Thursday, 20 October 2011

Power of Giving

Posted by karmilaillang at Thursday, October 20, 2011 0 comments

  1. Berikan Al-quran kepada seseorang, dan setiap apa yang dibaca kita juga akan mendapat pahala
  2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital, dan setiap orang yang menggunakannya kita juga akan mendapat pahala
  3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang
  4. Membantu mendidik seorang anak
  5. Ajarkan seseorang sebuah doa, Pada setiap bacaan doa itu kita juga akan mendapat pahala
  6. Berkongsi CD Al-Quran dan doa
  7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid
  8. Tempatkan pendingin hawa di tempat umum
  9. Tanam sebuah pokok, setiap orang atau binatang yang berlindung di bawahnya dan memakan buah pokok tersebut, kita juga akan mendapat pahala
  10. Kongsikan kepandaian anda berkaitan matapelajaran dengan rakan-rakan, selagi rakan kita memahami dan mengajarkannya, kita juga akan menerima ganjaran pahala..

Wednesday, 19 October 2011

Kisah paku di Dinding

Posted by karmilaillang at Wednesday, October 19, 2011 1 comments



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Kisah Tudung

Posted by karmilaillang at Wednesday, October 19, 2011 0 comments
Dulu-dulu, masa sekolah kita memakai tudung dengan sempurna, kita diajar di sekolah, selain ibubapa yang mencorakka kita pendidikan agama yang cukup. Namun hakikatnya perkara ini tidak bertahan lama akibat peredaran zaman dan perkembangan fesyen yang melibatkan pemakaian tudung sehinggalah kita sanggup mendedahkan aurat kita...kerana takut dikatakan ketinggalan zaman. Jangan kerana takut di katakan ketinggalan zaman, kita sanggup menolak hukum Allah...

Abu Darda r.a berkata : "Kesempurnaa taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah(arahan dan laranganNya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram".

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini bersumberkan sebuah hadis Nabi, yang ertinya: "Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal yang kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah," 
(Riwayat Ahmad dan Al Bukhari dalam At-tarikh)






Tapi sebaliknya kita perlulah ......



Bagi "mereka yang faham dan ingin memahami sahaja...tutplah,  jangan beralasan ia kan arahan Allah..

Rasullullah S.A.W pernah di tanya oleh seorang sahabat, : "Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak,? Jawab Nabi S.A.W: "Jangan menipu Allah", Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana menipu Allah?, jawab baginda "iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana
Allah....



Kreditt : waheeda

Tuesday, 18 October 2011

I will be waiting for you

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 18, 2011 0 comments





Adik…,
tersangatlah rugi apabila seseorang itu terpilih untuk diberi hidayah oleh Allah,
and then she/he just walk away like nothing happened



“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (9:39)

Allah dah bagitau kita awal-awal dik,
kalau kita jual mahal and tak nak membela agama Dia,
Dia bukan sahaja akan mengazab kita dengan azab yang tak ter’imagine’ sakitnya,
malah dia akan gantikan kita dengan orang lain.

Dan Dia sedikit pun tidak rugi dengan ‘pelarian’ kita.
Sebaliknya, kita yang rugi….

Dan di akhir ayat itu Allah ingatkan kita yang dia Maha Kuasa terhadap tiap-tiap sesuatu.
Dia Maha Kuasa terhadap diri adik, terhadap kecintaan adik, dan segala apa yang ada pada adik…

Tiada apa yang ada pada diri kita ni kan dik,
kalau Allah sudah tidak suka kita….

Adik…,
bila hidayah datang menyapa,..
ia perlu dijaga, dibaja dan disiram agar menjadi akar kuat yang boleh menyokong ‘pembesaran’ kita..
jangan buat endah tak endah..
jangan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,..
takut-takut Allah dah tak pilih kita untuk kali kedua…
takut-takut kita mencabar kemurkaan Allah…

Adik………..,
nak mandi ke tak nak ni?..
apa pun akak ada jak dekat sini…
kalau adik nak akak terjun sekali and tarik adik pon akak tak kisah…

akak rela…

sebab akak sayang sangat dekat adik..
sayang yang tidak tahu sudah nak cakap macam mana… (T_T)

Adik,…..
tiada orang yang sempurna…
semua orang ada kisah silam kelam masing-masing…

tapi bukan itu yang Allah tengok…
Allah nak tengok sama ada kita berusaha untuk membersihkan sisa-sisa lumpur tu,..

atau kita terus selesa berendam dalam kedinginan dan ‘kewangian’ lumpur tu..

Adik,..
jom mandi?







source : Hikari

^-^

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 18, 2011 0 comments

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the apple of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for work so he asked the wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. The mother, preoccupied in the kitchen, totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle and, fascinated with its color, drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. She was terrified how to face her husband.

When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just four words.

What do you think were the four words?

The husband just said "I Love You Darling"

The husband's totally unexpected reaction is proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he have taken time to keep the bottle away, this will not have happened. No
point in attaching blame. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

Sometimes we spend time asking who is responsible or who to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. We miss out some warmth in human relationship in giving each other support. After all, shouldn't forgiving someone we love be the easiest thing in the world to do? Treasure what you have. Don't multiply pain, anguish and suffering by holding on to forgiveness.

If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.

Take off all your envies, jealousies, unwillingness to forgive, selfishness, and fears and you will find things are actually not as difficult 
as you think...





kreditt : facebook

Pelangi..

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 18, 2011 2 comments
Assalamualaikum semua.. entry untuk hari ini... Selepas makan, isteri Ajoi dan anak perempuannya bersama-sama membasuh pinggan di dapur, manakala Ajoi dan anak lelakinya sedang menonton TV di ruang tamu. Tiba-tiba, terdengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, kemudian senyap. Ajoi melihat anak lelakinya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan pinggan itu.” “Bagaimana ayah tahu?” tanya anaknya. “Kerana tidak dengar suara dia memarahi orang lain” jawab Ajoi.

Moral – Kita semua sudah biasa menggunakan standard yang berbeza melihat orang lain dan memandang diri sendiri. Sehingga kita selalu menuntut orang lain membuat sesuatu dengan serius, tetapi penuh toleransi jika terkena diri sendiri..













kreditt : Waheeda


Untuk mereka yang bergelar suami & Bakal suami..0^0

Posted by karmilaillang at Tuesday, October 18, 2011 0 comments

Boboi tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering merungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Peah isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam.....Boboi berdoa, "Ya Allah. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja. Tolonglah Ya Allah, tukarkanlah aku dan isteriku, biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengakabulkan permintaan Boboi. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selepas itu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan juga. Selepas menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah..

Selepas itu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu ke dalam peti ais. Kemudian kutip kain kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Selepas itu baru memasak untuk anak-anak yang akan balik dari sekolah nanti.

Selesai masak, jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengahari.Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Selepas itu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh, sudah...mestilah nak beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Sudah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tidak sedar, waktu zohor sudah tinggal berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. 

Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, selepas itu cuci pinggan mangkuk, lepas tue, mandikan anak yang masih kecil, lepas tue uruskan supaya anak-anak masuk tidur..dan macam-macam lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.. Badan pun dah longlai..bolehlah rasanya nak berehat sikit..

Oppps..belum sempat rehat rupanya, suami juga mahu layanan. Berdosa isteri kalau tidak melayani kemahuan suami. Tambahan pula malam ini malam jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan lansung tertidur...tidak apsti pukul berapa....

Setelah terjaga sebelum dinihari, boboi segera bangun dan berdoa semula "Ya Allah, barulah kini aku tahu... aku sudah tidak sanggup lagi menjadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tidak sepenat ini, Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai seorang suami semula. Taubat aku tidak sanggup sudah menjadi isteri. Salah sangka ku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Moral cerita :  Isteri perlu disayangi dan dilindungi ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai..




Kredittt : Facebook








 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts