Monday 13 February 2012

Kimoterapi

Posted by karmilaillang at Monday, February 13, 2012
Hari ni, rasa nak kongsi tentang kesihatan pulak, walaupun selalu dengar tentang "Kimoterapi " berkaitan dengan rawatan bagi pesakit kanser tapi kita mungkin tidak tahu maksud sebenarnya "Kimoterapi" dalam aspek  kesihatan.

KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser  yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi  untuk jenis2 kanser berlainan.”
“Kesan Sampingan Kimoterapi
  • Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain. 
  • Kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut 
  • Keguguran rambut samaada  sebahagian atau keseluruhan. 
  • Kebas pada tapak tangan atau kaki. 
  • Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.
  • Sering muntah adakalanya disertai darah. 
  • Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan. 
  • Perubahan kepada warna kulit 9.Mudah dujangkiti penyakit sama ada demam,batuk dsbnya.Kerana sistem imun telah binasa. 
  • Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya. 
  • Kelesuan atau tidak bermaya. 
  • Hilang selera makan.


6 comments:

sugar2 kapas strawberry on 13 February 2012 at 21:56 said...

kimo ni ada baik dan buruk..huhuhu.abg kita dulu smpai muntah2

Serunai on 14 February 2012 at 02:55 said...

Salam, pernah juga berpengalaman. Benar kimo bukan satu kenangan yang indah. Umpama racun membunuh racun.

Mrs. Amad on 14 February 2012 at 08:28 said...

penah botak sbb kimo..hny org yg melaluinya yg tahu betapa seksa kimo..

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:22 said...

betul jugak, pasti ada buruk dan baiknya, tpi usaha dan tawakal perlu

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:23 said...

huhuhuhu...pengalaman seumur hidup mungkin,semoga sihat2 saja ya cik serunai ^-^

karmilaillang on 14 February 2012 at 09:24 said...

betul.sebb orang yang lalui saja mampu bagi pendapat tentang kimo, org yang melihat tidak sama dengan orang yang lalui...semoga sihat2 hendaknya Mrs. Amad

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts