Saturday, 22 October 2011

10 Chef Paling Kaya di Dunia

Posted by karmilaillang at Saturday, October 22, 2011 1 comments
Akhir-akhir ini, Rancangan masak-memasak yang di acarakan oleh chef-Chef terkenal menjadi begitu digemari dan kelebihan selebriti ini, merupakan sangat sukses dalam dunia mereka sehinggakan memberikan inspirasi kepada semua yang mengidam untuk memilih profession chef sebagai suatu kerjaya.!! 
Banyak chef2 terkenal yang menjadi selebriti karena mempunyai rancangan television mereka sendiri dan itu sedikit sebanyak menaikkan nama mereka sebaris dengan selebriti terkenal yang lain, Selain dari memiliki Rancangan televisyen, keenakan masakan yang dijamukan sendiri atas kerja keras dan usaha gigih mereka selama ini turut memainkan peranan dalam menaikkan nama mereka di dunia masakan.!!
Majalah Forbes telah mendaftar 10 Chef paling kaya di dunia:
1.Rachel Ray

Di urutan pertama muncul nama Rachel Ray. Wanita yang memiliki 4 program masak-memasak di beberapa televisi ini memiliki penghasilan 18 juta dolar.
2.Wolfgang Puck

Di belakang nama Rachel Ray, ada seorang Chef lelaki bernama Wolfgang Puck dengan penghasilan 16 juta dolar pertahun.


3. Gordon Ramsay


Penghasilan 7,5 juta dolar per tahun. Chef asal Inggeris ini memiliki restoran sendiri yang berada di London, New York dan Dubai.
4. Nobuyuki Matsuhisa

Penghasilan 5 juta dolar per tahun. Chef dengan kepakaran membuat shushi ini memulai kariernya sebagai pemotong ikan di Tokyo, Peru, Argentina dan Alaska.  
5. Alain Ducasse

Chef yang berasal darPerancis ini adalah pemilik kerajaan resto, dengan 22 restoran yang membentang dari Tokyo hingga Paris. Berdasarkan catatan Majalah Forbes, Ducasse memiliki penghasilan 5 juta dollar per tahunnya.
6. Paula Deen

Ratu makanan dari daerah Selatan Amerika ini menangani 2 acara masak memasak dengan penuh keibuan. Penonton setianya terus bertambah hari demi hari, tidak hanya itu, buku resepinya, memoir dan juga majalahnya, semuanya tersenarai sebagai best seller.
7. Mario Batali

Lelaki ini pernah keluar dan berhenti dari sekolah kuliner. Namun Batali tidak menyerah begitu saja, ia kini dikenali sebagai master makanan Italia dan memiliki 13 retoran di New York, Los Angeles dan Las Vesgas. Penghasilannya setahun mencapai 3 juta dolar Amerika.
8. Tom Colicchio

Memiliki penghasilan 2 juta dolar per tahun. Dirinya belajar memasak secara manual dengan membaca buku. Kini Colicchio memiliki 3 restoran terkenal di New York, Los Angeles dan Dallas, ditambah lagi tiga steak houses. Dia juga menjadi juri dalam acara pertandingan memasak Bravo’s Top Chef.
9. Bobby Flay

Chef yang memiliki paras menawan ni digemari surirumah. Penghasilannya mencapai 1,5 juta dolar pertahun dengan menjadi host acara Trowdown!, Boy Meets Grill dan The Next foof Network Star, selain itu Flay juga pemilik jaringan restoran yang berada dari kepulauan Bahamas hingga Las Vegas.
10. Anthony Boudain

Pemilik acara No Reservation ini melonjak setelah beliau melakukan eksplorasi terhadap makanan ekstreme seperti punggung warthog panggang. Selain itu ni punca pendapatannya juga bertambah dari penghasilan   buku-buku karyanya seperti 2000 book, dan Kitchen Confidential yang menjadi best seller dalam waktu singkat.
Dari kisah-kisah para chef terkenal yang sukses di atas, kita bisa belajar bahwa kejayaan dapat dicapai dengan kecan intaatas apa yang dilakukannya. Selain itu, jangan cepat menyerah ketika menghadapi tentangan, buktinya mereka juga pernah jatuh dan bangun semula. Jika mereka boleh, Anda pun boleh..Caiyork..!!!

Kreditt : Selongkar10.blogspot.com






10 Negara dengan Populasi Islam teramai

Posted by karmilaillang at Saturday, October 22, 2011 0 comments
Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam didunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pew Research Centre’s Forum on Religion and Public Life. Hasil kaji selidik itu didapati lebih banyak umat Islam dari bukan arab dari kalangan orang arab. Dianggarkan 1 dalam 4 orang didunia ini ialah seorang Islam. Dan pada kali ini kami dedahkan kepada anda 10 negara dengan populasi muslim teramai didunia. Jom kita lihat negara berkenaan.


10. MOROCCO/MAGRIBI
Bangsa Arab yang datang telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam disana dan menjadikan Morocco moden pada abad ke-7 Masihi. Sejak itu hingga ke hari ini ramai bangsa Barbar yang mula memeluk agama Islam. Kini dianggarkan lebih kurang 28,780,000 orang adalah muslim.  



9. ALGERIA
Bani Umayyah yang pertama kali bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke Aljazair ataupu Algeria setelah penaklukan dari Uqba bin Nafi setelah banyak proses penaklukan dan penukaran yang dibentang pada awal 670-711 Masihi. Namun seperti di Timur Tengah, mereka berusaha untuk menggabungkan Islam dengan penentangan mereka terhadap peraturan luar negeri. Sehingga kini di Algeria dianggarkan hampir 30,530,000 orang adalah muslim.


8. NIGERIA
Penyebaran Islam di Nigeria melalui tiga peringkat iaitu Peringkat Trans Sahara Afrika Selatan, Peringkat Atlantik dan Peringkat Kemerdekaan. Hampir 50% dari seluruh penduduk Nigeria menganut agama Islam iaitu lebih kurang 53 ribu orang adalah muslim.


7. MESIR
Pada 628 Masihi, Islam mula merebak ke Mesir dan pada 639 Masihi ketika Islam dibawah pimpinan Saidina Umar Al-Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir. Gabenor Mukaukis pada ketika itu menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan Islam. Dianggarkan hampir 58,630,000 orang adalah muslim.


6. IRAN 
Sebelum kedatangan ajaran Islam, Iran dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Parsi, Sassania da Akhemenid meliputi negara-negara jiran tetangganya yang kebetulan mempunyai persamaan dari segi bahasa dan kebudayaan. Namun sehingga kini di anggarkan lebih kurang 63,430,000 orang penduduknya adalah muslim.


5. TURKEY 
Wilayah yang terdiri daripada Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya dengan latar belakang zaman permulaan Seljuk dan Empayar uthmaniyyah dengan penduduk awal di Turki berdasarkan budaya dan sejarah adalah Islam. 65,510,000 orang di Turki adalah muslim.



4. BANGLADESH 
Islam mula datang ke setelah penaklukan daerah wali Parsi oleh wali Islam yang terkenal iaitu Shah Jalal di samping kedatangan pedagang-pedagang arab. Dalam bancian 2001 hampir 80% daripada jumlah penduduk Bangladesh adalah Islam dan kini Islam adalah agama terbesar di Bangladesh dengan anggaran hampir 11,080,000 orang penduduk adalah muslim.



3. INDIA 
Sejak ajaran Islam menular di India, ajaran Islam mula mempengarahui kesenian, falsafah, kebudayaan, politik, sejarah dan warisan di India. Agama Islam merupakan agama kedua terbesar di India selepas agama Hindu. Lebih kurang 121,000,000 orang penduduk adalah muslim iaitu kira-kira 17% dari jumlah penduduk di India.


2. PAKISTAN 
Nama Pakistan adalah hasil dari gabungan awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan dan dalam bahasa Parsi ‘Pak’ bererti suci manakala ‘Stan’ ialah negara. Dengan lebih kurang 150 juta jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 134,480,000 orang adalah muslim.


1. INDONESIA
Seperti yang diketahui Indonesia merupakan negara muslim terbesar di seluruh dunia. Islam mula tersebar di Indonesia pada tahun 30 hijrah setelah Khalifah Usman ibn Affan singgah di Kepulauan Nusantara dan mendirikan pengkalan dagan di pantai bara Sumatera. Sejak itu para pelaut dan pedagang muslim terus datangdan mula membeli hasil bumi disana dan sambil berdakwah. Indonesia bukanlah sebuah negara Islam walaupun dianggarkan 88% iaitu 182,570,00 orang penduduknya adalah islam.




kreditt : selongkar10.blogspot.com







Lagi sayang lagi diuji

Posted by karmilaillang at Saturday, October 22, 2011 0 comments

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.


Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."(Surah Ar-Rum: 36-37)


Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.


Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?


Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!




kredit: Nadzirah Hamidi

Friday, 21 October 2011

Hebatnya Air

Posted by karmilaillang at Friday, October 21, 2011 0 comments

Air sejuk bersih yang tidak di masak adalah air yg lebih baik dan lebih hebat di gunakan untuk di jadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen (udara) yang tinggi.

Apabila anda terperanjat, lupa, bertindak melulu secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air. Garam kristal dan air adalah unsur kejadian yg sama atau air dalam Rahsia Nafas. Nafas itu adalah dalam rahsia oksigen dan pengaliran setiap darah pada tubuh kita memerlukan oksigen yang cukup dan sempurna(inilah rahsia air di dalam nafas tubuh).

Oleh itu paru2 adalah organ yg amat sensitif dalam menghadapi serangan bukan sahaja kepada alahan dan jangkitan, malah kepada rasa marah, gelisah, buru-buru, benci, dendam, khianat dan banyak lagi, malah paru-paru juga menyimpan rahsia NAFAS AIR. Nitrogen, oksigen, dan hidrogen adalah rahsia air yang akan bertukar bentuk secara ghaib di dalam tubuh sekali gus sudah tentulah tidak ternilai harganya.





Oleh : DrJaffry Hassan 

Semua rezeki datangnya dari Allah...

Posted by karmilaillang at Friday, October 21, 2011 0 comments

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan makhluk.

Mahfum Firman Allah (Saba : 24)
Katakanlah : "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah : "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut : 60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengethui.

Mahfum Firman Allah (Ali Imran : 26)
Katakanlah : " Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari oarang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semuanya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki oarang lain dan membuka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.

Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Pada saya, mungkin, resoran yang pertam, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, maka ramai yang tertarik dan mengubah selera.

Sememangnya ada orang mengadu kepada saya bahawa premis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-olah telah ditutup.Terpaksa berpindah ke tempat lain, sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.

Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai contoh ada ketika kita pernah kehilangan sesuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.

Maka isteri, bertanya, "Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata, lalu dia memberitahu, "Itu cermin mata ada di atas meja".

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apabila kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meltakkan sesuatu yang dipercayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah unsur jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.
Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan perbuatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Nas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan keadaan sedemikian berlaku.



Saidatina Aisyah pernah berpesan......

Posted by karmilaillang at Friday, October 21, 2011 0 comments

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Oleh itu jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki... Itu bukan kemuliaan bagimu...Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja...

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga...seindah hiasan adalah wanita solehah..




Thursday, 20 October 2011

Aurat Wanita 0^0

Posted by karmilaillang at Thursday, October 20, 2011 1 comments

share dari blog Dr.cinta

Bulu kening : Menurut Bukhari " Rasulullah melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau pun meminta supaya dicukurkan bulu kening. " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

Kaki (Tumit kaki) : "Dan janganlah mereka ( perempuan) membentak kaki (atau menangkatnya) agar diketahui perhiasan yang disembunyikan" An-Nur : 31 

Wangian : "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati satu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina". Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

Dada : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung sehingga menutupi dada mereka". An-Nur : 31

Gigi : "Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta untuk supaya dikikirkan giginya" Riwayat At-Thabrani 

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah" Riwayat Bukhari dan Muslim

Muka dan leher : "Dan tinggallah kamu (Perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu". Bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

Muka dan Tangan : "Asma binti Abu bakar, telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis, Sabda Rasulullah S.A.W : Wahai Asma! sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja". Riwayat Muslim dan Bukhari

Tangan : "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi

Mata : "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangan". An-Nur : 31 

 Sabda Nabi S.A.W, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan". Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut (suara) : " Janganlah perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan seorang dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik". Al-Ahzab : 32  

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu di dalam bumi". Riwayat Ibn Majah

Kemaluan : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka". An-Nur : 31 

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya". Riwayat Al-Bazzar. 

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah". Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah

Pakaian : "Barangsiapa yang memakain pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti". Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah 

 " Sesunggunhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempua yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium baunya". Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Wanita yang berpakaian tipis/jarang/ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. "Hai, Nabi-Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju hijab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Al-Ahzab : 59.

Rambut : "Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya". Riwayat Bukhari 



Kreditt : Waheeda
 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts