Monday 16 January 2012

Di sebalik gula-gula getah

Posted by karmilaillang at Monday, January 16, 2012
Assalamualaikum, dan selamat pagi isnin semua...

mesti semua pernah merasai zaman kanak-kanak dan pastinya pernah makan gula-gula, yang di panggil gula-gula getah. Tak kira usia, jantina, lokasi dan cuaca, pasti ramai yang suka gula-gula getah yang tersedia dalam pelbagai perisa mahupun warna atau bentuk rupanya. Sebenarnya ada perkara lebih penting disebalik gula-gula getah ni, antaranya...

  • Walaupun namanya gula-gula getah, penoreh getah tidak akan cuba-cuba menorehnya, dan pembuat tayar juga tidak akan menukar tayar keretanya yang pancit dengan gula-gula getah.
  • Satu-satunya gula-gula yang tidak boleh ditelan walaupun berhari-hari dikunyah sehingga berubah tekstur sekalipun dikunyah ia tetap akan berada didalam mulut
  • Sungguhpun ia bersifat melekat dan fleksibel jangan sesekali cuba mempelbagaikan ia dengan melekatkan setem diatas sampul surat yang mahu dikirimkan kepada pihak ptptn atau bertujuan menutup atap yang bocor
  • Tiada juga penanaman gula-gula getah secara komersial ini kerana gula-gula getah bukannya datang dari hasil pertanian, malah indeks saham juga tidak menyenaraikan harga seunit gula-gula getah
  • Gula-gula getah tidak akan goyah bila orang sibuk memborong gula yang telah disorokkan kerana gula-gula getah tidak boleh digunakan untuk menyedapkan lagi makanan dan minuman, dibuat ini kuih onde-onde puntak boleh
setelah bertahun lamanya, akhirnya minggu lepas aku jumpa benda alah ni semula......


       kreditt :   http://thejavanesedove.blogspot.com/                          

5 comments:

Pen Biru on 16 January 2012 at 12:37 said...

wah chewing gum 88..memang feveret la tu masa skolah rendah..lama tak makan doohh..

karmilaillang on 16 January 2012 at 12:44 said...

pen biru : mcm susah dah nak jumpa gula-gula geth ni....kurg dlm pasaran

Anonymous said...

rindu nak mkn gula-gula getah...:)

Jabar Ainal on 16 January 2012 at 15:04 said...

haha,., teringat waktu skola dulu...ade satu shinggam tu, pangil shinggam jepun...hehe black n white wane die....

miranadia on 16 January 2012 at 15:32 said...

sikit pon tak teringin nak makan gula-gula getah. hehe

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts