Wednesday, 18 November 2015

Apabila, mereka hanya ingat agama itu Solat...

Posted by karmilaillang at Wednesday, November 18, 2015 2 comments


Sebentar tadi saya singgah ke sebuah surau untuk menunaikan solat Maghrib.

Keadaan telekung bersepah, tidak dilipat malah diampai begitu sahaja. Dan ini bukanlah satu situasi yang asing di kebanyakan surau/ masjid di Malaysia. Acapkali perkara sebegini terhidang di depan mata.

Inilah salah satu masalah sikap segelintir kaum perempuan. Malasnya bukan kepalang, hatta lipat rapikan telekung pun mengharapkan orang. 

Usai menggunakan telekung surau/ masjid, hanya segelintir sahaja yang melipatnya/ menggantungnya dengan rapi, segelintir lagi cuma tahu pinjam dan guna, kemudian sepah dan ampaikan di mana-mana. Sehingga akhirnya telekung berbau dan agak kotor.

Telekung dipinjamkan percuma, itu pun susah mahu dijaga.

Kita semua tahu kebersihan itu sebahagian daripada iman. Jangan tahu sahaja, tetapi mengaplikasikannya tidak mahu. Sekalipun dalam keadaan tergesa-gesa, kemaskanlah telekung yang sudah diguna, rapikan sejadah seeloknya. Ingatlah, menjaga kebersihan itu tuntutan agama.

"Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas dari ayahandanya, dari Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah SWT itu suci dan menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu." - Hadis Riwayat Tirmizi.

Maka, berubahlah!

by : Siti Habibah

Friday, 13 November 2015

Anak Sulung

Posted by karmilaillang at Friday, November 13, 2015 3 comments
Barakah Anak Sulung Perempuan
" Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.
Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.
Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan "
- Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -


 

Anugerah Cinta Copyright © 2012 Design by Asrarqulub Arts Asrarqulub Arts