Thursday, 3 November 2011

Mari kita Amalkan ^-^

Posted by karmilaillang at Thursday, November 03, 2011 1 comments
\

Kelebihan Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

Wednesday, 2 November 2011

Kemalangan Kereta Api & Lori tangki Di Sabah

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 02, 2011 2 comments


Kemalangan berlaku sekitar jam 5.30 petang, 31 Oktober 2011 berhampiran International Airport (KKIA) yang melibatkan kereta api penumpang dan sebuah lori tangki minyak. Letupan kuat terjadi sehingga gegarannya dirasai di seluruh kawasan KKIA.

Dalam kemalangan itu, sekurang-kurangnya lapan orang cedera akibat letupan kuat yang disebabkan sebuah kereta api yang dinaiki kira-kira 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki membawa 27,000 liter petrol di lintasan kereta api haram berhampiran KM5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas dekat sini pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata penumpang lain dalam kereta api itu yang dapat menyelamatkan diri dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan.

Beliau juga dilaporkan berkata lori tangki itu sedang menyeberang landasan kereta api untuk menghantar petrol ke sebuah stesen minyak, tetapi terlambat untuk menyeberanginya, mengakibatkan kereta api itu merempuhnya.

Api agak terkawal kerana hujan turun di kawasan kejadian. Kemalangan ini, dikatakan kejadian pertama dan terburuk pernah berlaku di Sabah


Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mengesan lebih 70 lintasan haram dibina penduduk di sepanjang landasan kereta api bermula dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru hingga ke Beaufort.

Salah satu lintasan haram itu termasuk yang digunakan lori tangki minyak untuk ke stesen minyak berhampiran, sebelum dirempuh kereta api dinaiki lebih 200 penumpang di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, petang kelmarin.

Pengurus Besar JKNS, Mohd Zain Mohd Said berkata, lintasan itu dipercayai dibina pemaju perumahan dan penduduk kampung yang enggan menggunakan laluan alternatif disediakan dengan memberi pelbagai alasan.



“Lintasan dibina mereka sangat berbahaya kerana ketiadaan pondok pengawal bagi menghalang kenderaan melintasi landasan setiap kali kereta api melalui kawasan itu, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh kereta api.

“JKNS tidak mampu meletakkan kakitangan bagi menghalang pemandu kenderaan atau pejalan kaki melintasi semua lintasan haram kerana lintasan itu seolah-olah sudah sebati sebagai laluan utama penduduk taman perumahan dan kampung,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tempt kejadian, semalam.

“Mereka melintas atas risiko sendiri dan JKNS tidak bertanggungjawab jika mereka dirempuh kereta api.

“Hanya lintasan sah saja mempunyai palang dan dikawal kakitangan bertugas,” katanya.

Mohd Zain berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup semua laluan haram bagi mengelak kejadian sama berulang.

Tuesday, 1 November 2011

7 minuman sihat penganti air putih

Posted by karmilaillang at Tuesday, November 01, 2011 5 comments
Air putih merupakan kunci utama hidup sihat. Minum enam gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita terkena penyakit, serta mengurangkan kedutan. Air putih bahkan dapat meningkatkan metabolisme. Namun apabila bosan dengan air putih, Anda juga boleh mencuba minuman lain.


ORANGE JUICE  (Jus Jeruk Murni)
Melindungi dari penyakit jantung. Antioksidan dalam jus jeruk membantu melindungi jantung kita, dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah. Pertimbangkan ini, Orang yang makan makanan cepat larut dengan segelas jus jeruk punya lebih sedikit zat radikal bebas perusak arteri dalam darah dibandingkan dengan mereka yang memakan burger dan kentang goreng dengan air putih, satu hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition. Bukankah itu sebab yang baik untuk memilih jus? Tapi perhatikan pula tingkat kandungan gulanya-satu gelas berisi 21 gram dan 122 kalori.
  
Chamomile Tea  (Teh Kamomil)


Boleh membuat kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan merasa perasaan cemas di dalam dirinya berkurang, hasil kajian dari University of Pennsylvania di Philadelphia. Mudah untuk masuk pada mood mellow pada malam hari dengan segelas teh chamomile.


Cranberry Juice  (Jus Cranberi)


Dapat mencegah penyakit gusi dan infeksi saluran kencing. Kandungan semula jadi dalam jus dapat mencegah penyakit gusi dengan mencegah bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga menyediakan 39 peratus dari keperluan harian untuk vitamin C per 8 ons, meningkatkan kadar kolesterol yang baik dan menjaga saluran perkumuhan dengan  baik. Satu tegukan berry memang baik.


Chocolate Milk  (Susu Cokelat)

Segelas susu skim coklat memberikan kandungan besar karbohidrat dan protein, membantu kita sihat setelah senaman. Atlet yang mengambil semasa latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari berlatih secara berterusan berbanding mereka yang meminum air putih atau minuman kesihatan  lainnya, sesuai dengan dengan penemuan kajian daripada  American College of Sports Medicine di Seattle. Ini bermaksud lebih sedikit rasa sakit dan kepenatan, sehingga kita dapat kembali ke gym dan mula berlatih lagi. Cukup 2 sudu coklat  dan air yang memiliki kurang dari 20 g gula ke dalam susu yang kita minum.


Green Tea  (Teh Hijau)

Dapat menjaga berat badan stabil. Tikus yang dijadikan kajian untuk meminum teh hijau sebanyak 22 peratus mempunyai kemungkinan kenaikan berat badan adalah rendah daripada mereka yang hanya  meminum teh biasa, menurut penelitian di Jurnal Internasional Obesitas. Polyphenol dalam minuman ini membuat metabolisme di dalam diri kita dan  lebih mudah membakar lemak dalam tubuh. Tambah lagi, Antioksidan dalam teh hijau dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung. 

Tomato Juice (Jus Tomat)
Dapat menurunkan risiko kanser dalam badan kita. Kandungan sarat vitamin dalam buah dan lycopene, melindungi dari kanser. Cubalah dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri koktail setiap kali waktu pagi
  
Black Tea (Teh Hitam)
Dapat membantu menghindarkan  kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, antioksidan membawa zat antikanser. Penelitian menunjukkan bahawa meminum secangkir teh atau lebih sehari dapat menurunkan risiko timbulnya sel karsinoma skuamosa di dalam tubuh, sel yang terdapat di kanser kulit, sebanyak 30 peratus samada panas atau sejuk, teh hitam adalah tambahan yg lazat untuk cara merawat kulit kita dan cara yang baik untuk bangun  pagi berkat kandungan kafein di dalamnya 



My dream of having a Juniar Masterchef later

Posted by karmilaillang at Tuesday, November 01, 2011 0 comments
If I would have children one day, I want to develop their potential in cooking. I want them to feel the pleasure that I'd missed out. Decorating cake is one field that will bring happiness to me but I don't have such opportunity or maybe because I didn't find it wisely as well.  Sokayyyyh. It is not too late.

I enjoy cooking programmes because cooking is related to food as food is something that make me happy. I don't like food, I love food (Ratatouille).

There's one programme that make feel like crying because I'm so touched to see the passions that some children have by cooking. Oh, it drives me crazeeyyyh. I feel like I'm with them, watching they cook with a high hope. It is illustrated through their satisfactory after completing the assigned dishes.

Junior Masterchef Australia Series 1



The winner for this programme is Isabella. :-)


Wowowowowow. They are very talented. For me, all of them are the winner. It is true. They are able to cook, and most importantly, the dishes look superb. 













Mengapa biskut yang dijual berlubang

Posted by karmilaillang at Tuesday, November 01, 2011 4 comments


Secara jujurnya tak pernah membayangkan atau terpikir kenapa biskut-biskut yang di beli berlubang-lubang. Pada jangkaan, mungkin kerana style, rekabentuk mesin atau trademark. Tapi, biskut berjenama apapun mesti berlubangkan? Oreo ke, biskut banjir ke? Hup Seng ke.. Ping Pong ke.. mesti berlubang.

Pencarian hari ini menunjukkan bahawa biskut-biskut ini dibuat berlubang bukanlah kerana suka-suka. Namun ianya adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Kalau diikutkan, biskut ini akan mengeluarkan wap/haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan membuatkan biskut kelihatan buruk. Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.

Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalau banyak wap yang keluar. Kalau terlalu jauh, gelembung yang hodoh akan muncul.


Asal usul kewujudan laman sosial...

Posted by karmilaillang at Tuesday, November 01, 2011 0 comments

Kewujudan Laman Sosial di dunia Internet menjadi satu impak yang sangat besar kepada kita. Bermula dari tahun 2002, wujudnya zaman Friendster, yang kini lebih kepada game online masa saya log in ke dalam Friendster tadi. Masa zaman Friendster dulu, masing-masing sibuk memperagakan Friendster yang telah dihias dengan background yang bling-bling gitu. Saya pun tidak ketinggalan dulu, boleh dikatakan hari-hari tukar backgrounf Friendster. Hehehe…

Pada tahun 2002 pula, tercetusnya idea oleh pengasas mySpace yang platform’nya lebih kurang dengan Friendster. Pada masa yang sama, masing-masing memperhebatkan platform kedua-dua Social Network ini. Pada masa yang sama, Tagged pulak muncul untuk menyelit di dalam dunia Social Network yang kian hangat pada masa itu.

Tapi, pada tahun 2004, kesemuanya musnah dan popularitinya jatuh merundum apabila Raja Laman Sosial iaitu Facebook muncul umpama gergasi yang memakan mangsanya. Selepas kewujudan Facebook, laman sosial yang lain ‘umpama hidup segan mati tak mahu’. Di mana sahaja kita surfing di internet, mesti kita akan nampak perkataan Facebook yang seolah-olah memonopoli dunia Internet dan ternyata Facebook berjaya menjadi Raja Laman Sosial sehingga hari ini. Walaupun beribu-ribu laman sosial yang seperti cendawan tumbuh, tapi Facebook tetap menjadi pilihan utama pengguna laman sosial.

Selang 2 tahun kemudian, Twitter pula bersaing di dunia internet. Twitterr pula mengetengahkan konsep yang lain dan tidak terlalu kepada laman sosial. Twitter berjaya menambat hati pengguna internet sehingga sekarang.

Pada tahun ini, Google pula maju lagi setapak apabila mewujudkan Google Plus untuk semua pengguna internet.



Kredit : -APiz-

Rahsia bantal dan Tuannya...

Posted by karmilaillang at Tuesday, November 01, 2011 2 comments

Mari kita ketahui rahsia bantal dan tuannya ^-^

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa 
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. 
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. 

Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.

Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul...pergi kedai belilah satu!!! Nak pinjam aku nye pun boleh gak..hehe...






Kreditt : wujud @ Facebook
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts