Saturday 1 October 2016

Dalam Perkahwinan cuma ada Kita

Posted by karmilaillang at Saturday, October 01, 2016 0 comments
10 Julai 2016
Selamat Hari Malaysia =)
Puan Yooooo
16 September 2016
-Doakan yang terbaik buat Kami-

On my wedding reception, Ayah gave a lengthy speech on marriage's do's and don'ts.. Those who attended would remember how long his speech was.. Ada dua pesanan yang sangat terkesan dihati, satu ialah, "its the second word that starts the quarrel" dan, "dalam perkahwinan tak ada you you, i i, ada kita".

Maka setelah dipesan berkali kali di dalam reception ballroom tu dihadapan 500 tetamu, hiduplah kami berdua bersama berpegangkan pesanan ayah tadi.

We don't have a perfect marriage. We are just like any other couple. We fight, we argue on certain things, we this we that just like any other couple. However, setiap kali kita nak start arguement, one of us will quickly say sorry and then we will both forget it. Kita akan ingatkan each other that its the second word that starts the quarrel.

At the end of the day, we will always be on the same team, macam ayah pesan, dalam perkahwinan cuma ada "kita". Just take a deep breath, hug each other and say sorry. Lower your tone. Bila itu prinsip kita, kita menang pun tak untung, kalah pun tak rugi because kita kan satu team. I know some other couples yang macam tu juga and they lead a happy marriage life. Anak-anak pun membesar dengan baik. But i also know some other couple yang jadi rival each other, as in when they fight they build a fortress and they keep going, they fall out of "kita" and become defensive. Nobody ever died of swallowing pride yet masing-masing still refuse to say sorry. Last-last tu jadi nak tengok, siapa menang siapa kalah. You cannot be a team, when u start going i i , u u.

I guess, my parents thought me by example. Ayah and ibu are good teammates. They spend their time mostly together. Masak sama-sama, rest sama-sama, ayah buat bisnes pun nak ibu ikut, ibu is dependant on ayah, and ayah pun dependant on ibu. Pakai baju nak matching-matching. They never forget each other's birthday, they celebrate their anniversary. Ayah ibu tak berkira duit ringgit, susah senang sama-sama. They are very supportive of each other and after all this years, they are still smitten. They call each other 'Yang' and say I love u, they hug each other and kiss each other when bidding goodbye, they maintain good relationship dgn both family, ibu jaga arwah tok mcm mak sendiri and ayah 26 tahun jaga arwah opah mcm mak sendiri.

Bila i dah kahwin, i naturally imitate my growing up surrounding. I become the reflection of my parents. I become selfless, and lucky me my husband pun mcm tu because he imitates his growing up surrounding juga. I remember at one time masa nak bayar for something, my friend terkejut tengok i minta Saif wallet instead of duit. She said, dia nak minta duit husband dia pun tak dapat, i minta wallet pun boleh? When u r a team, it doesnt matter, my wallet is his, his is mine. My phone is his, his is mine. We keep no secret. Whatever is in the past, is in the past. We look forward and we both want the best for our 'team'. So we protect each other, we become each other's pillar of strength.
We accept each other's weaknesses and only talk about the good ones. Kita kan satu team.

Forget about siapa yang akan menang masa bergaduh, isteri menang ke, suami menang ke, dua dua rugi. Bcz dalam proses nak menang tu we will say hurtful things yang sometimes we dont mean. Kadang tu sampai naik tangan, pinggan terbang. Anak-anak melihat and instinctively when they grow up, they will feel its normal and then history will repeat itself. Ni nak raya ni, instead of happy2, ada je suami isteri gaduh because dua dua nak balik kampung masing-masing. Kadang tu sorang balik sini, sorang balik sana. Shouldnt be that way, bincanglah, jadi "kita" instead of "saya". Remember, ur partner is ur teammate.

Kurangkan bagi arahan. Lebihkan bagi cadangan.
A) yang, tahun lepas dah balik kampung u, tahun ni balik kampung i.
B) yang, apa kata tahun ni kita balik kampung i..sebab last year balik kampung u kan kan..
Ada beza tak?

Berlembut suaralah.

Yang isteri kena pandai pujuk-pujuk. Suami mesti cair punya. Kalau dulu sebelum kahwin boleh pujuk-pujuk boleh gedik-gedik, why change jadi singa lepas kahwin? Suami pun kenalah lembut hati sikit. Adil ialah meletakkan sesuatu pada haknya. Kalau tahun lepas balik kampung suami, tahun ni kampung isteri la pulak. Kita kan satu team? Dah sampai kampung pasangan jangan duduk je dalam bilik pulak, keluarlah untuk bermesra dengan keluarga mertua. Ambil hati mak pak mertua. Bukan bodek, ambil hati. Tak rugi jadi baik.

Perkahwinan ni bila direstui dan didoakan ramai orang especially ibu ayah, u can never believe how much it can prosper.

Rasulullah s.a.w was a romantic man. Sampai tidur depan pintu rumah sebab taknak kejutkan Aisyah r.a yg sedang tidur. But what not all of us know, at the same time, Aisyah r.a pun tertidur di balik pintu tu kerana takut tak terjaga apabila Rasulullah pulang. Kisah cinta agung.

The prophet was deeply in love with his wife, so was the wife. Apa kata kita tiru akhlak Rasulullah dan isterinya ni dalam rumah tangga kita? Semoga Allah berikan keberkatan, berikan rahmat dan kebahagiaan sampai Jannah.

InsyaAllah.


by :Puan Tun Fiqa Mohammad

Thursday 30 June 2016

Simple.. mcm A, B. C dan D

Posted by karmilaillang at Thursday, June 30, 2016 0 comments
Heboh pula isu 'Larangan mencium/ mendekati bayi orang lain'. Terimbau kenangan dulu, semasa hendak memegang bayi seseorang, segera diambilnya bayi sebelum sempat kita dukung. Kita pegang kaki dan tangan bayi yang comel pun, si ibu jeling satu macam.
Walaupun belum ada anak, saya tahu:
a. Apabila kita tidak sihat, jangan gomol atau cium kanak-kanak khususnya bayi.
...
b. Kita tidak boleh bagi makan anak orang lain dengan sesuka hati kerana bimbang anak tersebut mempunyai alahan atau ibu bapa nya mungkin menjaga diet pemakanan anak dengan rapi.
c. Apabila kita berada dalam keadaan kurang bersih, elakkan memegang atau berada terlalu dekat dengan kanak-kanak khususnya bayi.
Tapi,


1. Janganlah sampai semua orang khususnya saudara mara terdekat (yang jarang berjumpa) tidak boleh langsung mendekati anak-anak kalian.
2. Janganlah sampai membuat orang lain berkecil hati dengan tindakan kalian. Fikirkan cara yang berhikmah. Jelingan, pandangan sinis, bebelan dan kemarahan adalah sangat tidak sesuai.
3. Sebagai orang dewasa, insyaAllah semua sedia maklum tentang 3 perkara (a, b, c) di atas. Dan semestinya sesiapa juga tidak sanggup melihat seorang kanak-kanak atau bayi itu sakit.
4. Beri peringatan dengan berhikmah. Cakap elok-elok, senyum, semua orang akan faham dan terima.
5. Jangan tuding jari menyalahkan orang lain sahaja apabila anak sakit. Kadang-kadang anak sakit sebab kecuaian ibu bapa sendiri, contohnya dari segi penjagaan kebersihan, dll. Jangan mudah-mudah salahkan orang lain yang pegang atau dekati anak tersebut sahaja.
6. Yakinlah dengan qada dan qadar. Usaha tetap usaha, tapi takdir Tuhan juga penentu segalanya.
7. Untuk orang yang belum dikurniakan rezeki anak, bersabar sahaja. Telan liur saja kalau rasa teringin mahu pegang bayi sesiapa. Kesihatan bayi itu yang utama.
8. Tidak mengapalah. Nanti saya cuba elakkan pegang anak sesiapa, kalau itulah kemahuan ibu bapanya.
Apapun, saya percaya setiap tindakan pasti ada sebabnya. Saya hormati keputusan/ kemahuan orang lain. Itu bayi mereka, hak mereka. Dan untuk semua orang, ingat 3 perkara asas di atas (a, b, c). Kalau kita dalam keadaan tidak sihat atau tidak bersih, memang patut elakkan mendekati anak-anak kecil khususnya bayi. Sendiri mahu ingat.

Sekadar Kita Tau

Posted by karmilaillang at Thursday, June 30, 2016 0 comments


1 - Kita lahir di tahun 50 - 60 - 70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

2 - Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.

3 - Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. sekaligus kita juga menimati mudahnya memuat turun lagu dari gadget.

