Monday 2 January 2012

Sekadar Renungan ^-^

Posted by karmilaillang at Monday, January 02, 2012
Kredittt : darisinikebintangbintang.blogspot.com

seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,


seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,

seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,

seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang,

Tahukah kau wahai Adam

Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu ,kerana ianya lumrah ujian

Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu padaNya ,tekadkanlah janji di hati .

"Telah Kupilih JalanMu . . dan aku sebenar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah dikecewakan"

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts