Friday, 15 September 2017

happy Aniversary #1

Posted by karmilaillang at Friday, September 15, 2017 0 comments
Kahwin ni dik macam ni..
Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga 
Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬
Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢
Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan 😢
Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖
Ada ketika ipar duai mulut macam celaka 😕
Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅
Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱
Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺
Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan 🤔
Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰
Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸
Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜
Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka 
Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.
Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi 💑
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.
Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.
Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.
copy#


Saturday, 1 October 2016

Dalam Perkahwinan cuma ada Kita

Posted by karmilaillang at Saturday, October 01, 2016 0 comments
10 Julai 2016
Selamat Hari Malaysia =)
Puan Yooooo
16 September 2016
-Doakan yang terbaik buat Kami-

On my wedding reception, Ayah gave a lengthy speech on marriage's do's and don'ts.. Those who attended would remember how long his speech was.. Ada dua pesanan yang sangat terkesan dihati, satu ialah, "its the second word that starts the quarrel" dan, "dalam perkahwinan tak ada you you, i i, ada kita".

Maka setelah dipesan berkali kali di dalam reception ballroom tu dihadapan 500 tetamu, hiduplah kami berdua bersama berpegangkan pesanan ayah tadi.

We don't have a perfect marriage. We are just like any other couple. We fight, we argue on certain things, we this we that just like any other couple. However, setiap kali kita nak start arguement, one of us will quickly say sorry and then we will both forget it. Kita akan ingatkan each other that its the second word that starts the quarrel.

At the end of the day, we will always be on the same team, macam ayah pesan, dalam perkahwinan cuma ada "kita". Just take a deep breath, hug each other and say sorry. Lower your tone. Bila itu prinsip kita, kita menang pun tak untung, kalah pun tak rugi because kita kan satu team. I know some other couples yang macam tu juga and they lead a happy marriage life. Anak-anak pun membesar dengan baik. But i also know some other couple yang jadi rival each other, as in when they fight they build a fortress and they keep going, they fall out of "kita" and become defensive. Nobody ever died of swallowing pride yet masing-masing still refuse to say sorry. Last-last tu jadi nak tengok, siapa menang siapa kalah. You cannot be a team, when u start going i i , u u.

I guess, my parents thought me by example. Ayah and ibu are good teammates. They spend their time mostly together. Masak sama-sama, rest sama-sama, ayah buat bisnes pun nak ibu ikut, ibu is dependant on ayah, and ayah pun dependant on ibu. Pakai baju nak matching-matching. They never forget each other's birthday, they celebrate their anniversary. Ayah ibu tak berkira duit ringgit, susah senang sama-sama. They are very supportive of each other and after all this years, they are still smitten. They call each other 'Yang' and say I love u, they hug each other and kiss each other when bidding goodbye, they maintain good relationship dgn both family, ibu jaga arwah tok mcm mak sendiri and ayah 26 tahun jaga arwah opah mcm mak sendiri.

Bila i dah kahwin, i naturally imitate my growing up surrounding. I become the reflection of my parents. I become selfless, and lucky me my husband pun mcm tu because he imitates his growing up surrounding juga. I remember at one time masa nak bayar for something, my friend terkejut tengok i minta Saif wallet instead of duit. She said, dia nak minta duit husband dia pun tak dapat, i minta wallet pun boleh? When u r a team, it doesnt matter, my wallet is his, his is mine. My phone is his, his is mine. We keep no secret. Whatever is in the past, is in the past. We look forward and we both want the best for our 'team'. So we protect each other, we become each other's pillar of strength.
We accept each other's weaknesses and only talk about the good ones. Kita kan satu team.

Forget about siapa yang akan menang masa bergaduh, isteri menang ke, suami menang ke, dua dua rugi. Bcz dalam proses nak menang tu we will say hurtful things yang sometimes we dont mean. Kadang tu sampai naik tangan, pinggan terbang. Anak-anak melihat and instinctively when they grow up, they will feel its normal and then history will repeat itself. Ni nak raya ni, instead of happy2, ada je suami isteri gaduh because dua dua nak balik kampung masing-masing. Kadang tu sorang balik sini, sorang balik sana. Shouldnt be that way, bincanglah, jadi "kita" instead of "saya". Remember, ur partner is ur teammate.

Kurangkan bagi arahan. Lebihkan bagi cadangan.
A) yang, tahun lepas dah balik kampung u, tahun ni balik kampung i.
B) yang, apa kata tahun ni kita balik kampung i..sebab last year balik kampung u kan kan..
Ada beza tak?

Berlembut suaralah.

Yang isteri kena pandai pujuk-pujuk. Suami mesti cair punya. Kalau dulu sebelum kahwin boleh pujuk-pujuk boleh gedik-gedik, why change jadi singa lepas kahwin? Suami pun kenalah lembut hati sikit. Adil ialah meletakkan sesuatu pada haknya. Kalau tahun lepas balik kampung suami, tahun ni kampung isteri la pulak. Kita kan satu team? Dah sampai kampung pasangan jangan duduk je dalam bilik pulak, keluarlah untuk bermesra dengan keluarga mertua. Ambil hati mak pak mertua. Bukan bodek, ambil hati. Tak rugi jadi baik.

Perkahwinan ni bila direstui dan didoakan ramai orang especially ibu ayah, u can never believe how much it can prosper.

Rasulullah s.a.w was a romantic man. Sampai tidur depan pintu rumah sebab taknak kejutkan Aisyah r.a yg sedang tidur. But what not all of us know, at the same time, Aisyah r.a pun tertidur di balik pintu tu kerana takut tak terjaga apabila Rasulullah pulang. Kisah cinta agung.

The prophet was deeply in love with his wife, so was the wife. Apa kata kita tiru akhlak Rasulullah dan isterinya ni dalam rumah tangga kita? Semoga Allah berikan keberkatan, berikan rahmat dan kebahagiaan sampai Jannah.

InsyaAllah.


by :Puan Tun Fiqa Mohammad

Thursday, 30 June 2016

Simple.. mcm A, B. C dan D

Posted by karmilaillang at Thursday, June 30, 2016 0 comments
Heboh pula isu 'Larangan mencium/ mendekati bayi orang lain'. Terimbau kenangan dulu, semasa hendak memegang bayi seseorang, segera diambilnya bayi sebelum sempat kita dukung. Kita pegang kaki dan tangan bayi yang comel pun, si ibu jeling satu macam.
Walaupun belum ada anak, saya tahu:
a. Apabila kita tidak sihat, jangan gomol atau cium kanak-kanak khususnya bayi.
...
b. Kita tidak boleh bagi makan anak orang lain dengan sesuka hati kerana bimbang anak tersebut mempunyai alahan atau ibu bapa nya mungkin menjaga diet pemakanan anak dengan rapi.
c. Apabila kita berada dalam keadaan kurang bersih, elakkan memegang atau berada terlalu dekat dengan kanak-kanak khususnya bayi.
Tapi,


1. Janganlah sampai semua orang khususnya saudara mara terdekat (yang jarang berjumpa) tidak boleh langsung mendekati anak-anak kalian.
2. Janganlah sampai membuat orang lain berkecil hati dengan tindakan kalian. Fikirkan cara yang berhikmah. Jelingan, pandangan sinis, bebelan dan kemarahan adalah sangat tidak sesuai.
3. Sebagai orang dewasa, insyaAllah semua sedia maklum tentang 3 perkara (a, b, c) di atas. Dan semestinya sesiapa juga tidak sanggup melihat seorang kanak-kanak atau bayi itu sakit.
4. Beri peringatan dengan berhikmah. Cakap elok-elok, senyum, semua orang akan faham dan terima.
5. Jangan tuding jari menyalahkan orang lain sahaja apabila anak sakit. Kadang-kadang anak sakit sebab kecuaian ibu bapa sendiri, contohnya dari segi penjagaan kebersihan, dll. Jangan mudah-mudah salahkan orang lain yang pegang atau dekati anak tersebut sahaja.
6. Yakinlah dengan qada dan qadar. Usaha tetap usaha, tapi takdir Tuhan juga penentu segalanya.
7. Untuk orang yang belum dikurniakan rezeki anak, bersabar sahaja. Telan liur saja kalau rasa teringin mahu pegang bayi sesiapa. Kesihatan bayi itu yang utama.
8. Tidak mengapalah. Nanti saya cuba elakkan pegang anak sesiapa, kalau itulah kemahuan ibu bapanya.
Apapun, saya percaya setiap tindakan pasti ada sebabnya. Saya hormati keputusan/ kemahuan orang lain. Itu bayi mereka, hak mereka. Dan untuk semua orang, ingat 3 perkara asas di atas (a, b, c). Kalau kita dalam keadaan tidak sihat atau tidak bersih, memang patut elakkan mendekati anak-anak kecil khususnya bayi. Sendiri mahu ingat.

Sekadar Kita Tau

Posted by karmilaillang at Thursday, June 30, 2016 0 comments


1 - Kita lahir di tahun 50 - 60 - 70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

2 - Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.

3 - Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. sekaligus kita juga menimati mudahnya memuat turun lagu dari gadget.

4 -  Kitalah generasi semasa kanak-kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik burung, gasing, guli, adalah permianan yang tiap hari akrab dengan kita. sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.


5 - Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempuntai geng yang tanpa janji, tanpa telefon, sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya.... Kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kita pun tetap bias berketawa di Group Facebook dan Whatapps.

6 - Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana - mana. juga naik motor menikati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

7- Kiatalah generasi terakhir yang pernah menikmati jalan kaki berkilo meter tanpa perlu berfikir ada penculik yang membayangi kita.

8 - Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah saluran sana sini.

9 - Kitalah generasi terakhir yang pernah mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.

10 - Generasi yang bawa RM 0.10 - RM 0.50 ke sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin..

itulah kita....

saya generasi itu...

Thursday, 2 June 2016

Welcome... Semoga diPermudahkan on December

Posted by karmilaillang at Thursday, June 02, 2016 1 comments
Selamat menyambut Hari Kaamatan
Tarikh : 31 Mei 2016





Kent With Love

Posted by karmilaillang at Thursday, June 02, 2016 0 comments



Kuliah Terakhir Pendidikan Alam Sekitar (PAS)
bersama Puan Low

Kecemerlangan bukan untuk 
orang yang pandai..
Kecemerlangan hanya untuk 
orang yang berusaha....

Kuliah Terakhir bersama Cikgu Simon Guntalip



Wednesday, 11 May 2016

Sy Tag, Perkongsian yang baik...

Posted by karmilaillang at Wednesday, May 11, 2016 0 comments
Saya fikir saya perlu menulis tentang ini dan berkongsi pendapat saya. Terpulang mahu terima atau abaikan. Maaf andai mengguris sesiapa.
Niat cuma mahu sama-sama bermuhasabah.

Belakangan ini kerap saya terbaca tulisan atau komen pada media sosial yang mengkritik atau mengaibkan suami secara terbuka sama ada yang dilakukan secara sedar atau tidak sedar.
"Haaaa. Abg baca ni - Suami tidak boleh guna duit isteri. Dosa! Abang tak boleh guna duit sayang lagi tau."
"Untunglah kau, ada suami kaya. Boleh beli macam-macam. Aku ni, hari raya pun baju baru sepasang je."
"Memanglah aku ada suami. Tapi makan pakai cukup-cukup je."
Apabila orang membaca tulisan dan komentar sebegini, pasti secara automatik orang akan tahu secara tersiratnya suami anda tidak mampu memenuhi kepuasan material anda, suami anda mempunyai masalah ekonomi, suami anda bergaji kecil, dan seumpamanya.

"Rahsia lelaki hebat di ranjang!" Tag suami.
"Suami perlu penuhi nafkah batin isteri." Tag suami.
"Petua memuaskan isteri." Tag suami.
Secara tidak langsung, orang akan dapat meneka suami pasangan itu bermasalah dari segi tertentu, batin misalnya.

"Saya harap suami saya akan jadi seperti suami orang lain. Rajin solat dan menjadi imam saya."
"Suami aku tak macam suami orang lain. Hampeh!"
"Kalaulah dulu aku kahwin dengan boyfriend lama aku, tentu aku dah hidup senang sekarang."
Nampak tidak mesej tersiratnya? Suami malas solat? Suami tidak membahagiakan kalian? Sebagai orang yang membaca, ramai yang dapat meneka. Malunya suami. Dosanya isteri. Nauzubillah.

Jika benarlah suami mempunyai kelemahan, jangan dihebahkan kepada dunia. Tutup aib mereka. Bantu suami menjadi lebih baik. Gunakan kelembutan seorang isteri untuk bercakap yang baik-baik kepada suami.

Begini.
Wanita memang fitrahnya gemar beremosi. Lepas laku dan lepas tutur kata. Pendek kata, acapkali emosi mendahului akal. Ya, wanita begitu. Sebagai wanita, saya mengakui itu.
Tetapi, ingat! Seemosi apapun kita, suami tetap perlu dijaga maruahnya. Selagi mana suami tidak membelakangkan agama, kita wajib mentaati suami.

Lupakah kita, wanita juga mempunyai seribu satu macam karenah? Wanita juga tidak sempurna. Kalaulah mulut dan tangan suami selaju mulut dan tangan wanita, pasti media sosial penuh dengan segala macam kritikan suami kepada isteri.

Isteri selalu marah-marah. Isteri selalu membebel. Isteri bau bawang. Isteri kuat berpeluh. Isteri kuat berdengkur. Isteri mengada-ngada. Isteri tak faham tugas suami. Mekap isteri macam tepung sekilo. Isteri dah gemuk. Isteri tak pandai berfesyen. Dan seumpamanya.

Macam-macam yang suami boleh tulis tentang isteri. Tapi jarang sekali suami menulis sebegitu. Kerana mereka menjaga aib dalam rumahtangga. Mereka menjaga maruah keluarga. Mereka tidak mendahulukan emosi dalam berumahtangga.

Tapi wanita? Muhasabah semula. Berapa banyak tulisan dan komentar kita yang menjurus kepada keaiban suami? Ingat, redha Tuhan terletak juga pada redha suami.

Jangan hebahkan masalah rumahtangga secara melulu tanpa berfikir terlebih dahulu. Apalah dosa suami tidak mampu membelikan pakaian jenama terkemuka atau beg tangan mewah? Apalah dosa suami bekerja mencari rezeki yang halal?

Janganlah suami diperli dan dijadikan bahan gosip sesama rakan. Asalkan mereka masih menjalankan tanggungjawab asas sebagai suami, bersyukurlah.

Masalah ekonomi suami. Masalah suami sibuk. Masalah suami tidak romantik. Seribu satu masalah lainnya. Jangan hebahkan pada dunia. Dunia cuma akan mendengar, dunia sekadar menyibuk mahu tahu masalah kalian, tetapi sebenarnya mereka tidak membantu atau menyelesaikan apa-apa.

Jangan kerap menyindir mengutuk suami di media sosial. Dosanya tidak tertanggung di akhirat kelak.

Apabila saya menulis sebegini, saya berharap niat saya tidak disalaherti.
Jangan pula menyuruh saya menutup akaun media sosial semata-mata kerana isu ini. (Yalah, kata mereka, "Suka hatilah nak tulis apapun, media sosial aku. Kau tak suka, boleh tutup akaun kau atau unfriend aku!")

Tidak boleh begitu.
Baca semula surah Al-Asr. Bukankah kita perlu berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran?

Alangkah indahnya wanita sebagai isteri berusaha menjaga maruah suami.
Cadangan saya, jika suami bermasalah ekonomi, terlalu sibuk, jarang membawa isteri membeli-belah, dan sebagainya, luahkanlah secara bersemuka. Jika ada tips atau kisah pengajaran rumahtangga lain, hantarkan mesej tersebut kepada suami secara personal agar mereka membacanya bersama. Itu lebih berkesan. Jika malu meluahkan perasaan atau masalah kepada suami, hantarkan mesej melalui telefon atau peti mesej media sosial suami.

Ingat. Dalam dunia tanpa sempadan ini, setiap tulisan dan komentar kita boleh diinterpretasi oleh orang lain dalam pelbagai sudut dan cara. Sesiapa sahaja boleh meneka apa-apa. Sesiapa sahaja boleh berspekulasi apa-apa.

Jangan malukan suami. Jaga maruah mereka. Syurga isteri ada pada suami.
Lautan mana yang tidak bergelora? Dunia bukan syurga. Masalah ada di mana-mana. Terimalah kelemahan pasangan kita. Jangan aibkan suami. Sama-samalah berusaha mengejar syurga.

"Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya." -Hadis riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah.

 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts