Monday, 17 August 2015

Kerana - Nya

Posted by karmilaillang at Monday, August 17, 2015 0 comments

MUTIARA KATA

Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani

seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembalikan tatkala kau lupa akan bait-baitnya

tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

tidak ada kawan lebih bagus daripada akal tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut

Friday, 14 August 2015

Bersama mereka, membawa kenangan yang kekal Abadi

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015 0 comments
Majlis Ifhtifal Ilmi Sekolah-sekolah Agama Malaysia Kali ke 2

Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah , Selangor Darul Ehsan





Team Wilayah Persekutuan , SMA MAIWP, SMISTA & SMA MAIWPL

Tahniah dan Jumpa Lagi 2016, di Pahang Darul Makmur 

Salam Akhir Lebaran 2015

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015 1 comments


Rezeki

Posted by karmilaillang at Friday, August 14, 2015 0 comments

Saluran rezeki ada macam-macam. Salah satu daripadanya: memaafkan kesalahan ketika kita mampu membalas dendam.

Rezeki datang tidak semestinya dalam rupa duit berguni-guni. Ia boleh muncul dengan pelbagai rupa yang lain.

Misalnya, dalam bentuk berkat. Kuantiti duit mungkin kekal sama, tapi kuasa beli meningkat. Dulu bergaji seribu, mau makan lauk ayam sekali sebulan pun perit. Sekarang mampu ke KFC tiga kali seminggu, walaupun jumlah gaji masih begitu.

Atau, dalam bentuk nikmat baru. Dulu nampak budu dan cencaluk pun boleh pening separuh mati. Sekarang sampai kemaruk melahap dua mangkuk sehari. Bermakna, nikmat dunia yang diberi oleh-Nya sudah bertambah satu lagi. Itu juga merupakan rezeki.

Dalam rupa lain yang tiada kena mengena dengan aspek materi dan ekonomi, rezeki boleh datang dalam bentuk damai di hati dan katarsis jiwa. Atau barangkali Tuhan memberi rezeki dengan cara menyembunyikan aib kita; atau menjauhkan bala dan musibah.

Mari kita semua belajar ringankan hati untuk memberi maaf; dan mensyukuri setiap rezeki yang didatangkan. Barangkali inilah kunci untuk mencari bahagia yang semakin jauh daripada kehidupan manusia.

Friday, 13 February 2015

Perginya Sang Murabbi...

Posted by karmilaillang at Friday, February 13, 2015 0 comments


dedikasi
kematian adalah bingkisan
yang sudah lama tertulis
sebelum kehidupan bermula

bila sampai waktu
kematian bukan lagi janji
yang boleh dimungkiri
atau undangan sahabat
yang dapat ditangguhkan
pengakhir husnul khotimah
itu rindu yang memanggil
meski pun barangkali
ada seribu cinta di hati
terpaksa robek kerananya

(Rem)


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Tuhan.
Innalillah wa inna ilayhi raji’un.
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.
Al-Fatihah.

Thursday, 29 January 2015

Bukan kerana memilih tetapi perlu berfikir...

Posted by karmilaillang at Thursday, January 29, 2015 0 comments


Menikah adalah bab mengambil keputusan. Mengambil keputusan setelah engkau melakukan proses pencarian.
Tidak ada manusia sempurna. Memang tiada. Akan selalu ada kekurangannya. Jika engkau melihat satu gadis cantik, di tempat lain juga ada gadis yang cantik malah mungkin lebih cantik. Jika engkau tertarik dengan seorang pemuda tampan, di tempat lain juga ada pemuda yang tampan malah mungkinlebih tampan.
Engkau sebenarnya hanya memerlukan seseorang yang akan menemanimu, mengerti dirimu, dapat menerima keadaanmu, mahu menjadi sahabatmu dalam suka dan duka, melewati hidup bersama dalam segala keadaannya.
Engkau tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk menjadi suami atau isterimu, kerana memang tidak ada lelaki sempurna, tidak ada juga perempuan sempurna.
Siapapun yang engkau pilih untuk menjadi pendamping hidupmu, dia pasti memiliki kekurangan. Sebagaimana dirimu juga memiliki kekurangan.
Maka jangan pernah berharap kesempurnaan dari manusia. Sebab kesempurnaan hanya milik Allah.
Engkau hanya perlu memutuskan untuk memilih seseorang yang mencintaimu kerana Allah. Menemanimu kerana Allah. Dan membahagiakanmu kerana Allah.
Semoga aku dan engkau mendapat pasangan yang soleh/solehah. Lalu terbentuknya keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Serta kelak dimasukkan ke dalam syurga yang terindah.
Aamiin...

kredit Zonkuliah

Tuesday, 12 August 2014

Salam Aidilfitri

Posted by karmilaillang at Tuesday, August 12, 2014 0 comments

dari kami .......beradik-beradik 


Jangan lupa puasa 6 ya kawan-kawan

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts