Friday 18 July 2014

Kerana Mulut Badan Binasa

Posted by karmilaillang at Friday, July 18, 2014
Isu Kiki. 

Ketika memandu kita jarang sekali dapat mengawal emosi dengan baik. Berapa ramai yang boleh mengawal mulut dan hati dari mencarut serta mengeji tatkala memandu? 

Si Polan memandu tanpa signal, kena maki. Si Polan memandu perlahan, kena keji. Si Polan memandu kereta tua asap hitam pekat, kena perli. Walaupun mungkin kita cuma sibuk jeling dan maki dalam kereta sendiri. Emosi tetap emosi.

Pemandu dan emosi; berpisah tiada.

Begitu juga dalam isu Kiki. Mungkin dia terlalu penat, tertekan atau baru sahaja diuji dengan ujian yang lain hingga gagal mengawal emosi tatkala ujian bertimpa lagi.

Benar video tersebut amat memalukan dan menjengkelkan. Siapa sahaja yang menontonnya akan terkedu dan terpaku melihat adab yang biadab.

Tetapi jalan terbaik buat semua adalah saling muhasabah, itu pengajaran buat kita agar tidak melakukan kesalahan yang seumpama. Bukan bahan untuk dikeji selama-lama.

Mereka pun sudah saling bermaafan. Kedua-duanya akur dengan khilaf sendiri. Saya percaya Kiki sudah mendapat bahana aib yang dahsyat akibat tingkah yang biadab. Janganlah kita pula menternak dosa atas dosa orang lain.

Siapa kita mahu menghukum? Kita juga manusia pendosa. Cuma mungkin aib masih terjaga, tidak terbuka hijabnya.

Berhentilah mengeji. Kiki sudah dapat pengajaran sendiri. Jangan dipijak harga dirinya, dia juga manusia biasa, tidak sunyi dari dosa.

"Sesiapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).


bieb-

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts