Friday 11 November 2011

Sendiri Menyepi

Posted by karmilaillang at Friday, November 11, 2011

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. 

Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. 

Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku. 

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. 

Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku. 

Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia. 

Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu lagi..Maafkan aku..=)

7 comments:

ShahzCudin on 11 November 2011 at 21:53 said...

dlm mksudnya nih..

Anonymous said...

kiut telo nangis tu, haha

!|__yuyun whothe__|! on 12 November 2011 at 00:43 said...

menarik....!!
yuyun suka.... (=

Unknown on 12 November 2011 at 11:11 said...

indahnye bahasa...

reka sendiri ke ni?

sungguh puitis ;)

karmilaillang on 13 November 2011 at 00:27 said...

hihihihi, tq2..

karmilaillang on 13 November 2011 at 00:27 said...

ya kak mamanoriz..tengh sedih, mcm tuelah jdnya

hazanis on 19 November 2011 at 02:14 said...

minx copy...^^

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts