Thursday 26 January 2012

Kita macam ni juga kan?

Posted by karmilaillang at Thursday, January 26, 2012

"terlalu lama dan asyik memandang yang hitam sehingga lupakan yang putih"

Kita macam ni juga kan...

bila kita tengok orang buat perkara yang lain sikit,
mudah sahaja membenci
mudah sahaja bersangka buruk
mudah sahaja menghukum

sampai kita lupa kebaikan-kebaikan yang dilakukan selama ini,
kita mula sisihkan mereka
Astagfirullah

betul..
kita boleh membenci
tapi benci bukan pada orangnya
tapi benci pada maksiat yang dilakukan mereka,
dan dalam masa yang sama
jangan tinggalkan dia dengan maksiat sahaja,
banyakkan doa,
ajak dia bersama-sama kita
supaya hatinya terbuka untuk menerima cahaya

betul
susah untuk bersangka baik
tapi kena mujahadah
jangan latih diri untuk berterusan bersangka buruk
takut hati bertambah mati
takut riak merajai diri
kerana kita bukanlah nabi
kita ini
kuli...
pada ilahi

dan semuanya berbalik kepada hati
kerana hati yang akan memberi guideline kepada akal untuk berfikir
dan akal akan memberikan arahan kepada anggota badan untuk bertindak

"Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia), ada sektul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah? Hati...

(HR Bukhari dan Muslim)

12 comments:

Pen Biru on 26 January 2012 at 10:14 said...

jika hati bersih..maka yg lain akan turut bersih

Kakzakie Purvit on 26 January 2012 at 10:17 said...

Walau ada ketika hati cuba berbuat takbaik tapi bila tersedar cepat kembali mancari yg jernih/putih. Sentiasa muhasabah diri kerana syaitan sentiasa menggoda...

cheqna on 26 January 2012 at 10:34 said...

sentiasa muhasabah diri demi kebahagiaan diri
insyaallah=)

uncle gedek on 26 January 2012 at 11:41 said...

biar muka jeragat... hati mau bersih

Tea on 26 January 2012 at 12:57 said...

sesetengah manusia suka memandang kepada kekurangan yg lain...

Unknown on 26 January 2012 at 13:11 said...

bermula dgn niat..

Anyyss Shuhaimi on 26 January 2012 at 17:28 said...

correct! semua kena tengok hati. hati baik,baik la yang lain-lain. :)

Amir on 26 January 2012 at 18:36 said...

Husnuzon..

Hanif on 26 January 2012 at 18:58 said...

sentiasa memikirkan perbuatan adakah akan melukakan org lain ..adalah hati yang baik!!

Pondok Usang on 27 January 2012 at 02:36 said...

hanya mampu tersenyum

Adzrien Shoppe on 27 January 2012 at 11:25 said...

yg buruk tu mmg mudah diingat..

dya nasir on 13 February 2012 at 20:19 said...

selalu yang perkara yang org tak suka tu lah org akan ingt smpai bila2

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts