Tuesday 9 July 2013

Bila cerita tentang bola...... - kata Dia

Posted by karmilaillang at Tuesday, July 09, 2013
 
Saya suka makan budu. Sedap. Sesekali rindu juga bersarapan dengan nasi bungkus di Kelantan. Cuci mata di Pasar Khadijah atau Wakaf Che Yeh. Rantau Panjang pun seronok. Yang nyata, Kelantan tidak perlu bangunan tinggi untuk mempamerkan keindahan negeri.

Berkunjung ke Johor juga mengujakan. Menghabiskan masa di Danga Bay adalah antara perkara yang tidak akan saya siakan. Menghayati keindahan laut dan teluk. Damai.

Rakan-rakan dari Kelantan dan Johor juga baik-baik belaka. Manis, cantik dan kacak.

Sekalipun saya berasal dari Sabah, tetapi saya tidak rasa terasing di bumi Malaya. Saya tidak melihat perbezaan yang nyata. Selok belok hampir sama. Lekuk jalan hampir serupa. Raut wajah semua pun manis juga.

Peliknya segelintir kita berseteru kerana negeri. Semangat assabiyah yang disatu atas prinsip kenegerian. Mengutuk dengan sindiran. Bersatu dengan kebencian.

Darah sama merah sekalipun mungkin rambut sudah berbeza tona. Jasad sama hamba sekalipun mungkin berbeza harta.

Malaysia tanah kita. Negeri cuma beza nama. Intinya masih sama. Kita, rakyat Malaysia.

*Final bola sepak Piala FA; jangan gaduh. Sokong pilihan hati. Jangan maki keji. 


saya selalu terlewat :)

0 comments:

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts