Sunday 4 December 2011

Bebelan Mak

Posted by karmilaillang at Sunday, December 04, 2011

Setiap orang pastinya punya emak kan? Emak kamu suka bebel dekat kamu tak? Emak kamu cakap apa? sharela dengan aku, apa pesan-pesan yang sering emak kalian titipkan. Kita kongsi sama-sama. Kerana tiada insan yang lebih mulia dan yang lebih perlu kita cintai melainkan emak kita sendiri. Dengan kedudukan 3 tingkat lebih tinggi dari seorang ayah dan juga punya cop syurga di telapak kakinya. meh sini kita kongsi dekat blog anugerahcinta.

satu yang kita harus faham. bebelan dan omelan seorang yang bernama emak hanyalah pantulan dari hatinya yang sarat dengan gusar dan cinta kepada kita yang bergelar anak. Mereka bukan membenci, bukan juga mengongkong malah tidak bermaksud ingin membantah. Mereka hanya menyuarakan gusar, mengzahirkan cinta, kerana mereka menyampaikan atas desakan cinta dari dada yang tidak berbelah bahagi buat kita semua...


dan, aku juga suka membebel walaupun aku bukan lagi seorang ibu malah bukan seorang isteri....Lumrah kot. ^-^

dan bebelan yang aku tak akan lupa dari mak aku
- jangan suka mandi lambat, nanti belum tua da sakit tulang
- jangan selalu jalan, kalau tak da urusan, ni bebelan bapak aku..
- jaga diri baik-baik, solat jangan tinggal
- mak dengan bapak tak da harta, kami cuma mampu sekolahkan kamu
- kalau kita pakai tudung kecil berubah pakai tudung besar, semua orang kata baik tapi kalau da tudung  besar berubah pakai tudung kecik mesti orang akan pandang kita lain, jadi mil jangan pernah nak berubah.
- jangan risau kalau tak da jodoh mil, mari kita p umrah betiga sama bapak, manatau jodoh dekat sana hihihihi, mak ku ni..
- klu mak dengan bapak tak ada, mila jangan lupa doakan kami, adik-adik jangan abai.
- mak bukan nak membebel tapi mak sayang kamu..

merekalah amanah dan anugerah cinta saya.









3 comments:

karmilaillang on 5 December 2011 at 16:17 said...

tak da...nak konngsi pesanan ke ^-^

Mazni on 6 December 2011 at 12:25 said...

Mak sy hari-hari beleter jgn buka komputer.. die suruh sy bljr rjin2.. hari2 mcm tu huhu :)

nasha sanza on 7 December 2011 at 17:51 said...

bestnya..ada adik beradik ;perempuan..kita tak de pun,semua lelaki...

Post a Comment

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts