Friday 14 October 2011

Resipi Kak Ona IV 0^0

Posted by karmilaillang at Friday, October 14, 2011
KEK LUMUT


Bahan-bahannya (Loyang 7x7)
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250g mentega (seelok2nya Golden Churn)
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya @ pandan Emulco (1sb paste Cap kopoe-kopoe)
4sb seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1sk esen vanila

Cara-caranya 

Sediakan pengukus, didikan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung
pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim (gunakan kelajuan maksima)
masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana)
Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis
Masukkan susu dan seri kaya dan pukul lagi
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli kan dengan Horlicks dan gaul hingga sebati
Masukkan pewarna hijau dan esen vanila, dan sebatikan
Tuang adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil
Kukus selama 2 jam 30 minit, (tambah air panas jika hampir kering)
Jika suka, blend gula halus seperti gula aising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dengan mentega
selesai...

makan untuk hidup...SELAMAT MENCUBA



Apr

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts