berhenti persoalkan
'kenapa aku buat baik tapi orang anggap aku jahat?'
'kenapa orang suka sakitkan hati aku?'
'kenapa tak ada orang yang faham hati aku?'
... 'kenapa lah orang masih buat dosa walau dah tahu hukum?'
tetapi persoalkan
'kenapa aku masih tak boleh ikhlas dalam buat baik?'
'kenapa hati aku rapuh dengan kata-kata manusia?'
'kenapa aku masih tak boleh faham orang dengan baik?'
kenapa aku masih anggap diri aku lebih baik dari orang lain?'
berhenti persoalkan KENAPA pada ORANG LAIN
selalu persoalkan KENAPA pada DIRI SENDIRI
pasti diri kan jumpa jawapan yang dicari
dan bertambah akrab hubungan dengan Ilahi
InsyaAllah...
Wednesday, 9 November 2011
Monday, 7 November 2011
Tika gambar yang berbicara
kreditt : waheeda
kreditt : Dr.cinta
kreditt : waheeda
“Kamu tergesa-gesa, kamu bergegas mencari yang terbaik. Kamu lupa yang terpenting, iaitu memperbaiki diri sendiri.”
Sunday, 6 November 2011
Di kala hati berbisik
lorong ini panjang dan tak berpenghujung..gelap pekat tanpa sinar..aku masih setia meniti..walau tahu hujungnya hanya kelam yang suram..aidiladha ini..seakan aku yang terkorban
Ada masalah yang Allah kekalkan pada diri kita sebagai cara Allah mengingatkan kita agar sentiasa merintih dan ingat kepadaNya. Apabila kita menyedari hakikat itu...rasa sabar dan syukur akan datang silih berganti menghiasi hati kita ~Ust Pahrol Mohamad Juoi~
TANGGUNGJAWAB
Hidup tidak semudah ABC :)
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..
Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah.

ingat makna TANGGUNGJAWAB = tanggung didunia, jawab di akhirat...
^-^
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah” kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya..

Saturday, 5 November 2011
Fadhilat dan Kelebihan Berqurban
1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)
Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Thursday, 3 November 2011
Kebaikan sujud dalam Solat
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang
- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- Meringankan bahagian pelvis.
- Memberi dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
- Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
- Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
- Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
- Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)