4 -  Kitalah generasi semasa kanak-kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik burung, gasing, guli, adalah permianan yang tiap hari akrab dengan kita. sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.


5 - Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempuntai geng yang tanpa janji, tanpa telefon, sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya.... Kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kita pun tetap bias berketawa di Group Facebook dan Whatapps.

6 - Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana - mana. juga naik motor menikati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

7- Kiatalah generasi terakhir yang pernah menikmati jalan kaki berkilo meter tanpa perlu berfikir ada penculik yang membayangi kita.

8 - Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah saluran sana sini.

9 - Kitalah generasi terakhir yang pernah mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.

10 - Generasi yang bawa RM 0.10 - RM 0.50 ke sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin..

itulah kita....

saya generasi itu...

Thursday 2 June 2016

Welcome... Semoga diPermudahkan on December

Posted by karmilaillang at Thursday, June 02, 2016 1 comments
Selamat menyambut Hari Kaamatan
Tarikh : 31 Mei 2016





Kent With Love

Posted by karmilaillang at Thursday, June 02, 2016 0 comments



Kuliah Terakhir Pendidikan Alam Sekitar (PAS)
bersama Puan Low

Kecemerlangan bukan untuk 
orang yang pandai..
Kecemerlangan hanya untuk 
orang yang berusaha....

Kuliah Terakhir bersama Cikgu Simon Guntalip



Wednesday 11 May 2016

Sy Tag, Perkongsian yang baik...

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 11, 2016 0 comments
Saya fikir saya perlu menulis tentang ini dan berkongsi pendapat saya. Terpulang mahu terima atau abaikan. Maaf andai mengguris sesiapa.
Niat cuma mahu sama-sama bermuhasabah.

Belakangan ini kerap saya terbaca tulisan atau komen pada media sosial yang mengkritik atau mengaibkan suami secara terbuka sama ada yang dilakukan secara sedar atau tidak sedar.
"Haaaa. Abg baca ni - Suami tidak boleh guna duit isteri. Dosa! Abang tak boleh guna duit sayang lagi tau."
"Untunglah kau, ada suami kaya. Boleh beli macam-macam. Aku ni, hari raya pun baju baru sepasang je."
"Memanglah aku ada suami. Tapi makan pakai cukup-cukup je."
Apabila orang membaca tulisan dan komentar sebegini, pasti secara automatik orang akan tahu secara tersiratnya suami anda tidak mampu memenuhi kepuasan material anda, suami anda mempunyai masalah ekonomi, suami anda bergaji kecil, dan seumpamanya.

"Rahsia lelaki hebat di ranjang!" Tag suami.
"Suami perlu penuhi nafkah batin isteri." Tag suami.
"Petua memuaskan isteri." Tag suami.
Secara tidak langsung, orang akan dapat meneka suami pasangan itu bermasalah dari segi tertentu, batin misalnya.

"Saya harap suami saya akan jadi seperti suami orang lain. Rajin solat dan menjadi imam saya."
"Suami aku tak macam suami orang lain. Hampeh!"
"Kalaulah dulu aku kahwin dengan boyfriend lama aku, tentu aku dah hidup senang sekarang."
Nampak tidak mesej tersiratnya? Suami malas solat? Suami tidak membahagiakan kalian? Sebagai orang yang membaca, ramai yang dapat meneka. Malunya suami. Dosanya isteri. Nauzubillah.

Jika benarlah suami mempunyai kelemahan, jangan dihebahkan kepada dunia. Tutup aib mereka. Bantu suami menjadi lebih baik. Gunakan kelembutan seorang isteri untuk bercakap yang baik-baik kepada suami.

Begini.
Wanita memang fitrahnya gemar beremosi. Lepas laku dan lepas tutur kata. Pendek kata, acapkali emosi mendahului akal. Ya, wanita begitu. Sebagai wanita, saya mengakui itu.
Tetapi, ingat! Seemosi apapun kita, suami tetap perlu dijaga maruahnya. Selagi mana suami tidak membelakangkan agama, kita wajib mentaati suami.

Lupakah kita, wanita juga mempunyai seribu satu macam karenah? Wanita juga tidak sempurna. Kalaulah mulut dan tangan suami selaju mulut dan tangan wanita, pasti media sosial penuh dengan segala macam kritikan suami kepada isteri.

Isteri selalu marah-marah. Isteri selalu membebel. Isteri bau bawang. Isteri kuat berpeluh. Isteri kuat berdengkur. Isteri mengada-ngada. Isteri tak faham tugas suami. Mekap isteri macam tepung sekilo. Isteri dah gemuk. Isteri tak pandai berfesyen. Dan seumpamanya.

Macam-macam yang suami boleh tulis tentang isteri. Tapi jarang sekali suami menulis sebegitu. Kerana mereka menjaga aib dalam rumahtangga. Mereka menjaga maruah keluarga. Mereka tidak mendahulukan emosi dalam berumahtangga.

Tapi wanita? Muhasabah semula. Berapa banyak tulisan dan komentar kita yang menjurus kepada keaiban suami? Ingat, redha Tuhan terletak juga pada redha suami.

Jangan hebahkan masalah rumahtangga secara melulu tanpa berfikir terlebih dahulu. Apalah dosa suami tidak mampu membelikan pakaian jenama terkemuka atau beg tangan mewah? Apalah dosa suami bekerja mencari rezeki yang halal?

Janganlah suami diperli dan dijadikan bahan gosip sesama rakan. Asalkan mereka masih menjalankan tanggungjawab asas sebagai suami, bersyukurlah.

Masalah ekonomi suami. Masalah suami sibuk. Masalah suami tidak romantik. Seribu satu masalah lainnya. Jangan hebahkan pada dunia. Dunia cuma akan mendengar, dunia sekadar menyibuk mahu tahu masalah kalian, tetapi sebenarnya mereka tidak membantu atau menyelesaikan apa-apa.

Jangan kerap menyindir mengutuk suami di media sosial. Dosanya tidak tertanggung di akhirat kelak.

Apabila saya menulis sebegini, saya berharap niat saya tidak disalaherti.
Jangan pula menyuruh saya menutup akaun media sosial semata-mata kerana isu ini. (Yalah, kata mereka, "Suka hatilah nak tulis apapun, media sosial aku. Kau tak suka, boleh tutup akaun kau atau unfriend aku!")

Tidak boleh begitu.
Baca semula surah Al-Asr. Bukankah kita perlu berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran?

Alangkah indahnya wanita sebagai isteri berusaha menjaga maruah suami.
Cadangan saya, jika suami bermasalah ekonomi, terlalu sibuk, jarang membawa isteri membeli-belah, dan sebagainya, luahkanlah secara bersemuka. Jika ada tips atau kisah pengajaran rumahtangga lain, hantarkan mesej tersebut kepada suami secara personal agar mereka membacanya bersama. Itu lebih berkesan. Jika malu meluahkan perasaan atau masalah kepada suami, hantarkan mesej melalui telefon atau peti mesej media sosial suami.

Ingat. Dalam dunia tanpa sempadan ini, setiap tulisan dan komentar kita boleh diinterpretasi oleh orang lain dalam pelbagai sudut dan cara. Sesiapa sahaja boleh meneka apa-apa. Sesiapa sahaja boleh berspekulasi apa-apa.

Jangan malukan suami. Jaga maruah mereka. Syurga isteri ada pada suami.
Lautan mana yang tidak bergelora? Dunia bukan syurga. Masalah ada di mana-mana. Terimalah kelemahan pasangan kita. Jangan aibkan suami. Sama-samalah berusaha mengejar syurga.

"Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya." -Hadis riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Kuat sangat engko ni...

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 11, 2016 0 comments
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik, dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Atas alasan dah biasa;
marah diam-diam, nangis pelan-pelan.
Hai lah hati, gagah sebenarnya kau ni kan.




Saturday 9 April 2016

Fahamilah, Membenihkan Awan Tidak Semudah Membenihkan Jagung

Posted by karmilaillang at Saturday, April 09, 2016 0 comments

1
Ramai yang tidak faham dengan prinsip sains di sebalik ‘cloud seeding’. Mereka sangka pembenihan awan itu senang macam mengeluarkan benih sendiri menerusi proses senggama dan onani. Boleh dibikin sukahatimakbapak bila-bila masa, di mana-mana. Asalkan ada nafsu dan berahi, terus saja boleh on. TIDAK. Cloud seeding bukan semudah begitu. Yes, it is a ‘proven technology’ to produce rain. Tapi semua teknologi dunia yang telah terbukti pun, masih perlukan PRA-SYARAT.
Misalnya teknologi kereta. Memang ia terbukti sebagai jentera bergerak yang boleh memindahkan manusia dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain secara efektif. Kerana mantapnya teknologi ini, maka jumlah kereta yang terjual di seluruh dunia bagi tahun 2015 saja, melebihi 72 juta unit. Kalau bilangan ini dihantar ke Malaysia, setiap penduduk negara di segenap ceruk akan memiliki sekurang-kurangnya dua buah kereta seorang, termasuklah bayi yang baru dlahirkan tiga minit tadi. Banyak, kan?
Tetapi secanggih mana pun teknologi kereta ini hingga digilai manusia serata global, ia cuma boleh berfungsi JIKA DAN HANYA JIKA pra-syaratnya dipenuhi. Apa? Ia perlukan jalanraya. Kalau kamu tinggal dalam sampan di tengah lautan Atlantik, satu billion kereta pun tidak berguna. Atau kalau kamu berkampung di lereng pergunungan Himalaya yang paling curam; jangan bilang kereta berenjin, kereta lembu atau kereta babi pun belum tentu boleh pakai.

2
So sekarang kamu faham tidak, apa sebenarnya prinsip asas dalam semua proses dan mekanisme sains? Ia perlukan situasi yang ideal dan optimum sebelum teknologi dapat dioperasikan.
Begitu juga 'cloud seeding’. Ia ada PRA SYARAT yang ditentukan oleh faktor semulajadi, di luar kawalan kepintaran manusia dan kecanggihan teknologi. Untuk membolehkan pembenihan itu hasilkan hujan, perlu ada awan towering cumulus. Ini sejenis awan perolakan yang lazimnya nampak seperti letupan atom Hiroshima. Rimbun berpupul-pupul, menjulang tinggi ke langit. Ketika episod El Nino begini, yang mana cuaca sangat kering dan nilai lembapan di tanah dan udara begitu rendah, olakan wap air untuk menghasilkan awan jenis ini sangat sukar berlaku. Lebih-lebih lagi Sabah, iaitu salah satu tempat di Malaysia yang paling prone dan fragile kepada impak El Nino.
Itulah punca sebenar kenapa ‘cloud seeding’ masih belum dioperasikan di Sabah. Bukan sebab tiada arahan atau kedekut bajet atau tiada kepakaran dan teknologi. Bukan juga sebab agensi yang bertanggungjawab sengaja lengah-lengahkan tindakan. Pasukan Jabatan Meteorologi Malaysia dan TUDM sudah siap-siaga untuk membenihkan awan bila-bila masa. But the ideal climatic condition is yet there for the seeding to take place.

3
Ada juga yang bising-bising: siapa bilang tiada awan? Ada hujan bah di Sabah dalam sehari dua ini. Itu bukti bahawa memang ada awan yang cukup. Tembirang saja Jabatan Meteorologi ini!
Wah, pintar dan cerdik sungguh homosapien Malaysia sekarang. Semua orang berduyun-duyun boleh jadi meteorologist dan climatologist tersohor, dengan hanya memandang langit dan mengintai hujan di celah tingkap. Kalau begitu, saya cadangkan kerajaan hentikan semua biasiswa untuk taja pengajian di universiti. Buat apa membazir duit juta-juta bagi melahirkan pakar pelbagai bidang, kalau akhirnya diagnosis dan penilaian mereka hanya dimomok-momok. Orang lebih percaya pada saintis jadi-jadian yang graduate secara percuma dari Universiti Facebook dan Kolej Sains Twitter.
Hujan secara semulajadi memang boleh dihasilkan oleh pelbagai awan lain, misalnya alto-kumulus. Tapi awan jenis ini tidak boleh dibenihkan dengan efektif. So, bila ada hujan secara natural, bukan bererti ada awan towering cumulus yang sesuai untuk pembenihan. Sehingga semalam (6 April 2016), pemantauan pihak berautoriti yang merupakan gandingan pakar teknikal dan sains atmosfera (dengan menggunakan teknologi satelit dan pelbagai kaedah tinjauan lapangan yang lain), telah mendapati bahawa awan yang ideal untuk pembenihan belum muncul dalam ruang angkasa di kawasan-kawasan yang berjerebu.
Mungkin awan jenis itu ada di Malindi, Kenya, atau barangkali di Dataran Tinggi Korat, Thailand. Tapi kita bukan mau benihkan awan di sana, kan?

4
Ada juga menyinga dengan cara lain, hingga hilang kawalan dan harga diri. Kata mereka: Ini soal nyawa. Kalau pun ‘awan yang ideal’ tidak ada, tiada salah mencuba bah. Kita mesti berusaha. Jangan lagi fikir pasal duit atau kos. Yang penting MENCUBA!
Kita mesti ingat, belanja operasi pembenihan awan ini sangat mahal. Jadi setiap cubaan mestilah ada justifikasi dan logik yang kukuh. Bukan cuba sekadar cuba. Duit itu bukan kepunyaan Jabatan Meteorologi Malaysia. Ia juga bukan milik nenek moyang kita yang telah bertahun-tahun meninggal dunia, dan boleh diagih-agih sebagai amal jariah sesuka hati. Duit itu milik rakyat, hasil dari keringat, darah dan airmata. Jadi, pihak yang diberi tanggungjawab mengurusnya tentulah mahu pertahankan sifat amanah. Bukan kamurang saja bah yang mau masuk syurga. Orang lain pun mau juga ke sana.
Agama menyuruh kita menuntut ilmu sains dan teknologi untuk apa? Supaya kita dapat terjemah pengetahuan itu ke dalam bentuk pertimbangan-pertimbangan yang munasabah. Jadi segala sumber yang dikurnia oleh Tuhan dapat dimanfaatkan secara optimum, setelah risiko untung-rugi dinilai sebaik-baiknya. Bukan dibazir-bazir sesuka jiwa raga, macam iblis yang tak sayang rezeki dan tak reti bersyukur.
Kalau kebarangkalian berjaya cuma 0.5%, kenapa perlu belanja puluh ribu ringgit untuk jalankan operasi yang akhirnya 99.5% menemui kegagalan? Lebih mulia jika dana itu disalur sebagai belanja mitigasi pelbagai isu-isu kemanusiaan lain bersabit kes cuaca panas dan jerebu. Misalnya, bayar kos penghantaran air. Bayar overtime bomba yang memadam kebakaran, etc. Kita perlu adil mengurus dana publik, berdasarkan analisis kos-efektif yang tepat. Itulah tanggungjawab penjawat awam. Bukan semata-mata sebab didesak orang ramai dan takut dimaki-hamun, maka kita belanja duit terhegeh-hegeh tanpa asas pertimbangan. Ini bukan soal populariti. Ini soal berhemah dalam tindakan, jujur dalam tugasan.

5
Ya, saya sangat faham situasi orang Sabah sekarang. I was also in KK last weekend. I saw and experienced the severe haze. It was not pleasant. Di kawasan pedalaman barat Sabah, di mana punca kebakaran dikesan, sudah tentu keadaannya lebih teruk daripada KK. I honestly can empathise it. Memang begitu menjerihkan.
Tapi kalau perit sangat pun, kita janganlah taksub sampai mahu menjadi Tuhan. Seolah-olah sistem fizikal dunia ini boleh tunduk menerima arahan manusia.
Kun faya kun. Aku kata jadi, maka jadilah.
Percayalah, kita sebagai manusia tidak mempunyai kuasa sakti sebegitu.

6
There is a limit for everything, including science and technology. Let’s acknowledge that. Mari kita sama-sama belajar menjadi insan semula. Yang selalu sedar di mana letaknya batasan kudrat makhluk. Juga, yang saling menghargai usaha orang lain, walau sekecil mana pun usaha itu di mata kita.

This is Rem Dambul writing, in his capacity as a professional climatologist, a true Sabahan and a patriotic Malaysian. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Repost by Dr Rem.

Wednesday 6 April 2016

Senah...

Posted by karmilaillang at Wednesday, April 06, 2016 1 comments



Nama dia, Nurul Husna Asmad.. nama ayah dia macam nama cikgu saya dulu dekat sekolah rendah hihihi. orangnya kecik molek jak tapi semua pergerakan lincah jak walaupun jentera berat duk sebelah kiri haahhaha... dia Teacher pelajar gelar miss husna, pegi mana-mana dia sorang je miss.. miss sana miss sini. Miss gelar saya kak Carmela, u know Teacher K dan C pun lain bunyi.
Atas tu gambar kita berdua tidur sebilik, Gpk A bagi p bercuti bawa pelajar 4 hari tue siap tidur hotel lagi..

 
 Gambar dekat atas ni, gambar kita berdua naik bukit kubong, last n firstla senah naik katanya...padahal apala sangat bukit kubong je kot, happy kita orang berdua sampai puncak walaupun kelaparan, ini semua kenangan kan senahhh....


KADANG-KADANG ALLAH sengaja mencipta PERTEMUAN,
supaya kita lebih MENGENAL erti PERSAHABATAN...
 
 
Dan KADANG-KADANG ALLAH sengaja memisahkan kita dengan orang yang kita sayang,
Supaya dengannya kita lebih MENGHARGAI nikmat sebuah PERKENALAN....(^_^)...
 
 
kemarin senah,,, last dengan kita orang, dia dapat rezeki yang lebih baik dari sebelumnya tak jauh mana pun pindah Lawas jeee kot... :p
 
Terima Kasih untuk semua kenangan dan memori awak dengan saya,
saya tak lupa yang saya pernah ada kawan bernama Nurul Husna bt Asmad, Semoga perjalanan hidup awak di Rahmati OlehNya dan di permudahkan untuk urusan kehidupan yang seterusnya..
 
 

Everything is gonna be alright

Posted by karmilaillang at Wednesday, April 06, 2016 0 comments
Mungkin bagimu aku hanyalah secarik tisu yang kau gunakan untuk mengusap air matamu
 Nantinya, tisu itulah yang tidak akan membiarkan air matamu terus mengalir saat bibirmu tidak lagi mampu berkata apa-apa.....


Monday 4 April 2016

Pesan Bonda...

Posted by karmilaillang at Monday, April 04, 2016 0 comments
Nasihat ini teruntuk anak-anak perempuan bonda menantu perempuan bonda dan sesiapa sahaja bernama perempuan...Hidup Ini tak terduga....

Biarlah dia nak nikah berapa orang pun, saya cuma nasihatkan anak-anak perempuan berpendidikan dan mesti punya pendapatan sendiri supaya bila takdir...si suami sangat teruja untuk nikah 234..walaupun tak terdaya..para isteri tidak teraniya...sedih, tak makan, anak-anak nak makan, sekolah tak de duit... kita tak dapat halang takdir tapi kita boleh buat persiapan, apa sangatlah nak direbutkan pada sekujur tubuh lelaki tambahan dia sendiri pun tak mampu bawa dirinya ke syurga
 
 

Cinta saja tidak cukup

Posted by karmilaillang at Monday, April 04, 2016 0 comments

Pesanan buat yang belum kahwin..
kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Maruah

Posted by karmilaillang at Monday, April 04, 2016 0 comments
 
 
Kita seringkali risau jika harga barang semakin mahal.
Namun, jarang sekali kita risau bila harga diri semakin murah. Yang menaikkan harga diri ialah maruah diri.
 
Biar hidup susah tapi bermaruah daripada hidup senang tapi meminta minta..
 
 

Monday 14 March 2016

bagai Ibu Ketam mengajar anaknya berjalan lurus

Posted by karmilaillang at Monday, March 14, 2016 0 comments
Kalau guru pun mengeja dengan "cara alien" bagaimana pula dengan pelajar?
Skunk : sekarang
Sayunk : sayang
Yunk : yang
Giteuww : begitu
Takdew : Tiada
Ta : Tak


serius cikgu ?
CIKGU.
Kalau profession lain, mungkin segelintirnya kurang mementingkan perkara sebegini. Mungkin kerana profesion lain mempunyai focus yang berbeza.
Mungkin..
Tapi sebagai guru adalah amat tidak sesuai untuk mengamalkan ejaan sebegitu. Guru yang fokusnya adalah untuk mengajar agar memanusiakan manusia dan membitarakan anak bangsa. Guru yang diamanahkan untuk menyampaikan ilmu yang tepat dengan cara yang betul.
Kalau gunakan singkatan dalam mesej telefon, komen atau di media social, itu mungkin untuk menjimatkan ruang dan ayat. Contohnya, kepada : kpd, yang : yg dan sebagainya
Tapi kalau sengaja menukar ejaan kepada 'gaya alien' patukah dilakukan oleh seorang guru?
Jangan tunjukkan ajaran yang salah kepada pelajar kita.Bimbing sekiranya pelajar-pelajar kita terikut-ikut dengan gaya ejaan salah oleh guru mereka dan menaplikasikandalam pengajaran
Mengeja dengan 'gaya alien' tidak comel dan tidak moden pun. Lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh seorang. Serius..
Biasakan yang betul. Betulkan yang biasa .....Peace Yooo


Tq, bieb







 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts