Thursday 30 June 2016

Simple.. mcm A, B. C dan D

Posted by karmilaillang at Thursday, June 30, 2016
Heboh pula isu 'Larangan mencium/ mendekati bayi orang lain'. Terimbau kenangan dulu, semasa hendak memegang bayi seseorang, segera diambilnya bayi sebelum sempat kita dukung. Kita pegang kaki dan tangan bayi yang comel pun, si ibu jeling satu macam.
Walaupun belum ada anak, saya tahu:
a. Apabila kita tidak sihat, jangan gomol atau cium kanak-kanak khususnya bayi.
...
b. Kita tidak boleh bagi makan anak orang lain dengan sesuka hati kerana bimbang anak tersebut mempunyai alahan atau ibu bapa nya mungkin menjaga diet pemakanan anak dengan rapi.
c. Apabila kita berada dalam keadaan kurang bersih, elakkan memegang atau berada terlalu dekat dengan kanak-kanak khususnya bayi.
Tapi,


1. Janganlah sampai semua orang khususnya saudara mara terdekat (yang jarang berjumpa) tidak boleh langsung mendekati anak-anak kalian.
2. Janganlah sampai membuat orang lain berkecil hati dengan tindakan kalian. Fikirkan cara yang berhikmah. Jelingan, pandangan sinis, bebelan dan kemarahan adalah sangat tidak sesuai.
3. Sebagai orang dewasa, insyaAllah semua sedia maklum tentang 3 perkara (a, b, c) di atas. Dan semestinya sesiapa juga tidak sanggup melihat seorang kanak-kanak atau bayi itu sakit.
4. Beri peringatan dengan berhikmah. Cakap elok-elok, senyum, semua orang akan faham dan terima.
5. Jangan tuding jari menyalahkan orang lain sahaja apabila anak sakit. Kadang-kadang anak sakit sebab kecuaian ibu bapa sendiri, contohnya dari segi penjagaan kebersihan, dll. Jangan mudah-mudah salahkan orang lain yang pegang atau dekati anak tersebut sahaja.
6. Yakinlah dengan qada dan qadar. Usaha tetap usaha, tapi takdir Tuhan juga penentu segalanya.
7. Untuk orang yang belum dikurniakan rezeki anak, bersabar sahaja. Telan liur saja kalau rasa teringin mahu pegang bayi sesiapa. Kesihatan bayi itu yang utama.
8. Tidak mengapalah. Nanti saya cuba elakkan pegang anak sesiapa, kalau itulah kemahuan ibu bapanya.
Apapun, saya percaya setiap tindakan pasti ada sebabnya. Saya hormati keputusan/ kemahuan orang lain. Itu bayi mereka, hak mereka. Dan untuk semua orang, ingat 3 perkara asas di atas (a, b, c). Kalau kita dalam keadaan tidak sihat atau tidak bersih, memang patut elakkan mendekati anak-anak kecil khususnya bayi. Sendiri mahu ingat.

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts