciptaan Tuhan yang paling berkuasa

bertahanlah,
walau mungkin untuk separuh masa lagi.....

Tuesday 18 September 2012

Bila pengorbanan di pandang sebelah mata....

Posted by karmilaillang at Tuesday, September 18, 2012 0 comments
Bila pengorbanan di pandang sebelah mata, hanya mereka yang memahami makna pengorbanan akan memahaminya, tidak perlu dikatakan dan boleh dibuktikan dengan tindakan si pelaku boleh membuktikan apa yang di lakukan itu..di katakan pengorbanan bagi mereka yang ingin memahaminya..

bila pengorbanan di pandang sebelah mata, apa yang dilakukan tidak pernah menerima ucapan terima kasih malahan ucapan maaf jauh sekali....sebagai seorang yang melakukan pengorbanan...tidak pernah mengharapkan ucapan terima kasih cukup tindakan sudah memadai...seadainya menoleh kebelakang itu, bukan salah satu kesilapan dalam norma kehidupan, ingin sekali si pelaku menoleh kebelakang dan hidup seperti dirinya dahulu...yang tidak melakukan sebarang pengorbanan untuk sesiapa pun, dan tidak perlu mengorbankan derianya, perasaanya dan juga masa depannya...

kadang-kadang, kehidupan mematangkan perjalanan si pelaku untuk mencari siapakah yang layak menerima pengorbanan yang ingin dilakukan...namun dalam mencari siapakah yang layak si pelaku perlu mengorbankan dirinya, hanya mampu menyimpan apa yang dirasa di dalam hati sendiri tanpa memberitahu dunia...apakah yang dilalui dan dirasainya..kekadang air mata penganti beban yang terbuku di hati agar tidak berkumpul disanubari si pelaku...

Hanya Allah di jadikan tempat sandaran untuk mengharapkan yang terbaik,  bukan mengharapkan orang lain sebagai penganti namun mohon agar diberi kesempatan menemui harapan yang lebih baik pada masa akan datang..kerana dengan sujud dan meminta sahajalah jalan yang paling baik untuk disandarkan agar suatu hari nanti setiap doa yang dititip...Allah akan makbulkan...

Setiap kali melihat kawan-kawan bahagia disamping jodoh yang telah ditakdirkan, terdetik dihati si pelaku ingin mendapatkan yang sebegitu rupa..namun mungkin bukan masanya Allah memberikan kebahagian untuk si pelaku, kerana terlalu banyak dosa yang dicipta dan kadang-kadang melupakan Allah sebagai tempat bersandar..walaupun melalui tindakan si pelaku kadang-kadang melakukan dosa, jauh di sudut hati si pelaku meningggalkan Allah yang Esa di dalam ingatannya....kerana si pelaku bukan lah mereka yang sering lupa ketika melakukan kesalahan.....

setiap hari setiap doa di tadah agar Allah menerima setiap doa yang di harapkan, namun Allah tidak memberikan hambanya apa yang di harapkan tetapi memberikan hambanya apa yang dikehendakinya...
ingatlah wahai si pelaku...Allah merancang dengan CintaNya kepada hambanya, jangan pernah berputus asa sekali pun pengorbanan mu di pandang sebelah mata....



Monday 17 September 2012

CintaNya

Posted by karmilaillang at Monday, September 17, 2012 1 comments

Hidup kita ni penuh dengan perancangan akan tetapi, setiap yang kita rancang pasti sudah ada yang lebih dulu merancang......sekiranya, apa yang kita rancang itu tidak memihak kepada kita percayalah semua itu pasti ada aturan yang lebih baik daripada rancangan kita...hidup bertemankan perancanganNya adalah salah satu perkara yang agak mustahil untuk terima akan tetapi itulah sebenarnya yang akan kita miliki untuk menemani kita melalui jalan kehidupan ini.. salam Hari Malaysia kepada semua pengunjung anugerahcinta.... =)

Friday 14 September 2012

Rahsia yang Tersimpan =)

Posted by karmilaillang at Friday, September 14, 2012 2 comments
Salam jumaat, untuk semua pembaca dan pengunjung setia, blog anugerah cinta...sedar tidak sedar hari ini hari ketiga Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR berlansung di seluruh negara pada tahun ni..
mungkin belum terlamabat untuk blog anugerahcinta berkongsi sedikit rahsia yang boleh kita amalkan mudah-mudahan perkongsian ni bermanfaat..

RAHSIA PEMAKANAN ANAK PINTAR ! (Ianya adalah rahsia pemakanan ilmuwan Islam)

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.

selamat berhujung minggu dan selamat beramal...

Thursday 13 September 2012

Jodoh...

Posted by karmilaillang at Thursday, September 13, 2012 3 comments
saat tiada LELAKI yang hadir memetikmu
janganlah engkau sekali2 MERENDAHKAN DIRIMU
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi MARTABATMU..

Tulang rusuk ADAM yang hilang, 
biarlah dia yang MENCARINYA sendiri. 
Hawa pula, tunggulah dan BERSABARLAH, 
tak perlulah kamu yang mencari Adam. 
Kerana kamu TETAP tulang rusuknya yang hilang, 
dia akan DATANG MENCARIMU dan MENGAMBILMU suatu hari nanti. 

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. 
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

•.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. 

InsyaAllah :)

Selamat.....

Posted by karmilaillang at Thursday, September 13, 2012 1 comments
Assalamualaikum, rasanya dah bersawang blog ni, baru ada masa untuk di kunjungi...beginilah klu terlalu sibuk dengan urusan seharian, ni belum berkeluarga lagi..sudah tidak mempunyai masa untuk update blog..kalau sudah mempunyai tanggungjawab lagi besar, saya sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku

memandangkan syawal sudah hampir ke penghujungnya, semakin banyakla jemputan rumah terbuka yang kita akan terima, dan tidak kurang hebatnya jemputan majlis perkahwinan..

disini, blog anugerah cinta ingin berkongsi sedikit berkaitan :

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-1. Susu2. Cuka3. Coriander (Ketumbar)4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. 
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S

semoga boleh memberi sedikit ilmu untuk d  manfaatkan kepada kita semua yang bakal menjadi pengantin... =)

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts